(sticky post sampai Ahad)
Cara Paling Mudah :
BERI LAH KUCING ANDA
MAKAN BREWER YEAST :)
Ye, betul.. 100% pasti !!
Mana ibuKM tahu??? sebab ibuKM dah buat !
Kutu takmau dekat dah .. Padalah dah
dekat 8bulan ibuKM tak bagi diorang
makan BY ni, kutu masih jugak takde..
Sampai sekarang ... Bukan cakap besar..
Ini kenyataan.
Walaupun bebudak tu tak mandi
LEBIH 2bulan NO KUTU hokeh ! :)
Serba sedikit info tentang Brewer Yeast :-
VITAMIN B
Brewer Yeast dianggap sebagai penawar semula
jadi untuk kutu anjing dan kucing
kerana kutu mempunyai kebencian kepada
thiamine, yang ditemui dengan banyaknya di Brewer Yeast.
Thiamine adalah sebahagian
daripada vitamin B kompleks.
Apabila anda beri Brewer Yeast kepada haiwan
kesayangan anda, Thiamine akan di serap
dan kesan nya disalur keluar melalui kulit,
salur darah dimana bau dan rasa nya akan
membuatkan kutu benci !
DOS
Dos yang disyorkan untuk Brewer Yeast untuk
kucing atau anjing ialah : 1 BIJI UNTUK SETIAP
4.5KG BERAT HAIWAN.
Tambahkan dos sekiranya kucing anda hamil atau
sedang menyusukan kerana khasiat nya akan pergi
kepada janin / anak melalui ibu tadi.
Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya
empat minggu untuk Brewer Yeast
berkesan mengusir kutu, jadi anda harus mula
menambahkan dalam diet haiwan kesayangan anda
sekarang.
Lebihan Brewer Yeast akan dikeluarkan melalui
air kencing, dan pastikan JANGAN BERI melebihi
dos yang ditetapkan !
Boleh beri haiwan anda makan Brewer Yeast dengan
2 cara :-
1) terus masukkan dalam mulut, dengan cara
menolak terus ke tekak dan tutupkan mulut
haiwan selepas melihat dia menjilat, maksud nya
pil sudah di telan. Jika dia masih mendiamkan diri,
bermaksud pil masih ada dalam sekitar mulut.
Tunggu sehingga dia telan, jika tak dia akan
luahkan pil semula.. RUGI !
2) Campurkan dalam makanan kegemaran
haiwan anda, sama ada makanan kering
atau basah. Mengikut kesukaan mereka.
(ibuKM biasa pakai cara no 1, lebih mudah dan
konfirm dah masuk mulut ! hehe)
Brewer Yeast boleh di dapati dekat kebanyakan kedai
haiwan, tak kisah jenama apa..semua nya mempunyai
khasiat yang sama..
harga dalam lingkungan RM 60-RM 70 sebotol
ada 1,000 biji ..
Yana pakai brand ni ::
TAK SALAH MELABUR UNTUK
HAIWAN KESAYANGAN KAN,
ASALKAN MEREKA DALAM KEADAAN
SIHAT SEJAHTERA. LAGI2 DIJAUHI KUTU,
SIAPA TAKNAK ???
SILA ANGKAT TANGAN,
LARI PUSING PADANG 10 ROUND.
TERIMA KASIH :)