KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Thursday, May 31, 2012

PERSOALAN - KUCING & WANITA HAMIL

**sticky post until 31st May 2012**
scroll down for new entry





Persoalan ni selalu bermain di fikiran ibuKM, berkaitan kucing sebagai haiwan peliharaan.


Tapi sebelum tu, kita baca "copy" entri di bawah :-



Kucing Dan Wanita Hamil

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.



Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.


Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.


Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.


Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.


Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.


Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.


Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.


Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.


Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.


Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.


Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.


Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.


Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.



Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.








Untuk pengetahuan kawan2, ibuKM dah 2X keguguran, dan tak tahu apakah punca nya.. Bila terbaca tentang entri macam ni, sedikit sebanyak menganggu emosi. ibuKM sayang bebudak KM semua, tak mungkin ibuKM akan LET GO dorang pada sesiapa pun !! 


Ada suara juga yang mengatakan salah satu punca ibuKM sering keguguran
: SEBAB IBUKM DAH KASI / MANDULKAN bebudak KM dan Allah swt telah murka.


ibuKM sangat berbesar hati andai kawan2 semua dapat share info terutamanya dari segi penjagaan / cara mengelakkan perkara sebegini
berkait dengan keguguran yang ibuKM alami.. 


Mohon jasa kawan2 KM yang membela kucing dan pernah melahirkan 
berkongsi cerita dengan saya...








Salam sayang, 
ibuKM yang sedih hati.......

YEAY ! Dah beli... ;)

Korang ingat tak entry ni Nak Beli..


Alhamdulillah, berkat duit simpanan hasil meniaga wood litter, ibuKM dah berjaya beli sebuah "kondo" untuk bebudak KM.. bebudak belakang semua ibuKM dah bawak tinggal sekali.. Senang setiap hari ibuKM boleh monitor, dorang sakit ke, tak makan ke apa ke biar ibuKM yang tanggung. Kadang2 bebudak belakang ni boleh tahan nakal, dah lewat senja pun masih ada yang tak nampak muka..Macam Kichan. Suka melepak kat atas bumbung la, atas pokok la.. Bila kita nak tangkap dia lari panjat lagi tinggi.. 



Jadi sekarang diorang dah ada depan mata, jadi lah walaupun dah takde kawasan depan rumah diorang leh santai2, (ibuKM menetap di flat, sebelum ni bebudak belakang tinggal rumah teres) janji diorang selesa sikit..
ibuKM letakkan "kondo" dorang depan rumah, sebelah "kondo" Lily (anak bulus adik ipar)



ibuKM beli rantai dan mangga supaya takdelah kecurian senang berlaku. kalau pencuri jahat tu nak curi jugak, lebih kerja lah sikit dia kena buat. dan canvas plastik supaya bebudak ni tak kena hujan..



Malam tadi lah, suruh husband pasangkan, kemas2 apa yang patut, ibuKM jemput bebudak belakang,
setting "kondo" siap2, masukkan bebudak KM pastu belek diorang sampai jam 11 malam..



Dengan mandi balik kerja pun belum, penat berkejar ke sana ke mari, tapi ibuKM tak kesah, janji bebudak KM dah depan mata. 



Diorang masih takut2 lagi, terutamanya Kichan. Malam tadi, Tomei hissing dekat semua beradik dia, ingtakanorang lain..yelah, kita pun kalau pindah tempat abru, tengok jiran tu tak kena tengok benda ni tak boleh.. Semua jadi tak selesa kecuali si Putih. Macam ibuKM pernah cerita Putih ni langsung tak heran, kat mana pun sama je bagi dia, janji ada tempat selesa, ada makan minum dah settle.. Dia relaks je, macam masa memula ibuKM bawak doa dari kampung tu lah..Tak bising langsung naik kereta.. 



Jom tengok gambar "kondo" & gelagat bebudak KM di tempat baru :-




Taraaaaaa.. ni lah "kondo" bebudak KM.. oklah kan dari duduk rumah setinggan dulu, diorang pun dah besar2 belaka..Kesian tengok bila waktu tido, 2ekor tido para atas, 2 ekor tido kat lantai.. Sekarang masing2 dapat sorang para, dan akan dibelikan buaian supaya sekor lagi boleh tido dalam buaian tu.. Jadilah 4 tempat kan ..





Pemandangan dari dekat ..Litter box langsung tak berusik, walaupun ada bau diorang (ibuKM tak basuh masa tukar pasir tu semalam, sebab nak bagi diorang kenal bau, dapat 1 barang pun jadilah kan..)




Kichan masih lagi takut dan tak selesa...Mengiau 4,5kali sambil buat muka sedih




ha, betina sekor ni langsung tak heran..Tengoklah muka dia / gaya dia, steady je..




Tomei pun masih belum dapat menyesuaikan diri, yelah tempat baru, orang baru, bau baru semua baru...
Mesti ambik masa ,...




Manja dah okay sikit, pagi tadi ada jamah makanan sikit.. Air belum nampak dia minum




Tengok, sampai 3 bekas ada bergantung (Tingkat pertama : RC catfood, bagi diorang berselera sikit.yelah RC kan bau nya kuat, Manja dan Putih dah makan, baru letak pagi ni.. Tingkat kedua : BW Adult, tak berusik.. Letak malam tadi, mungkin diorang takde selera lagi.. Tingkat bawah sekali : air..)




ibuKM letakkan alas kotak sebagai dinding untuk elakkan bebudak KM ni tak tido atau tak selesa sebab ternampak muka jiran sebelah.. Kalau dah setiap masa bertentang mata, macam mana diorang nak tenangkan?? Lagi2 si Kichan tu, tengoklah muka dia, muka kesian je... 




Mungkin ibuKM akan kurung mereka dulu dalam seminggu dua.. Biar diorang biasa dengan keadaan persekitaran dan bauan, baru lepaskan sekor2 nak tengok macam mana penerimaan diorang dengan tempat baru. Tapi yang paling behave buat masa ni Putih, yang lain kalau ibuKM bukak pintu macam laju je nak melompat keluar.. Dan ibuKM akan topup la aksesori sikit.. Mungkin lebih toys,.. Supaya diorang tak rasa stress duduk dalam tu kan. Mandi pun belum boleh lagi, walhal bebudak KM dah dekat 2 bulan tak mandi.. heheee, jangan marah,ibuKM sibuk.. ada masalah lain,. lagipun bebudak KM masa tu kat rumah belakang, susah sikitla ibuKM nak balik sana nak mandikan ambil masa lama... 4 ekor.. Ramai tuuuuuu... hehee



Insyaallah, nanti ibuKM update lagi pasal diorang ni. Brown belum boleh masuk, kena bagi kenal2 dulu, dah ok nanti baru masukkan. Sekarang ni dia asyik nak manja2 je, ikut kemana ibuKM pergi, celah kaki pulak tu, kot tersepak dah naya budak tu... Hei cari pasal ! 



Nak mintak kawan2 bagi idea kot2 kalau boleh percepatkan proses menenangkan bebudak ni??
Takdela lama sangat diorang dalam "kondo" ni kan..





Oklah, sekian :)

Monday, May 28, 2012

Nak Beli ...

Nak beli untuk bebudak KM, sangkar baru



Kesian rasa nya, sangkar yang ada sekarang
dah macam rumah "setinggan"
Nak belikan "flat" supaya dorang selesa sikit..
Jadilah kan, daripada
pusing kanan pusing kiri berlaga buntot ...hehee



Insyaallah, bajet dah ada cuma masih survey
tapi dah berkenan 
sangat dengan yang ni, tengoklah
nanti macam mana..



Kalau dah takde pilihan lain,
memang ambil yang ni.. 
Luas pun luas, tinggi pun tinggi..
Janji bebudak KM tak lagi terlanggar
buntot sesama sendiri..
Yelah, walaupun saling sayang menyayangi kadang2
nak juga privasi kan.. 
Dengan Brown pun boleh kasi masuk ! :)



Jom tengok sangkar mana ibuKm berkenan sangat tu..












mesti kawan2 mama papa anak bulus selalu gak survey2 kan, 
so kenal dengan mana2 seller yang jual murah. Yang ni
ibuKM usha2 dapat harga RM 350..



Size : 51" (H) x 36" (L) x 23" (W) 
atau 133cm (H) x 90cm (L) x 58cm (W)



Korang ada tau mana2 yang jual lagi murah tak? 
Kalau ada sharing2 ek ;)

Sharing Is Caring :)

Salam kawan2, nak share sikit 



ibuKM ada blog lagi satu..






Kalau ada yang berminat nak baca dan sama2 kongsi info pasal kehamilan, 

jom jalan2 kat sana ok :)



SELAMAT MEMBACA, 



Salam Isnin !

Budak Gedik @ Brown

Tengokla aksi gedik budak ni, hari Ahad haritu..

Sambil "abah" dia tido, dia "melemek" je dekat celah kaki tu..
Sekali "abah" dia pusing tersepak .... 
NAUZUBILLAH, tak dapat bayangkan dia
terbang ke dinding.. Mari sayang kita bergambar :)











Kebanyakan gambar di atas adalah 
eksyen takmau padang kamera, 
sekali kena marah paksa pandang kamera, 
tengoklah muka budak ni...





hahahaaaaaaaa...tensi je minah cekelat ni kan ! 
Nak santai2 pun kena kacau >.<

Friday, May 25, 2012

Kisah Bebudak Belakang

Harini baru ada kesempatan nak update
pasal bebudak belakang, sebab gambar 
pun baru ambik semalam..
Untuk menceritakan aktiviti terbaru bebudak belakang,..




Pada yang rindukan Kichan tu, bawaklah bersabar ye..
Sebab Kichan REALLY HATES CAMERA ! 
dia memang takmau langsung ambik gambar semalam,
so ibuKM just dapat ambik gambar ni je...
Jadi lah kan, dari takde langsung .. ;)


(Kichan mugkin tengah berfikir, bosan duduk rumah, aku nak cari kerja lah)



(Manja macam biasa, selalu rajin tolong buat kerja rumah)


(Manje : eh apa ni ibu, asyik ambik gambar je)
Biarlah , semorang dah rindu nak tengok korang tau !


(Manje : yelah2, ambik lah banyak2. posing camni suka??)
Eh eh budak ni, melawan pulak.. tak baik tau, berdosa ! 


(Tomei : errrr, masuk blog lagi ke bu??)
iye, korang kan lagi femes dari ibu.... 


(Tomei : Hai kawan2, Tomei nak rehat lah, penat lompat2 dekat luar tadi)


 (Putih : ibu, keluarkan lah Putih... )

Tak boleh ! Siapa suruh kamu main jauh2 (Putih pergi main 3blok jauhnya dari umah kami)
Nasib baik takde orang ambik kamu !



(Putih : alaaaaa, Putih amik angin je...)
Takde2 ! Sekarang pun dah nak magrib kan, duduk je dalam tu.. Kejap lagi yang lain pun kena masuk.
Ini ler dapat nya bila anak bulus belum di kasi.. Diorang ada instinct explore tempat jauh2 sikit berbanding yang dah di kasi, lebih takut nak pergi jauh..





Dan inila dia construction jiran sebelah yang ibuKM cakap tu.. 
Kesian anak2 bulus, terdedah kepada habuk. Tapi masa diorang kerja 
waktu siang, bebudak ni lepas dalam rumah.. So takdelah terdedah sangat, 
Dan sangkar diorang dah ditutup dengan plastik, untuk elakkan habuk masuk,,
Bukak belah depan je, 


nanti kalau ada cerita baru, ibuKM update.. 
Mungkin esok nak mandikan bebudak ni, dah dekat 2 bulan tak mandi..

hewhewhew.. yelah dengan sibuk, dan hal kesihatan tak mengizinkan,
bukan ibuKM sengaja ~.~

Brown MemBuli & DiBuli

Thursday, May 24, 2012

Bebudak belakang

Sori, rasa nya korang dah lama tak dengar cite sal bebudak KM rumah belakang kan..

Diorang ada je, sihat walafiat.. Putih dah balik dari mating session kali ke2, tapi
belum nampak hasil nya.. Tunggula kaalu 2bulan takde jugak, kita KASI kan aje..

Nak update cerita macam2 pasal budak belakang. Cuma ibuKM belum ada kesempatan
nak lepak sana lama2 ambik2 gambar. Setakat bersihkan sangkar, basuh bekas makanan,
tukar air, dan cedok poo2. Main lah dengan bebudak belakang tak sampai setengah jam.

COp3 !! jangan pandai2 cakap ibuKM abaikan diorang.. Diorang masih berkeadaan
baik, sihat macam selalu. Cuma ibuKM punya tanggungjawab lain yang perlu
diselesaikan juga. Selalu update pasal Brown bukan bermakna ibuKM pilih kasih..
NO NO NO, ia adalah disebabkan Brown tinggal bersama kami, jadi mudahla
kami update cerita tentang dia kan.. Tapi ibuKM tau, kawan2 tak fikir negatif pun..

Cuma bagi peringatan supaya takde perasaan tidak baik je..

Okay kawan2, petang nanti ibuKM cuba luangkan lebih masa untuk bebudak belakang
Bolehla kawan2 tau apa cerita terbaru diorang kan :)



Salam sayang,
Kichan, Manja, Tomei & Putih...

Wednesday, May 23, 2012

Brown MemBewok !

Budak kenit ni, yang dah tak berapa kenit sebenarnya akan membuang "hasil perut" setiap pagi..


Baunya pun boleh tahan semerbak kalah bau manusia pemakan petai membuang !!
Jadi setiap kali dia membuang kenala cepat2 cedok atau bersedialah menghidu bauan
dalam jangka masa panjang...


Hehee.. tapi ada benda yang buatkan dak kenit ni so SPECIAL!!
Dia bijak sangat, sebab walaupon duduk dalam bilik (ye, tandas untuknya disediakan)
dia TAK PERNAH poo2 atau pee2 di tilam atau mana2 tempat yang bukan tandas dia
tu kecuali masa awal2 dulu la dia pernah terkincit :(


Tak kisahla kan, janji korang mesti terKAGUM sekejap tengok aksi budak kenit ni
membuang .. kelakar pun ada, takpelah.korang tengokla sendiri.. ;) 




First, korek2.. buat lubang dulu...

 2nd, ready to push !
Sila lihat tangan dia letak mana ?? hehee


ooohhh ibu, malula Brown ibu amik
gambar sensored ni ... (hins hins sambil meneran)


Errrrrkkk, Brown sembelit ke ni...
Phew legaaaaa...




ibukM : aaaaaaaaaaaaa,, busuk nya Brown tahik kamu ni !!!! Hdkjwasfhaehfkdsczcm !!
(sambil cepat2 cari scoop dan surat khabar cedok "hasil" Brown tu)



p/s : yang SPECIAL nya sangat tadi, ibuKM suka part tangan dia parking dekat
tebing litter box tu. Kebiasaannya kucing lain, tangan betul2 dekat dengan perut sambil
dorang mencangkung tu.. 

Saturday, May 19, 2012

Saturday - Brown Tunjuk Rajin..

BROWN : ehhh, ibu nak kemas beg baba ye.. Nak tolong ??
IBUKM : boleh je asalkan jangan sepahkan..okay !
BROWN : Okay :)






BROWN : ehhh, ibu masukkan apa tu dalam plastik?
IBUKM : Baju baba kamu nak tukar masa basuh kereta nanti, pastu stokin dan sapu tangan..
BROWN : Ohhhh, kenapa kena masuk plastik? 
IBUKM : Yelah, kot hujan ke, terjatuh ke..takde lah kotor kan..
BROWN : eeeerrrmmmm..






BROWN : eeee, ibu plastik putih ni nak watpe pulak? Dia berbunyi2, geram pulak kita !
Nak geget2 dia sampai koyak !
IBUKM : eh, janganla... yang tu plastik bungkus beg pulak.. Baba kamu tu 
kan cerewet.. nanti kotor beg dia tu, ke basah ke.. bising pulak. Dah bawak sini
ibu nak packing ni..
BROWN : Shniff shniff (sambil gonyoh plastik)






 BROWN : Kita tolong ibu zipkan beg ye.. Yah yah yah.. Susah la.. 
Jari kita kembang2, tak boleh nak kepit zip tu...
IBUKM : hahahaaaa, tau takpe !! dah2 tamau kacau.. ibu nak cepat ni. 
Nanti baba kamu dah habis mandi, dia nak siap je terus..
BROWN : yelah tu... 






 BROWN : oooh, bungkus beg camni ye.. Kalau bungkus Brown?
IBUKM : hahaaaa, nak bungkus kamu kena tunggu masa nak tanam nanti la...
BROWN : eerrrrkkk.. TANAM??!! ibu nak bunuh kita ke?
IBUKM : hahahaa, CHOI !! bukan nak bunuh,
 tunggu la masa Allah dah tarik nyawa kamu nanti..
Tapi ibu harap kamu dapat jadi babygirl ibu sampai ibu tua..
BROWN : yeke?? hehee.. selamat hari IBU >.<
IBUKM : hahaa, ada2 jelah kamu ni Brown..
BROWN : eh cuba tengok siapa belakang ibu tu...
IBUKM : Mana mana??!! 





 BROWN : hahahahaaaaaaaa... ACAH ajee.. mana ada sesapa !!!
meh kita kacau ibu ikat plastik !!
IBUKM : BROWWWWNNNNN !!!
pandai kamu kenakan orang ye !

Thursday, May 17, 2012

Brown Favourite Blog (mingguke3bulan5)

**Sticky post until 20/5/2012**
scroll for new entry ya :)


Ha, masa hari tu kan ibuKM bloghoping la macam biasa,.. 
bukak beberapa blog yang memang selalu ibuKM follow.. 
Tapi sekadar silent reader.. Untuk minggu ni, Brown dah pilih 1 blog
untuk dikongsi dengan kawan2 blogger lain..

Blog dia memang sempoy, cerita pasal kisah harian dia..
Apa dia buat, gi mana, dengan siapa, jam berapa.. kira detaillah.
Kira nya macam diari dia.. Dia seorang wanita, peniaga barangan kecantikan wajah..
Berumur lingkungan 20-an dan comel ! (kalau tak comel, takkan Brown pilih kan)

Kakak blogger ni pelbagai kan cerita dia, walaupun hanya berkisar tentang rutin harian
atau kisah hidup dia, tapi cara dia cerita tu macam variasi lah.. Macam dengar dia cerita
depan2 pun ada. Dan dia baru melangsungkan perkahwinan baru2 ni.. 

Saya ucapkan "SELAMAT PENGANTIN BARU akak" (kalau akak baca lah blog cebisan ni.. :) )



Okay, jom tengok secara detail siapakah blogger bertuah pilihan Brown bulan ini...











1....











2....









3....










4....










5...











Banyak nau nombor eh !
Tanpa melengahkan masa ! Berikan tepukan gemuruh untuk blog ............





PEEJ BURHAN !!!!!!!!!
(ampun kak, copy gambar tak minta izin)


eh mana Brown... Scroll scroll scroll....






















Taarraaaaa..inilah peminat ke2 kak Peej tu
selepas saya.. hehe



Brown : hai kakak Peej, nama kita Brown..
Bulan ni blog akak jadi pilihan saya.. 
Tak kisah la apa orang nak kata, saya suka jer !
 

Brown Merajuk, Kena Marah..

Minggu lepas ibuKM dapat MC atas masalah kesihatan, dapatlah budak 
"coklat" tu berkepit 24 jam.. ye doplohpatjam sebab tido pun sekatil ! kalah suami isteri...

Kalau dah asik berkepit je, memang susah nak buat apa2 kerja...
Nasibla anak kucing, kalau anak manusia lagi berat tugas ibuKM agak nya..
Yelah, kita ke bilik air dia ikut, kita makan dia ikut kita wat kerja apa sume ada
muka dia tercongok depan mata.. Comel memang comel ! tapi kalau dah sampai 
MENGGANGGU, memang kena marah lah kan !  kesian dia, huhuuu.. 

walaupun kena marah, muka still selamber .. muka tebal bak kata orang !
Tak kisahla apa orang nak cakap / buat, dia tetap menyendeng.. 

Jom tengok apa dia buat tu paling kena marah sampai merajuk.. :)






Mula2, panjat atas keyboard. pura2 jilat bulu..





Pastu, jalan kiri jalan kanan.. 





Bila dah puas jalan2, landing pulak dengan muka selamber dia..





Perlahan2 landing kepala ...

 




Dan........ KKRRROOOOHHHHH... eee, saja je tau budak ni ! 

Kena babap mutot sekali, letak dia kat tepi, sambung main game..





Tup2 diserang dari belakang !!! AIYOK !! 
Budak "coklat" ni panjat belakang saya.. !! Hurgh balas dendam ye !
Kena babap mutot dan kali ni kena bebel sikit ... Letak tepi lagi, 
bagi dia pakai kolar loceng dengan harapan mau duduk diam2
main dengan loceng tu..




Terus dia surrender, 

Brown : Okaylah ibu, Brown duduk tepi je..
Tapi pleassseee, lemme touch the lappy >.<
ibuKM : Okay babygirl, asalkan kamu tak panjat keyboard lagi..







p/s : Brown sekarang dah besar, tak cakap pelat... Berat dah almost 1kg..
Nakal kemain lagi.. Tapi semakin hari semakin bijak.. 

Tuesday, May 15, 2012

Tak Hapdet !

Sori kengkawan, last update 1May,
dekat 2 minggu jugak tak berusik blog ni..

Sabar, entri ada. Cuma nak masukkan gambar adalah masalah sebab
ibuKM dapat MC atas masalah kesihatan. Jadi takde lah pergi ofis yang
biasa nya jadi tempat mengupload segala keperluan dan menghabiskan
masa yang sepatutnya digunakan untuk bekerja. (hehee, pekerja yang baik
mengaku kejahatan yang dibuat ..)

Ada entri pasal Brown merajuk, bebudak KM wat hal, jiran sebelah
renovate rumah, Putih dah balik ! dan macam2 lagi yang ibuKM dah
fikir dan susun untuk dijadikan cerita.. Apa yang penting, sabarrrrr...

Okay kawan2, insyaallah esok ibuKM kembali bekerja..
Selamat membaca !!! :)







p/s : UniMeow.. tak baik tau tengok kucing THAI !
sekali dia tomoi baru tau ! hahaha

Wednesday, May 2, 2012

Keletah Brown di hari Pekerja :)

Semalam seronok sangat kan u ollss sebab dapat cuti di hari sepatutnya bekerja..
Tapi walaupon bercuti masih ada KERJA yang harus di buat, seperti mencedok "kueh",
bersihkan sangkar, kemas bilik, dan etc....

Penat tapi happy, sebab dapat bersih2 kan semua tempat yang tak bersih.. hehee
dan 1 kerja WAJIB untuk dilangsaikan ialah TUNGGAKAN menggosok baju kerja 
En Suami dan baju sendiri.. Ok, memang setiap kali hujung minggu atau cuti, saya akan
gosok untuk kegunaan straight seminggu !! Senangkan, bila dah siap gosok, boleh
pilih je nak pakai baju apa ;) 
Tak payah rushing2 setaip pagi bangun dengan muka sememeh, mengantuk akibat dikejutkan
suami yang mengatakan "B, MANA BAJU KERJA SAYA? GOSOK CEPAT"
Ewww, memang terasa meluat di kala itu. Jadi saya selalu buat keputusan yang baik ending nya
untuk diri sendiri.. Takde lah pertengkaran suami isteri di pagi hari ;)
(tapi masih berdebat kadangkala sebab saya tidak rajin buatkan air minum..hehee)



Bila dah start bentang ironBOARD, datangla si kenit tu menyibuk.. (memang setiap kali sesi 
menggosok, dia akan menyibuk. cuma semalam dapat snap sebab rajin nak snap..hehe)




Jom tengok apa dia buat :-




BROWN : ibu, BWAUN nak toyong boyeh?? Pleashhheeeeee...
IBUKM : Mana boleh, ni kan seterika, panas tau ! Bahaya budak2 mana reti guna ...



IBUKM : hah ! nampak tak seterika tu, 3x ganda besar dari kamu tau !
BROWN : ala, BWAUN uat pelan2 je. ibu ajar ya..otey?



IBUKM : NO NO NO, ini bukan permainan kanak2 ok !
Jangan degil, gi main kat katil sana
BROWN : ala, ibu ni tak spoting ya ... Bwaun baying cini yah .



BROWN : jap eh, Bwaun nak tesh duyu kepanashan obyek ni ..
IBUKM : BBWWAAAAAUUUNNN !!! Bahaya !!!




(lalu ibuKM campak kan dak kenit tu atas katil, tak reti bahaya betul dak ni tau !)

IBUKM : dah, duduk situ diam2. kalau terbakor misai kamu tu tadi camne??
BROWN : eh beyom bakar ya .. tite tiom dayi jauh der ..
IBUKM : menjawab ! cubit mulut tu baru tau !




BROWN : adui, gayang yah ibu tite ni.. nak toyong pon takyeh.
Ibu... tite toyong ibu piyih badu nak jocok yah.. boyeh?
IBUKM : okay, yang tu boleh. tapi yang lembut dulu tau. keras kemudian..




BROWN : yembut?? Keyash?? errr, acamane tu tawan2? tite byurr ya ..
IBUKM : hahaa, tanya orang pulak. tadi nak tolong sangat macam terer,




BROWN : eh denar pyak ibu tite ni.. hehee, pat ah toyong Bwaun ..
Acane nak piyih ni...??

errr..takde owang jawab pon :(



BROWN : cucah cucah tido je yah ! itu takyeh, ni takyeh.. ZzzZZzz
IBUKM : hahaa,merajuk pulak dak kecik ni... sweet dream baby girl ! :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !