KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Saturday, February 25, 2012

Orang Bagi Minum, Diorang Main Ais

Cuaca sekarang memang tak menentu, kadang2 panas, kadang2 hujan..
Semalam kasi budak2 ni minum, saja letakkan ais dalam air minuman tu..

Sementelah minum, diorang macam pelik pulak ada ketulan jernih terapung aka AIS ..
Apa lagi, di jolok2, di tolak2 bekas tu nak keluarkan ais punya pasal.
Basah lantai di buatnya... Tapi seronok,tengok gelagat budak2 ni. 


Jom tengok, apa budak berdua (Tomei & Manja) buat   =)

Wednesday, February 22, 2012

Cuba Teka

Hari Ni, sebab kan hari Rabu semua orang suka wat entry "WORDLESS" jadi KM pun nak wat entry jugak, bukan wordless tapi TEKA SIAPA ?? ~.~


Kalau dah gomok camni, dari belakang pon mesti ramai yang kenal.. 
heheeeee, 







Jom tengok !!







Bawah sikit ..






Sikit lagi ..






Cepat intai ..






"Beruang kutub" mana ni???







** dak gomok ni 'no shame' orang snap picture dia tayang
pungkok belakang .. **

Monday, February 20, 2012

Budak Ngade =)

Budak sekor ni memang manja, sampai jadi penakut.. Tak suka orang nak gomol2 ke, peluk2 cium ke, hidup dalam dunia sendiri, main sesama kucing tak mau dekat manusia, pantang nak tangkap dia laju je lari.. 

Dia punya keistimewaan tersendiri, walaupon adik saya selalu marah dia (bukan marah teruk2 ye, cakap2 je sebab dia tak manja) tak datang menggesel macam kucing lain, tapi dia tetap anak 'sulung' saya.. 

Yang mana masa saya ambil dia, punya lah keding !! mengiau tak henti, menangis macam orang kelaparan (padahal saya tau dia menangis kerana terpisah dari ibu dan adik beradik nya yang lain).. Dia memang tabah, 

walaupon dia tak manja dengan orang lain, dia tetap datang pada saya bila saya hulurkan tangan nak belai dia. 
Dia paling suka main kertas bola terutama nya yang di perbuat dari surat khabar, dengar je bunyi surat khabar di koyak, dia dah tunggu depan saya.. nak minta bola buat main.. 


Tengok betapa takut nya dia, 
menyorok celah ketiak 
(gambar di ambil hari pertama Kichan di adopt)

Aloloo..takut punya pasal, mata pun cemeng je..

Hari ke-3, main dalam sangkar
(gambar di ambil masa sedang bersahur)

Masa 1st time pergi vaksin, suara dia paling kuat..




Semalam, Kichan dengan aksi manja nye..
Takmau masuk sangkar menyorok dalam bakul kain.
Ingat orang tak nampak ler tew =) 




HAAAAA, GOTCHAAA !!!!!
Alolo, muke comel, ngade taw dia ni..

Monday, February 13, 2012

* ON HEAT *

hai semua, 

nampak nya 3 eko anak bulus saya telah selamat di kasi kan.. iaitu Tomei, Kichan dan Manje..
Tinggallah si Putih yang belum. Memang saya mahukan cucu dari Si Putih,
tapi tak sangka secepat ni dia akan on heat buat pertama kali nya.. 


Cane cite nya?? 

Layanlah video bawah ni, untuk kisah selanjutnya..







See see see... Aiyooo, itu amoi sudah manyak gatai !! 
Wat masa ni kena kurung dia dulu, sampai betul2 jumpa pasangan sesuai
(kurung bermaksud tak boleh main luar rumah ;) )

Jadi, ada kah sesiapa yang ada anak TERUNA yang ingin di ehem2 kan 
dengan si Putih saya ni??

Kalau ada boleh la isi borang..

Kepada bakal besan , ini detail serba sikit tentang si Putih ye ;-


NAMA : PUTIH
UMUR : 8 BULAN ++
JANTINA : BETINA 
BAKA : MIX PERSIAN
BULU : SEPARA KEMBANG



Bakal besan boleh hubungi saya, samada melalui telefon / balas saja di kotak komen di bawah 
untuk proses seterus nya.. Okay, taaaaaaa !!!

Sekian, assalamualaikum.

Wednesday, February 8, 2012

Akhirnya..

Assalamualaikum..dan salam sejahtera.

Kali ni entri tajuk AKHIRNYA ni.. sebab nak umumkan bahawa sempena cuti sekolah umum Thaipusam & Maulidur Rasul anak2 BUJANG saya = KICHAN & TOMEI telah selamat di kasi kan ;) ;)

Kini tiada lagi bimbang di hati ibunda tatkala melihat anakanda2 di terjah oleh jantan durjana !!

Proses dijalankan di sebuah klinik swasta, dan kos seekor RM80 sahaja..


** Jadi, gegirl2 di luar sana, takyah buang masa nak pikat anak bujang i ok ;)
Gambar akan di upload kemudian. Terimas =.+
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !