KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Showing posts with label For Sale. Show all posts
Showing posts with label For Sale. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Assalamualaikum,



Harini dah masuk Syawal ke 7. Banyak ke anak2 bulus korang dapat duit raya? bebudak KM tak dapat pun sebab balik2 beraya kat rumah sendiri je.. hehe. Masa raya haritu memang tak hantar diorang boarding pun. Duduk lah korang kat rumah, ibuKM siap2kan makanan dan air banyak2. Bajet nak duduk kat kampung dari Rabu malam sampai Ahad malam (kira 5 malam jugak lah) tup2 Jumaat malam kami dah bergerak balik ke rumah sebab tak keruan memikirkan bebudak yang ditinggalkan. Sampai2 ibuKM lega tengok makanan masih ada cukup stok 2-3hari lagi (letak sebalang) TAPI air nya dah kering kontang ! Lega jugak sebab dah balik masa tu, bebudak dah bising2. Ingatkan sebab apa, letak air masing2 terus terpa sambil minum dengan rakus nya.. Kesian diorang. Pastu baru masing2 senyap amik posisi nak tido. Terbayang macam mana bebudak bulus kes Petknode dulu tu, yang kering sekering nya bekas air pun takde. Makanan apatah lagi. Sampai menemui ajal..... 


Berbalik pada tajuk, ye penjualan SMARTSIFT CAT SIFTING PAN dah memasuki BATCH KE 6. Alhamdulillah, rezeki bebudak ni. Memang meniaga sikit2 ni untuk cari duit topup untuk makanan diorang pun. Yelah, sekarang makanan kering yang elok2 sikit beratus harga nya stok sebulan, dah 6 ekor ni kan. Anak2 Putih tu pun boleh tahan selera makan nya.. Macam yang dewasa jugak. Koman2 sekarang kena letak 2 cawan sekali makan. 2x makan : 4 cawan. Itu belum campur kot2 hari minggu nak beli kan ikan buat rebus.. Selalu ibuKM beli ikan yang sepinggan RM4 tu ada dalam 5 ekor TAK CUKUP ! Paling2 pun kena 10 ekor. Yelah ikan banyak mana sangat isi dia kan. Lagi2 kucing memang suka ikan. Tapi seronok lah tengok diorang menjilat jari lepas tu kan, walaupun kerja nak sediakan ikan tu renyah, dengan nak rebus, asing isi dari tulang. 


So, pada yang berminat nak beli 
bolehlah hubungi ibuKM @ YANA : 017 611 8144
Kalau malu, boleh berhubung melalui email : yanapinggiran@yahoo.com.my







HARGA MASIH SAMA
RM 150 SE UNIT 
(COD)

Kalau nak poskan (dalam Semenanjung)
tambah RM 20 untuk se unit,
Kalau nak poskan (Sabah & Sarawak)
tambah RM 30 untuk se unit.



Monday, June 24, 2013

Jerebu Sana Sini !

Assalamualaikum,




Jerebu dah beberapa hari melanda negara kita, Malaysia. Asal nya dari Indonesia. dah merebak ke serata negeri, haish. Bebudak KM semalam tak keluar pun, Sebab jerebu kuat kan. Dorang pun lemau je nampak nya. Hari ni pagi tengok macam dah kurang, so lepaskan diorang. Tapi sekarang tengok kemain tebal jerebu kat luar ni ! Adoi, apa cerita agak nya bebudak tu.. Harap2 dorang pandai lah cari air, dan main dalam rumah je.. waktu2 macam ni, kena banyak2 minum air masak tau. 

Okay, selamat bercuti pada yang dapat cuti.. ibuKM kena kerja. yelah duduk dalam ofis je kan, tak effect sangat pun, tapi mask pakai jugak ok. 


SMARTSIFT BATCH 5
Buyer 1 : CIK KUYA COD minggu ini @ BHP Petrol Batu Caves

Thursday, February 21, 2013

SMARTSIFT BATCH 2 : COMPLETE !!

Alhamdulillah, 

thanks pada buyer2 seperti di bawah.

List BUYER BATCH 2
1) Fadhlina PAID - COD Batu Caves
2) Aslam PAID - Pos to Perak
3) Izzat PAID - COD Batu Caves 
4) Haiza PAID - Pos to Perlis
5) Tiara PAID - Pos to Johor




Ada tak yang nak join BATCH 3 ??

Harga masih sama RM 150 seunit (syaratnya 5 buyer) , 
RM 20 pos ke seluruh Malaysia. Sabah Sarawak cas lain.

Berminat??
Boleh reply kat komen box @ SMS Yana at 017 6118144.


Terima kasih sekali lagi pada buyer2 Batch 1 & 2 !!!














Wednesday, March 21, 2012

NAK LETGO BARANG (PAUL SMITH WALLET-REPLICA)

Salam semua, tadi beli wallet baru memandangkan wallet lama dah rabak sana sini..
Tup2 try2 masukkan kad,syiling dan kertas sume takleh tutup plak.. 
(nampak nau sampah banyak dari duit !)

So saya decide nak jual aje... 
Brand : PAUL SMITH (Replica bukan ORI tau)
Nak LET GO Murah je, RM10 (saya beli RM11.90)
daripada tak pakai, lebih baik jual.. 

So ada sesapa berminat tak??


Tengok gambar kat bawah...OK .. calling / sms-ing saya at 017-6118144 ye.

**HARGA TAK TERMASUK POS**
Pos RM 3.50 (Biasa)



(VIEW FROM TOP)





(INTERNAL VIEW)




Thursday, March 1, 2012

Woody Pet Wood Litter (NEW STOCK)


Alhamdulillah, bisnes wood litter semakin lama semakin mendapat permintaan. dah ramai yang tahu kebaikan nya.. Bagi mereka yang belum mencuba, cuba lah. tak rugi andai produk ni dapat bantu jimatkan wang ringgit anda , dalam masa panjang pula tu.. 

Cerita tentang Wood Litter ni boleh klik link :



STOK MASIH PANASSSS :)
(dah ada customer booking 2 beg)



"wajah" wood litter dari dekat =,=

wood litter di pack - 3kg dan 5 kg




Sesiapa berminat nak cuba, boleh la SMS / CALL saya (Yana) di 017 6118144 ye..

Harga : RM 4.50 per KG
Belian minimum 3 KG : RM 13.50 sahajaaaaaaa ;)

Original pack dari supplier ialah 13.6KG : RM 57 sahajaaaaaaa ;)

Bukan saja kucing, malah kuda, hamster, guinea pig, ular dan reptilia2 lain pun boleh guna.. Cuba jangan tak cuba !





Sekian, terima kasih .

Wednesday, October 5, 2011

PROMOSI WOOD LITTER

PROMOSI WOOD LITTER
NAK CLEARKAN STOK SAJA !!


HARGA :-
1 KG HANYA RM4 (Minimum order 3KG)

Delivery =
Batu Caves area FOC,
Lembah Klang tambah RM3- RM5 bergantung pada kawasan,
Luar Lembah Klang ikut kadar pihak courier

KEBAIKAN yang saya dapat :-
1) Sangat mesra alam, buang dalam longkang pon boleh.. Swing je terus ke loji Indah Water (Jangan tiru ye)

2) Mesra HIDUNG (kalau pakai cat litter biasa isk T__T dalam rumah boleh pengsan woo)

3) Jimat masa, tenaga dan sabun sebab najis LANGSUNG TAK melekat pada litter box !!

4) Kadar menyerap lebih baik

Berminat boleh hubungi saya di :-

Email : yanapinggiran@yahoo.com.my
Tel : 017.611.8144


Wednesday, September 21, 2011

Pet Product

Hai,

kedai kucingmalaysia ada tambah stok baru untuk kucing..Jom tengok !!



*


*


*


*


*


Mai lah, kalau berminat, just email / Call @ Sms Saya ye....
Selamat Membeli Belah !! 






~,~

Tuesday, September 20, 2011

Makanan Tambahan & Ubatan

Saya suka & sayang kucing, lebih2 lagi kalau kucing tu bijak terutama nya dalam bab menggunakan litter tray/ litter box.. Kucing2 saya adalah toilet train, sanggup tahan selagi tak jumpa "toilet" nya..

Kalau dah sayang, apa salahnya kita beri yang terbaik untuk diorang. Sekurang2 nya kebajikan terjaga, bukan setakat bagi makan minum, kesihatan pun kena jaga.

Kucing2 saya akan di vaksin untuk kali ke2 pada hujung bulan ini.. Setakat ni, kesihatan mereka di tahap optimum !! Cheh ayat ! =)

Produk yang saya guna untuk mereka pun ramai orang yang guna...




1) MAKANAN TAMBAHAN / SUPPLIMENT




BREWERS YEAST (Bersaiz spt pil Panadol)  RM 75.00 1000biji
Untuk mengurangkan masalah keguguran bulu pada haiwan kesayangan kita..Menambah kan berat badan kucing, dan mengelakkan masalah hama/kutu sebab kandungan nya ada bawang putih. .
(Hama/kutu tak suka bau bawang putih !!)

Cara guna :
Beri 1 biji sehari pada setiap ekor kucing.. Hasil dapat dilihat dalam masa seminggu. Boleh pecah2kan dan campur dalam makanan kucing anda..



TROY NUTRIPET (Berbentuk gel, bau spt coklat) RM 40.00
Untuk membantu menaikkan selera makan kucing, mencantikkan bulu kucing
dan menambah berat badan. Kucing saya suka kan nya !!

Cara guna :
Beri 10cm sekali setiap hari pada setiap ekor kucing (saya beri pada waktu pagi)
Hanya picitkan di hujung jari anda dan biarkan kucing menjilat sampai habis.
Mereka pasti minta lagi !! =)






TROY LAXAPET GEL (Berbentuk gel, bau spt coklat) RM 40.00
Untuk membantu sistem penghadaman kucing, membuang buluan yg tertanggal dan tertelan semasa mereka menjilat. (Kucing akan memuntahkan gumpalan bulu tersebut, sangat berkesan terutamanya pada kucing berbulu panjang)

Cara guna :
Beri 10cm selang 2-3 hari pada setiap ekor kucing (saya beri pada waktu malam) Hanya picitkan di hujung jari anda dan biarkan kucing menjilat sampai habis.
Mereka pasti minta lagi !! =)





2) UBATAN


TROY EAR CANKER DROPS (berbentuk cecair) RM 35.00
Untuk membantu meNYAHkan ear mites/kutu telinga kucing..
Membersihkan telinga kucing dari habuk, mengurangkan garuan di telinga.
Kesan nampak dalam masa 2 hari sahaja.

Cara guna :
Titiskan pada waktu malam 3-4 titik dalam telinga kucing (pastikan kepala kucing di pegang kemas)
Keesokan hari nya bolehla di lap dengan kain lembap / tisu kerana kotoran / mites akan keluar di cuping telinga. Telinga kucing anda pasti tiada kotoran lagi.
Di ulang pada setiap 2-3 hari bergantung pada kotoran.


FLEA DROPS (berbentuk cecair) RM 30.00
Untuk membantu meNYAHkan flea/kutu kucing..

Cara guna :
Titiskan 2-3 titik di bahu kucing, gosok sedikit supaya sekata mengenai kulit.
Baik digunakan selepas mandi, semasa bulu hampir kering.
Memang berkesan.






KALAU BERMINAT NAK ORDER, EMAIL saya ye...  
TERIMA KASIH !!








~ , ~

Monday, September 19, 2011

Wood Litter

Semalam stok wood litter baru sampai.. Kali ni, barang baiikkkk !!
Kualiti setanding Woody Pet Wood Litter (WP takde production lagi)...
Dust free & pembuatan nya lebih kemas.
Kalau nak tau, kena try !!!


Kalau yg ada banyak belaan eh anak2 kucing / haiwan yg menggunakan wood litter, memang elok
sangat order. Memang menjimatkan, disamping meNYAH bau yg kurang enak !

Okay, layan gambar ..........











(Note : Semalam sampai hari ni dah bungkus 2 beg... Rezeki anak2)

Wednesday, September 14, 2011

Pet Product

1) Pet Cushion

Yang ni nak let go murah murah aje, RM 7 satu cushion...
Ada 3 unit, 2 warna (1-biru, 2-purple)
Size 13.5" x 13.5" (boleh muat 1 adult cat / 2 kitten)






2) Litter Tray


Yang ni nak let go murah murah aje,
Ada 3 unit, 3 warna (1-biru, 1-hijau, 1-merah)
Size biru & merah 14" (L) x 11" (W) x 3.5" (D)   RM 6 satu tray...
Size hijau 12" (L) x 10" (W) x 3" (D)   RM 5 satu tray...







ALL ITEM ARE NEW, HARGA BELUM CAMPUR DELIVERY.
CEPAT EMAIL / CALL SAYA ye, siapa cepat dia dapat !!



Delivery : Batu Caves area FOC, Lembah Klang Rm3 to Rm10.
Luar Lembah Klang akan pos dikira mengikut kadar semasa pihak courier.

Monday, September 12, 2011

WP Wood Litter

Hai,

Nak cerita sikit pasal wood litter ni. memang bagus sebab diperbuat dari kayuan, yang mana ia akan menyerap bau najis kucing (Yang sememangnya "tak sanggup" hidu)

Pasir kucing jenis ni, memang dah popular. Sebut wood litter bersepah dah orang pakai ! Jimat kos, dan boleh di guna pakai semula. Wood litter ni bila dah kena najis kucing ia akan bercerai menjadi butiran2 halus, dan kita boleh jemur sehingga kering, boleh pakai lagi sekali. Sangat mesra alam !!

Wood litter akan mengembang 3-4 kali ganda dari saiz asal bila terkena najis BERAT kucing, dan membentuk gumpalan. Jadi senangla kita nak cedok keluar. Boleh juga guna untuk bedding haiwan lain macam arnab, kuda dan hamster.

KEBAIKAN yang saya sendiri alami :-

1) Sangat mesra alam, buang dalam longkang pon boleh.. Swing je terus ke loji Indah Water (Jangan tiru ye) 
2) Mesra HIDUNG (kalau pakai cat litter biasa isk T__T dalam rumah boleh pengsan woo)
3) Jimat masa, tenaga dan sabun sebab najis LANGSUNG TAK melekat pada litter box !!
4) Kadar menyerap lebih baik

UNTUK YANG BARU NAK GUNAKAN NYA, ada tips sikit :-

1) Bersihkan litter box dan keringkan.
2) Masukkan 1/4 WP Wood Litter dan 3/4 Sand Litter
3) Biarkan si manja anda menghidu dan menyesuaikan diri nya dengan Wood Litter
4) Apabila anda dapati si manja telah mula membiasa kan diri, tambahkan dos Wood Litter 
dari 1/4 kepada 2/4 pada tukaran / cucian litter box seterus nya
5) Ulang kaedah ini sehingga anda berjaya menggunakan Wood Litter sepenuhnya.




Wood litter berjenama Woody Pet ni, adalah yang paling bagus yang saya pernah guna, yang penting HARGA JAUH LEBIH MURAH !! (saya memang suka harga2 murah dan runtuh nie..hehee)

Taknak cerita panjang, tengok gambar sikit.. dan pengiraan harga dibawah ye ;)


NOVEMBER 2012 UPDATE !!
3KG REPACK : RM 15

13.6KG ORIGINAL PACK : RM 60




NAK ORDER CEPAT2 EMAIL SAYA = yanapinggiran@yahoo.com.my 
ATAU BOLEH SMS / CALL SAHAJA = 017-6118144


Postage di luar kawasan Lembah Klang akan di kira berdasarkan kadar semasa pihak courier.


Sentiasa ada stok dan dijamin anda puas hati =)







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !