KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Saturday, June 30, 2012

Brown : Dulu Dan Sekarang

BROWN DULU 




                       BROWN SEKARANG









BROWN DULU




                        BROWN SEKARANG




Friday, June 29, 2012

Tak Payah Mandi Selamanya...















Thursday, June 28, 2012

SORRY !

Sorry kawan2, ibuKM tak dapat
BLOGWALKING harini..
Esok saja ye ! 
Banyak kerjaaaaaaaaaaaaaaaaa..



DADA ! :)

Bila Dapat Wetfood .........












(PUTIH MAKAN DALAM SANGKAR
SAHAJA SEBAB DIA SEDANG ON HEAT)
(TAKUT KALAU DILEPASKAN NANTI,
BUKAN DIA MAKAN, SEBALIK NYA DIA DI MAKAN) heheheeee

Wednesday, June 27, 2012

LESS WORD : Mari Bersantai :)

Tuesday, June 26, 2012

Pembuli Akhirnya Terkantoi Jua !













Monday, June 25, 2012

Suka Tido !

ini budak boleh tahan kuat tido nya.. 
Asal dapat port baeeekkk sikit mula
lah dia mengantuk dan tido.. 




Cuba korang tengok...




atas lipatan baju :)




atas sofa, dikawal oleh Mr Boyfie :)




atas kerusi pun jadi :)






nasib baik dalam bilik air dia tak tido.. apa daaaaa

MONDAY BLUES : Teman Sejati

Sunday, June 24, 2012

Anak Yang Baik !

Petang hari Sabtu,
ibuKM cuci kawasan dapur..

Si kenit ni pun nak tolong jugak,,,
tapi apakan daya..
Dia nye lebih kecil dari penyapu
dan baldi yang digunakan..

Jadi dia dengan berbesar hati, 
tolong jugak..
TAPI TOLONG TENGOK je...



(muka yang comel, mana dapat ku tolak anugerah Allah swt ini)



 (sibuk menjenguk kawasan, dia kata, sini bu, kotor lagi)



 (ha, sana sikit.. ibu nak cuci belah kiri kamu ni.. 
Brown : err okay2, sambil ke tepi)
(Brown : ibu, tak penat ke? 
ibuKM : penaaaaatttt, nape nak tolong picit2 kan badan ke?)
(Brown : eeerrrrrr......)



(Brown : eh ibu, sini ada lipas keluar la... 
ibuKM : itu bukan lipas, itu habuk ! hehe)








Malam hari pulak, teman ibuKM buat kerja ofis..
Sampai tertidur dia kepenatan... Comel sesangat dak ni !






Tak terbayang macam mana ada orang
yang sanggup pijak mati anak kucing, 
sepak terajang kucing yang mintak
makanan, panjat kaki ke..
Urm, kesian bagi mereka yang
takde hati dan perasaan belas kasihan kan..

Friday, June 22, 2012

Video : Budak Gatal !

Thursday, June 21, 2012

Analytics =)

oooh sekarang saya faham apa itu
PAGE VIEW & UNIQUE VIEW
yang dimaksudkan Nuffnang..
setelah membelek account Nuff pagi tadi..








ha, nampak kan.. Yang warna BIRU tu lah statik
untuk UNIQUE VIEW blog KM..
Yang mana ia adalah dari
PEMBACA BARU, kalau PAGE VIEW 
ada lah pembaca sedia ada.


Bagi ibuKM dedua penting, 
tanpa pembaca buat penat jelah ibuKM membebelkan !


Dari sini ibuKM boleh tau,
jam berapa biasa nya pengunjung akan view blog KM ni..


Masa paling best jam 9-10 pagi,
mungkin masa pembaca ni masuk office
atau dah selesai buat kerja rumah sidai kain semua kan :)


Takpe, yang penting semakin hari semakin ramai
yang jenguk blog KM ni, kira comel2 jugakla
anak bulus ibuKM ni kan, ramai peminat diorang :)


walaupun ramai jadi SILENT READER,
tak kisah pon ... Janji apa yang ibuKM
nak bebelkan hari2 ditunggu oleh pembaca semua 
(ewah perasan sendiri)... hehee



Tapi rating blog meowwmaniashomeyshayang,
dan kawan2 lain mesti lagi tinggi  ;)



Rezeki masing2, janji kita di sini nak
kongsi cerita pasal anak2 bulus kan.. :)

Sudah Dapat Kepercayaan

Korang dah tau kan yang ibuKM bawak pindah
bebudak belakang ke rumah depan yang ibuKM
duduk sekarang ni.. yelah senang monitor
budak2 ni dan tak payah la ibuKM ulang
alik dua rumah setiap petang kan..



So, semenjak bebudak belakang duduk
dengan ibuKM ni, bebudak ni memang
susah nak dapat main luar.. maksudnya 
tak bebas macam dulu la.. sebab ibuKM 
takut diorang terkejut takut dan melarikan diri..
Yelah kawasan rumah teres tak sama
dengan kawasan rumah flat.. Kawasan flat
ni luas, banyak tempat parking kereta, 
dan juga bahaya banyak kereta lalu lalang keluar masuk.. 



Jadi ibuKM kadang2 amik pendekatan
lepaskan 4 ekor bebudak tu, dalam rumah,... ada lah 2,3jugak ibuKM buat camtu.. masa hari cuti la. 
senang sikit ibuKM nak monitor kan.. 
Bila dah dilepaskan, mula lah masing2 
tunjuk perangai, ada yang perangai jakun, 
ada yang penakut, ada yang huru hara, ada yang kelakar



Yang jakun tu biasa lah, semua jadi jakun
tercium sana tercium sini, intai sana intai sini.. 
yelah tempat baru, bau pun lain, susun atur 
barang rumah pun lain.. masing2 tersengguk 
sengguk kepala belek tu belek ni..


Yang penakut siapa lagi, KICHAN la !
Dia tu mengecut je selalu ! Pantang ada bunyi sikit dah mengecutkan badan, nampak orang tak
kenal kecutkan badan.. Hai lah kichan
memang tak pernah berubah dari kecik !


Yang huru hara, si Tomei. Dia panjat sana,
lompat sini, masuk celah tu, celah ni,
sampai ibuKM penat duk mengejar dia.. 
buatnya dia panjat dapur ke meja makan ke
pecah pinggan mangkuk orang tu siapa nak ganti?? ibuKM jugaaakkk.. 


Yang berperangai pelik ialah Manje.. 
Dia kejap bangun, kejap duduk, kejap kang dah berdiri, 
kejap kang masuk bilik air, pastu terbaring.. 
haha, kelakar pun ada . Dengan badan gemok 
dia tu.. Putih pun sama jugak macam Manje, 
cuma Putih terlebih kalut, dekat2 dengan Tomei. 



Tapi bila dah 2,3kali masuk dalam rumah
ibuKM perlahan2 ajar diorang lepas main dekat luar rumah pulak.. 
Saja nak kasi diorang biasa kan diri
dengan persekitaran. Tomei masa mula2
dilepaskan dia pergi tepi blok, ibuKM 
ikutlah dia.. Tengok dia macam nak pergi jauh,
ibuKM dukunglah dia nak bawak balik
sekali dia nampak ada 2orang bangla keluar dari celah blok tu, menggelupur dia nak lompat, habis
di cakar nya lengan ibuKM.. pedih jugak
la sekejap 1malam .. dia terus lari balik rumah. 



Manje pulak bila dah dapat je keluar,
menggeletis lah dia tak ingat diri.
Suka lari laju2 pergi main jauh2,
bila kita datang dekat lagi dia lari,
kadang2 kelakar bila ibuKM terbongkok 
bongkok lari nak tangkap si Manje tu,... 
ada sekali tu, dia lari ibuKM pun lari 
tetiba dia berhenti. Nasib baik ibuKM tak 
tersadung jatuh, betul2 dia berhenti depan
 ibuKM .. Putih okay lagi, bila keluar dia 
main depan rumah je, sebab dia belum sunat 
so ibuKM tak berani bagi dia main jauh2,
dan ibuKM sentiasa awasi dia. 
Bila ibuKM nampak dia nak melangkah jauh sikit,
ibuKM ambik cepat2 masukkan dia dalam rumah.. hehee..



Kichan pulak, jenis penakut ni susah
nak jangka.. Bila keluar rumah je, 
jalan merendahkan badan je, 
macam menyelinap la. 
Yelah ibuKM ada jugak baca tentang
cara kucing mengekspresikan perasaan
dia melalui gerakan badan. 
Dan kebanyakan gerakan menunjukkan
perasaan takut, di buat oleh Kichan. 
ibuKM tak kejar dia sangat, sebab kalau
kita kejar, dia lari masuk dalam longkang, 
malas nak paksa2 dia. Ada 1 hari tu 
ibuKM lepaskan dia, masa tu baru2 
lagi lah ajar dia lepas ke luar..
Dia punya kalut duduk dalam longkang tu
dekat setengah jam. ibuKM panggil2 menyahut, 
tapi taknak keluar. ibuKM biarkan jelah, 
tengok2 dia keluar lari pergi bawah kereta
tuan rumah lebih kurang jarak 5 rumah 
dari rumah ibuKM tu.. ibuKM perlahan2 la 
pergi dekat dia, panggil2 dia, masa tu pun nak 
dekat Maghrib orang kat masjid dah 
mengaji dia datang jugak. ibuKM dukung dia,
cepat2 masukkan dalam sangkar. 



Phew, letih tau sebenarnya nak jaga anak bulus ni,
siapa ingat senang .. 


Tapi sejak 2,3menjak ni, ibuKM berani lepaskan 
TOMEI terutama nya, sebab dia pandai, 
bila kita panggil dia datang. Tak kira lah dia jauh
ke dekat ke.. Sebab dia kan pemanja sikit, 
bila dia datang, dia bergesel kat kaki ibuKM... 
Manje pun okay jugak, tapi kena tengok2.
sebab dia suka2 pecut macam Watson Nyambek
main jauh2. Nak tangkap balik bukan senang. 
Kena curik2 tangkap dia masa dia tengah
gigit rumput ke, tengah sedap2 landing ke..



Ni gambar petang semalam, selingan untuk
korang sebab sudi baca bebelan ibuKM ni,.. hehee







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !