KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Thursday, January 31, 2013

Gaya "PakNam" Sangat Ok !












Friday, January 25, 2013

Seronok Sangat

Seronok sangat ibuKM cuti, sampai takde update. 

Yeah, kemalasan dah melanda. 
Tunggulah minggu depan ye, baru buat entri.

Sehingga hari ini, bebudak KM berkhabar baik. 
Tak sakit, tak buat hal.

Cuma Kichan kelmarin kena marah. 
Sebab ibuKM tengah makan ayam goreng, 
Kichan ni memang jenis tak boleh nampak 
makanan manusia ikan goreng, ayam goreng ni. 
Dia punya mengiau tunggu depan kita macam 
kan lapar sesangat. Kichan ni taste 
kampung + bandar, goreng2 nak, wetfud 
pun licin ! Pastu sampai ibuKM habis makan 
dia still mengiau. Setiap 5saat hokeh. 
ibuKM siap basuh tangan, duduk atas 
sofa sambil cakap camni :

Kichan! Kenapa ni, bising sangat?? 
Tak boleh duk diam2 ke? Tak pernah makan ke? 
Tengok yang lain tu (merujuk kepada bebudak lain) 
elok je duduk diam2 
(ye, masing2 buat hal sendiri, jilat bulu, baring2 etc)


Kichan dah wat muka seposen masa ni, 
pandang je ibuKM.

Ingat cantik sangat ke perangai macam tu??! 
Ingat orang suka ke? Elok2 orang jaga sayang dia, 
buat macam ni, cuba jangan mengada sangat.. 

Kichan dah baringkan badan dia, instead of 
dia tengah berdiri tadi.

Tau pon orang marah... Tengok dekat pasar tu, 
kucing2 kat sana makan je apa yang ada, 
sampah pun makan, awak tu dah duduk rumah, 
 semua dapat, nak jugak bising lagi.. 
Tak bersyukur ke??

Masa ni dah rasa macam mak tiri sebab Kichan 
dah terkebil,pejam2 mata.. Kesian pun ada.

Pastu ibuKM senyap, dia pun senyap.. 
Sampai sekarang dia tak buat lagi. 
Taktau lah esok lusa kan..

Sampai ke sudah dia tak dapat ayam goreng

Bukan ibuKM sengaja nak marah dia, 
tapi ibuKM taknak ajar dia makan makanan 
manusia selagi orang tak bagi tunggu je. 
ibuKM tak suka kalau dia panjat2 meja, 
curi dari bawah tudung saji, korek tulang2 
dalam tong sampah. Tu semua cari 
penyakit nama nya! Kalau ibuKM, bagi 
mesti akan letak dalam pinggan supaya diorang belajar
okay, ini cara nya ... bukan dengan curi2 atau 
meminta2 (ewah ingat manusia ke?? hehee)

Nasib baik dia pun jenis tak melawan, 
dengar ibuKM bebel. Kalau lah dia jenis selamba, 
dia mesti dah blah sambil jeling ibuKM kan ... 
huhuhuuu

Thursday, January 24, 2013

SMARTSIFT BATCH 2 : Dibuka Untuk Pembelian ! :)

*sticky post, scroll down for new entry*



Pertama sekali,

terima kasih pada pembeli BATCH 1

1) Norhashimah (Melaka) POS
2) Saiful (Selayang) COD
3) Puan Jamilah (P.Pinang) POS
4) Aleeya (Putrajaya) COD 
5) Miss Shina (Perak) POS



Semua dapat rege RM 150 ye, 
tambah pos RM 20 sahaja ke semua 
kawasan dalam Malaysia.


So, BATCH 2 dibuka pada hari ini... 
Sampai lah dapat 5 buyer juga :)

Refer sini untuk entri SMARTSIFT ye :) :) :)



List BUYER BATCH 2
1) Fadhlina PAID - COD

Friday, January 18, 2013

Hari Ini Panas Terik !

Disebabkan hari ini panas terik 
(alhamdulillah, boleh sidai baju 
sampai kering..tumbuhan pun dapat manfaat nya) 
tapi bebudak KM tetap happy ! 



Sebab apa???










SEBAB DIORANG BOLEH BUAT TAIK MATA ... 
krooohhhhh

Tuesday, January 15, 2013

Bebudak Pagi Ini...












Friday, January 11, 2013

Bebel Kosong


Bebudak KM kalau time makan wetfud ibuKM 
suka beraturkan macam ni,,,
nampak lebih comei + sopan. Takdelah makan 
berterabur bontot masing2 kan..
Kita tengok pun seronok sebab nampak 
diorang behave. 
Tapi dalam 4-4 hekor ni, Kichan paling 
llllaaaaaassssttt sekali beredar.
Sebab dia selalu tunggu kot2 pinggan yang 
lain ada isi lagi, boleh lah
dia sambung makan kan.. Yang paling lambat 
makan, tersipu malu ialah Si Putih. 
Dia macam jilat2 je instead 
of gigit2 kan. Takpe, betina biar gitu :)




Petang semalam, letakkan Cumi kat 
tengah2 diorang. Biar dia bergaul sikit.
Budak kecik ni garang betul ! Asal nampak 
sesapa datang dekat, mesti dia sembur..
Kuat pulak tu. Tapi hari ke hari dia dah okay, 
cuma ada kakak dia Si Manja Citam 
(adik ipar punya kucing) masih marahkan 
budak kecik ni. yang lain dah okey, 
boleh get along. Cuma budak kecik ni je 
tak berapa mesra. Suka main sorang2, 
gesel2 mintak manja.. Takpe, masa akan merubah dia.. 
bebudak KM biasa lah, duk cium2 dia, 
takde instinct nak gaduh pun, 
KUASA NEUTER thank u ! :)
Kalau tak neuter mesti ada gaduh2 kan.. 
Tak kuasa nak melayan.


Tengoklah Tomei & Manje Mok2 tu, 
wat rileks je tengokkan dak kecik yang 
sedang berusaha nak larikan diri.. 
Abang kaka usha panas je, sentuh nya idak.. 



Tapi, Si Putih memandangkan dia 
belum sunat lagi, dia marah jugak kat budak kecik ni..
Masa awal2 budak ni ada, 2-3hari jugak 
dia asyik ikut je mana dak kecik ni pergi.
Budak ni plak pantang, asyik marah je.. 
Takut jugak Putih belasah dia, kerek sangat kan..
Huhuu... end up dah okay. 

Sekarang Putih nampak dia pun wat derk je. 
Tengoklah gambar bawah ni, Putih duduk 
hujung2 je usha dia. Dia lak nervous 
takut Putih terkam kot...



Manje ni kan perangai dia sangatla keibuan, 
dalam masa sama keanakkan..
KUASA NEUTER jugak ni. Alhamdulillah, 
anak2 saya semua behave..

(Tak dapat gigit Cumi, kita gigit roll ni !! Yeahhhh !)




Kichan takde, dia pergi bersiar siar kat luar rumah.. 


Note : Cumi ni tak duduk sangkar bebudak KM, 
dia duk sangkar lain.. 

Monday, January 7, 2013

Rezeki Dia ...... :)








Budak kecik ni, anak terbiar... Sabtu tengahari ibuKM dah dengar ada budak kicik menangis kat luar rumah.. Alahai siapa plak buang anak ni. 10 kali menangis ibuKM wat tak reti lagi, tapi dah masuk kali ke 15 dia berbunyi tak sampai hati bukak pintu tengok muka kecik ni comeeeeeiiii sangat ! 
muka bulat mata bulatttt.. Adoilah, ko ni kenapa comei !
((Sebab ni lah taknak bukak pintu mula2 tadi *.*))

Dalam pada pintu terbukak ni tadi, laju je dia menonong masuk rumah macam kan rumah sendiri terus senyap. Tak nangis dah, aik pandai ko kan ! Urm, dah rezeki dia, dapat lah makan wetfud barang sepinggan dua. dah kenyang ibuKM letak balik kat luar, depan pintu tapi dia wat muka seposen... ibuKM tutup pintu dia pun senyap je kat depan tu. Tak sampai hati lagi, bukak pintu balik... Tergedik2 dia masuk dalam rumah. Teringat kisah TAK SAMPAI HATI dengan Brown. yang jugak anak kutip...

Petang tu kitorang semua balik kampung, masukkan budak kecik ni dalam sangkar..
Duk lah ontok2 dalam tu 1 malam ni. Ofkos siap makan minum sekali pakej nya :)

Dan jadi rezeki lagi, budak ni dah dapat status 
PENDUDUK TETAP,
senang2 je kan warga asing zaman sekarang ni dapat status kerakyatan..huhuu

Insyaallah nak vaksin dia minggu ni, dan dinyah cacing, Perut dia tak besar sangat macam Brown dulu, tapi mungkin ada cacing kan. Siapa tahu... dan dia bersih TAKDAK kutu.. Mungkin orang buang. Bape banyak mungkin daaaa...


Okay lah, budak kecik ni takde nama lagi,,, korang leh suggest kan tak?? berdasarkan muka seposen dia, ngan warna dia tu. Kasi nama comei2 sikit. Jangan buh Peah, Milah camtu.. Glemer sketlah.
Ye, dia BETINA (((Mahal nya kos nak neuter nanti =( =( )))

Wednesday, January 2, 2013

Azam 2013 Kucing Malaysia ?

Walaupun umat Islam tahun baru nya adalah tahun baru Islam (hari Maal Hijrah) tapi rasa nya lebih sesuai nak berazam tahun baru di bulan Januari setiap tahun. 

Azam tahun baru Islam di buat pada hari tersebut, kebanyakan nya berkaitan muhasabah diri ke arah lebih baik. 

Untuk Januari tahun ni, ibuKM berazam nak :-

1) CUBA lepaskan bebudak KM dari sangkar sekerap mungkin.

2) CARI rumah sendiri supaya bebudak KM boleh dapat bilik sendiri & keselesaan lebih terjamin.

3) CUBA jenis makanan lain supaya bebudak KM bertambah gemok !!!! (suka part ni)

4) USAHA KAN supaya bebudak KM sihat sentiasa dari sakit mata, sakit telinga etc. (bukan diorang selalu sakit pun)

5) dan macam2 lah...Kot dapat cucu anak si Putih pun okay jugak. rindu nak ada anak kecik.
Takpe lah, tunggu ada rumah sendiri nanti. Selalu jenguk blog kak Rosmawati nak tengok KULAT & adik beradik nya.. Teringat kat Brown. Rindu dia... 


ibuKM doa kan anak2 bulus kita lebih sihat masuk tahun baru ni.. Tak mo dengar kisah2 PERGI2 tu.
Tapi, kuasa Allah swt siapa yang tahu kan. Yang hidup pasti mati..... Masa nya je tak tahu.

Insyaallah, ibuKM akan cuba buat lebih banyak entri .. dengan harapan rating view naik balik. Sob3...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !