KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Showing posts with label Luar Biasaan. Show all posts
Showing posts with label Luar Biasaan. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

TOLONG SEBARKAN !!

(sticky post sehingga 15.7.2012)
scroll for new entry








Salam semua, 


Pagi ni blogwalking ternampak 
1 entri dari pecinta kucing bernama Hani El Zahra..

Post pasal ni DEKAN UNIVERSITI ZALIM !!! 
Kenapa zalim???


Dekan Kampus tempat suami dia bekerja, 
nak PTS 2 ekor kucing jalanan yang selalu lepak kat situ.. 
Apa ke kejam sangat??? Padahal kucing tu tak kacau dia kot !! Hanya sebab dia tak suka kucing .. HADOI !



Takde belas kasihan ke dol ?? 
Dan Hani decide nak bawa 2 kekor ni 
balik buat sementara waktu, dan buka 
pintu adoption seluas2 nya bagi mereka 
yang berminat .. Dia tak dapat jaga lama 
sebab dia pun tengah foster beberapa 
kekor yang sakit. Dia minta di ambil kedua dua 
kekor sekali sebab kekor2 ni memang 
sangat rapat .. Ini details kekor tu :-


Jantina : DEDUA JANTAN
Kondisi : SIHAT WALAFIAT 

LOKASI ---->>> U** Kampus KL 
(Sila tanya Hani tempat dimaksudkan)



Kalau berminat nak bantu, atau nak baca lebih lanjut .. 
Anda di alu kan ke blog Hani sekarang ..


Cepat ye, kesian bebudak kekor tu.... =(



p/s : SILA SEBAR2 KAN .. TERIMA KASIH



Sunday, July 8, 2012

Silent Reader =)

(sticky post for 5days)
until 8.7.2012
skrol lagi untuk entri lain :)






Assalamualaikum,








Kawan2, ibuKM dapati blog ni banyak "silent reader"...

Jadi untuk  ibuKM balas balik jejak korang, 

sila tinggalkan LINK blog korang pulak ye.. 

Senang ibuKM jejak balik.. 


takkan korang je nak baca celoteh ibuKM kan, 

ibuKM pun nak gak baca cerita korang :)






Cecepat jawab tau, tinggalkan dalam kotak komen.








Okay, terima kasih.. Luv u all >.<

Thursday, July 5, 2012

Produk HARAM dimakan !

Astaghfirullah hal azim,,,


Kalau di ingat ingat balik, zaman sekarang ni,
 banyak produk yang HARAM di makan !! 
Mana tak haram, pembekal masukkan BAB*
 dalam produk tu, masa proses nak buat..
Kira dalam salah satu bahan nya lah..



Eeee, geram juga kan. Habis semua diorang 
nak masukkan BAB* tu, apa SEDAP sangat ke???



Kalau ye pun masukkan dalam makanan
untuk dijual pada orang bukan Islam dah la kan, ni tak..



Tak inform2 pulak tu. nak harapkan kita
sendiri lah yang cari2 info / sumber tentang
bahan2 produk tu..



Tadi, terjengah blog mylovely-cats.blogspot.com,
dia ada publish entri pasal beberapa produk 
makanan kucing yang HARAM di makan 
sebab ada BAB* ni tadi..



Boleh rujuk link ni untuk entri 

Dan sini untuk senarai produk 





Kepada pemilik anak bulus di luar sana,
berhati2 lah ketika membeli..
Makanan kucing ataupon makanan manusia..
Kalau ada pun terpaksa beli 
(sebab kucing sakit teruk hanya nak makan produk tu)



SILA LAH SAMAK SEGALA
BEKAS MAKANAN / MINUMAN
DAN TANGAN ANDA... 



Sekian..

Wednesday, July 4, 2012

Salam Kemaafan ..

Monday, July 2, 2012

Kucing Terkecil Di Dunia :) :)

Seperti biasa, pelbagai kejadian pasti ada sebab dan musababnya. Kadang2 tu hingga tak masuk dek akal fikiran seorang manusia. Begitulah hebatnya kehebatan ciptaan Allah di dunia ini. Kali ni, seekor kucing paling kecil di dunia telah ditemui.
Kucing yg comel ni adalah yang terkecil didunia, namanya “Peebles“. Kalau dilihat mungkin seperti anak kucing biasa tapi sebenanya Peebles berusia 2 tahun.
Peebles menjadi sebegini adalah disebabkan oleh masalah genetik yg membantutkan tumbesarannya. dengan ketinggian hanya sekitar 15.5 cm dan 49 cm panjang, jadi tidak hairanlah Peebles melayakkan diri sebagai kucing terkecil dunia oleh Guiness World Book Of Record.



Thursday, June 28, 2012

SORRY !

Sorry kawan2, ibuKM tak dapat
BLOGWALKING harini..
Esok saja ye ! 
Banyak kerjaaaaaaaaaaaaaaaaa..



DADA ! :)

Sunday, June 17, 2012

Kucing Kena Tembak?? LOL !!

Friday, June 15, 2012

MAY DAY MAY DAY !!

eee, sahabat...

ada soklan sikit..


APAKAH PERBEZAAN PAGE VIEW
DAN UNIQUE VISITOR?
DAN BAGAIMANA KAH "NE" 
BOLEH DIDAPATI..


(hehe, orang sibuk berblog dia pun nak, tapi apa pun tatau!)


Tolong jawab kan eh... Pleaseeeeee.. >.<

Thursday, May 31, 2012

PERSOALAN - KUCING & WANITA HAMIL

**sticky post until 31st May 2012**
scroll down for new entry





Persoalan ni selalu bermain di fikiran ibuKM, berkaitan kucing sebagai haiwan peliharaan.


Tapi sebelum tu, kita baca "copy" entri di bawah :-



Kucing Dan Wanita Hamil

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.



Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.


Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.


Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.


Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.


Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.


Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.


Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.


Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.


Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.


Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.


Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.


Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.


Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.



Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.








Untuk pengetahuan kawan2, ibuKM dah 2X keguguran, dan tak tahu apakah punca nya.. Bila terbaca tentang entri macam ni, sedikit sebanyak menganggu emosi. ibuKM sayang bebudak KM semua, tak mungkin ibuKM akan LET GO dorang pada sesiapa pun !! 


Ada suara juga yang mengatakan salah satu punca ibuKM sering keguguran
: SEBAB IBUKM DAH KASI / MANDULKAN bebudak KM dan Allah swt telah murka.


ibuKM sangat berbesar hati andai kawan2 semua dapat share info terutamanya dari segi penjagaan / cara mengelakkan perkara sebegini
berkait dengan keguguran yang ibuKM alami.. 


Mohon jasa kawan2 KM yang membela kucing dan pernah melahirkan 
berkongsi cerita dengan saya...








Salam sayang, 
ibuKM yang sedih hati.......

Wednesday, March 21, 2012

Anak Kucing Jadi Anak Monyet?












COMEL KAN??
Ni contoh kekuasaan Allah swt, yang menciptakan

Tuesday, November 29, 2011

Salam Maal Hijrah

Sambutan kali ni rasa nya lebih meriah.. sebab cuti jatuh ganti hari Isnin
Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan bernafas sehingga hari ni. Tahun baru....




SELAMAT TAHUN BARU ,1433 Hijrah







Nota kecil : Maaf , entry tiada gambar anak2 sebab kehilangan cable USB. harap dimaafkan.

Tuesday, November 22, 2011

Tahniah Harimau !!

* 21.11.2011 Tarikh Keramat *

Semua orang sibuk meraikan kemenangan skuad
Harimau kita VS Indonesia semalam,,

jadi saya pun nak ambil kesempatan ni
mengucapkan TAHNIAH Harimau Malaya !!
(Harimau pun keluarga kucing kan,
jadi entry saya tak lari dari tajuk blog ni hehee)


Saya tengok dari awal ke akhirnya, walau pada masa
ke2 saya tertido kerana menunggukan gol
yang tak kunjung tiba..huhuuu, biasa lah orang fomfan !
Seronok juga melihatkan gol2 yang mendebarkan.

Jutaan terima kasih di ucapkan pada pemain2 skuad muda kita (bawah 23 tahun,, muda2 lagi tapi mak saya cakap muka semua matured--amboi mak tengok bola ke, tengok pemain hehee)

Gol terakhir yang paling bes sekali bila ketua pasukan skuad kita jaringkan. Macam mimpi !! Masa tu rasa macam dah sedih takut tak gol. Alhamdulillah, akhirnya kemenangan milik kita walaupun Indonesia masih juara keseluruhannya.










~~ Barisan pemain ~~






Gol keeper terbaik !!









Nota kecil : Ingatkan dapat Cuti Peristiwa .. hehehe

******************************************************************************

Karikatur di colek dari karya : :







Monday, November 21, 2011

Lari Dari Kebiasaan

Ini blog tentang kucing, semuanya cerita kucing. Tak ada cerita anjing, tikus, beruang dan lain2.
Tapi tertarik nak lari dari kebiasaan, nak kongsi sama kawan2 "gaya" retis2 kita di Malam Festival Filem Malaysia... Jom nengok !

Kita mulakan dengan yang rate bawah bawah (Cis ada hati nak kondem! hehe)


1) JULIANA EVANS
Komen : Baju tak naik, gelap takde seri

Markah : 1/5




2) MARSHA
Komen : Baju biasa2 je, belah je lebih

Markah : 1/5




3) FAZURA
Komen : Baju ala2 sang puteri, nampak comel

Markah : 3/5




 4) SCHA AL YAHYA
Komen : Baju simple, tapi masih nampak elegant

Markah : 3/5




5) KILAFAIRY
Komen : Baju oklah, nampak elegant + comel

Markah : 3/5




6) NEELOFA
Komen : Baju cantik sangat ! Tapi kalau warna contra sikit dengan kulit, mesti nampak lagi glam

Markah : 4/5





7) LIYANA JASMAY
Komen : Baju 3 tone, memang cantik. Seswai ngan Liyana

Markah : 4/5




8) MAYA KARIN
Komen : Baju sangat sweet, dah ala2 pengantin 

Markah : 4/5





Dan yang terakhir pada saya memang cantik, sweet, glam, menarik hati ...
Jeng Jeng Jeng........

*













Bawah lagi -->>
*














*














Lagi bawah -->>
*














*

TARAAAAAAAAAAA......... 

 9) DIANA DANIELLE
Komen : Baju ko memang cantik !! Keluar aura BINTANG 

Arrrgggh adore sangat baju ni,nampak nice sedap mata memandang.

Markah : 5/5




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !