KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, January 30, 2012

Isnin Pertama ..

Salam semua,

BERCUTI 

Ini Isnin pertama setelah bercuti panjang. Ye, saya bercuti 10 hari. Pada yg cuti 2hari tu je, tak pe lah.. mungkin rezeki anda cuti lama minggu lain/bulan lain/tahun lain.. Tak kisah, janji BERCUTI..

Hurm, 10 hari cuti, yg mana saya keluar negeri.. Chewah ! Mmg keluar betul2, saya menetap di Selangor, keluar ke Negeri sembilan, lepas tu ke Melaka.. Alahai, percutian yg sangat menyenangkan. Serabut2 semua telah di campakkan ke laut. Amin,... kini saya pulang dengan saya yg "baru" !

Sepanjang saya keluar negeri, anak2 bulus dijaga dengan baik oleh kedua ibu bapa saya
*Terima kasih ayah(yg tolong kemas kan sangkar, ceduk kueh, dan mak yg kasi makan minum mereka)*

Alhamdulillah, tiada sebarang panggilan hangit dari mereka, menjadikan percutian saya lebih indah ..


PERKEMBANGAN ANAK BULUS

Anak bulus?? Berkembang bagai JOHAN dengan jayanya !! MANJE dan TOMEI hampir mencapai berat sekampit beras (akan ditayang gambar kemudian).. KICHAN dan PUTIH semakin panjang - Wadehek??!

Kuikuikuii.. memang sihat2 belaka.. Mana taknya, setiap tengahari dapat makan wetfood !
Seronoklah mereka tambah2 lagi KICHAN yg memang akan berkejaran dengar je bunyi mangkuk berdernting, berdesup lari..huhuu. Keletah anak bulus ... Penant macam mana pun mereka tetap dapat perhatian.

Sekarang ibu KM masih memikirkan tentang memandulkan KICHAN dan TOMEI atas sebab2 kesihatan dan keselamatan mereka. Walaupon selalu ibu KM nampak mereka terserempak dengan kucing jantan kat luar rumah yang mengeluarkan bunyi hissing (yg mungkin bermaksud "WEH ! Jom GADOH !")
tapi syukur mereka tak melawan, perlahan2 tunduk dan berdesup lari lagi balik rumah.. Itu yg merisaukan saya.. Mereka selalu main depan rumah saja, cuma nya ANASIR jahat dari luar mmg kita tak boleh jangka.

Masih berkira samada nak hantar ke vet kerajaan atau swasta. Berikut adalah carta perkiraan yg dimaksudkan, chewaahh ... :-

A) VET KERAJAAN -SPCA DBKL
Kos mandulkan : RM50 seekor (jantan)
Pengangkutan : RM 15+- (dari gombak)
** By appointment , sekurangnya kena tunggu 3hari (kalau tak penuh boleh on je)

B) VET SWASTA -Klinik Haiwan dot.dot
Kos mandulkan : RM 80 seekor (jantan)
Pengangkutan : RM 5 (dekat dengan rumah)
** By appointment juga, tapi selalu nya esoknya dah boleh jalankan misi ;)

NAK MINTA PENDAPAT KAWAN2 BULUS... Mana satu saya perlu jadikan pilihan?? 






BARANGAN KUCING 


Disamping kerja pejabat, saya buat part time (mmg servive nak hidup kat kawasan membangun, kan?)
Berbekalkan semangat dan sedikit usaha(termasuklah kewangan ye adik2), saya dengan adik ipar -Amie- jalankan operasi ni kecil2an dulu

Menjual barangan makanan dan keperluan kucing.
Jom tengok serba sedikit apa benda yang saya jual :-




BLACKWOOD ADULT 
RM 11 / KG (Repack)
Minimum buy 3KG
RM 250 / 24 KG (Supplier breeder pack) 



BLACKWOOD KITTEN
RM 14 / KG (Repack)
Minimum buy 3KG
RM 330 / 24 KG (Supplier breeder pack)




PET CUSHION
RM 10 only
(exclude postage)
**anak bulus tu iklan saja, tarak juai ;) **




CAT TUNNEL
RM 120 (long, can fit 3 cats in 1 time)
**Bahan : dawai tahan lasak, kain selembut baldu luar dalam**





Ada banyak lagi, tapi korang kena refer kat FB niOLIEY HORLICKS PETSHOP
Barang memang cepat di "sambar" jadi sila sila lah HUBUNGI KAMI secepat mungkin di talian

0176118144

YANA

Kira nya siapa cepat dia dapat, 
kalau tak depat kena tunggu sampai dapat :)




Selamat membaca dan membeli belah semua !! ~.~

Friday, January 13, 2012

Lama Menyepi..

Maaf, lama rasa nya KM telah menyepi..Blog pun telah bersawang..

Ini disebabkan KM ada banyak kerja yang perlu disiapkan, sementelah saya telah berkahwin jadi hidup berpindah randah telah menjadi rutin kini. Tinggal di kawasan rumah flat tidak membenarkan kami membawa ahli2 KM ke rumah baru sementelah kami juga menumpang .. Sedang mengusahakan mencari rumah sendiri, lalu kami tinggalkan ahli2 KM di rumah orang tua dulu (memang asal nya di situ hehee..)

Akibat kesuntukan masa, ibu KM hanya mampu menjenguk anak2 bulus pada waktu makan tengahari yg mana hanya 1jam (berkejaran masa tulah nak makan, nak cedok "kueh", bagi anak2 bulus makan, kemas sangkar etc" kasihan ibu KM kan...)
Kadangkala ibu KM tak makan pun, sayu hati melihat anak2 KM seperti rindukan belaian tangan ini.
Apakan daya, kami sedang berusaha menstabilkan kehidupan juga, Insyaallah rezeki kami tiba kami bawa mereka semua ke taraf hidup lebih baik, tinggal bersama kami.

ibu KM sangat sedih dengan keadaan ini, walaupon jarak tempat tinggal sekarang, dengan rumah orang tua tak berapa jauh, ibu KM tak terkejar mana nak siapkan diri sendiri, makan pakai suami, rumah nak dikemas, masak etc.. OOhhh sungguh berat dugaan ini. Selalu ibu KM rasa PENAT, SEDIH, MARAH dan KECEWA dengan apa yang di lalui, tapi kuatkan semangat demi mencari rezeki untuk diri , keluarga dan anak2 KM.

Bukan menyesali tapi bila terpandang wajah murung TOMEI, renungan kosong MANJE, ngiauan SAYU KICHAN dan ketidak endahan PUTIH bertambah membuatkan ibu KM rasa bersalah. Kini, mereka seakan melalui episod kesunyian hidup, yang mana ibu KM sendiri dapat merasai nya pabila berdepan dengan mereka. Seringkali ibu KM bercakap2 meminta maaf dengan mereka tatkala mereka berehat selepas makan tengah hari, mereka membisu, lemah hanya menjawab dengan pandangan mata yang sepi.... Ohh sayang, maafkan IBU.

ibu KM juga sedang mengusahakan mencari wang saku lebih dengan menjual pasir kucing jenis KAYU berjenama WOODY PET Wood Litter, bersatu bersama adik ipar membuka perniagaan makanan kucing kecil kecilan (boleh refer FB kami : OLIEY HORLICKS PETSHOP) untuk mengubah kehidupan kami..



Sekian sahaja entry kali ni, di harap ibu KM dapat meluangkan masa lagi untuk blog KM...
Maaf andai ada antara sahabat KM terkilan (jika ada), sebab KM menyepi.. Sokongla ibu KM,
sebab saya betul2 rasa hampir JATUH tapi kerana sayang nya saya pada anak2 KM, saya masih BERDIRI..

Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera



**Nota kecil : Ada jiran yang menyindir, andai ibu KM tak mampu lagi menjaga mereka lepaskan saja...
HELLO, !! WALAU APA PUN TERJADI, MEREKA AKAN TETAP BERSAMA SAYA !!
(jawab hati kecil ibu KM, tanpa disuara kan, bimbang andai menjadi perbalahan antara kami)



Antara produk kami jual :-

Blackwood Kitten
RM 14 - sekilo
RM 330 - 24kilo


Blackwood Adult
RM 11 - sekilo
RM 240 - 24kilo



WOODY PET Wood Litter
RM 4.50 - sekilo
RM 57 - 13.6kilo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !