KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Friday, March 30, 2012

Wordless Friday














Tuesday, March 27, 2012

Rezeki dia..

Ini stray cat yang selalu datang
setiap pagi tunggu depan ofis ibuKM, 
sementelah dah nak gaji
hujung2 bulan ni,
hari ni dia dapat makan ikan,
instead of Friskies biji.
Kesian dia, makan
sambil menggogoi kelaparan..










Takpelah derr, rezeki lu..

Makan kenyang2 ye. 
Doakan ibuKM selalu murah rezeki

untuk kamu dan anak2 bulus kat rumah tu..
Insyaallah,

Friday, March 23, 2012

Manje BO LAYAN !

Di satu petang yang dingin, 
2 ekor anak bulus sedang berbisik
Nak menjalankan 1 projek....
















Yang akhirnya, membuatkan sekor merajuk..
hehehee.. padan muka dia. Nakal lagi !

Thursday, March 22, 2012

Kucing Terbiar..

Salam dan selamat hari Khamis semua..
Kucing kat bawah ni,
salah sekor kucing terbiar kat ofis ibuKM.. 
Setiap pagi dia mesti datang
tunggu depan pintu ofis, minta makan.. 
Selagi tak dapat makan, dia mesti mengiau
dan ikut kaki kita ke mana saja (di luar ofis la)
Seekor kucing jantan, umur mungkin dah dewasa,
saya tak dapat anggarkan..
Berwarna putih, badan tegap.. Muka comel,
kalau ikutkan hati nak bawa balik 
tapi memikirkan kawasan rumah yang
tak berapa nak luas, terpaksa di lupakan. 
Hanya mampu bagi dia makan setiap pagi..
Dia memang manja, tak garang pun.

Meh tengok siapa kah gerangan kucing itu..




Masa dapat makan, berbunyi, OM NOM NOM... 

Mengerang kelaparan, atau mungkin juga bersyukur dapat makan lagi hari ini,

untuk meneruskan kehidupan..



Tak pandang kiri kanan dah, walaupun makan
Friskies je dia tetap jamah dengan lahap nya..





Mungkin berkata "TERIMA KASIH KAK, BAGI SAYA MAKAN HARI NI"

ALHAMDULILLAH.............






Lepas makan, dia menghilangkan diri. Mungkin pergi jalan2 atau lepak2
cari port tido.. Sebab dah kenyang kan :)



saya pasti impian setiap pecinta kucing, adalah untuk memiliki 

RUMAH / TAMAN KUCING..

Termasukla saya, ......






Salam sayang, 
KucingMalaysia ~.~

Wednesday, March 21, 2012

NAK LETGO BARANG (PAUL SMITH WALLET-REPLICA)

Salam semua, tadi beli wallet baru memandangkan wallet lama dah rabak sana sini..
Tup2 try2 masukkan kad,syiling dan kertas sume takleh tutup plak.. 
(nampak nau sampah banyak dari duit !)

So saya decide nak jual aje... 
Brand : PAUL SMITH (Replica bukan ORI tau)
Nak LET GO Murah je, RM10 (saya beli RM11.90)
daripada tak pakai, lebih baik jual.. 

So ada sesapa berminat tak??


Tengok gambar kat bawah...OK .. calling / sms-ing saya at 017-6118144 ye.

**HARGA TAK TERMASUK POS**
Pos RM 3.50 (Biasa)



(VIEW FROM TOP)





(INTERNAL VIEW)




Anak Kucing Jadi Anak Monyet?












COMEL KAN??
Ni contoh kekuasaan Allah swt, yang menciptakan

Tuesday, March 20, 2012

Main Polis Sentri ke, Peek A Boo ??

Seronok tengok gelagat anak2 bulus ni..
Walaupon hari2 kena cedok "kueh" tapi
kepenatan balik kerja, kesedihan atau stress yang
di alami mampu hilang sekelip mata bila dapat
bermanja dengan mereka, belai, meluahkan rasa,
macam2 lah.. Bak kata manusia
"penghibur duka lara"

Bagi orang bukan Islam, anjing menjadi pilihan..
Tak kisah la apa haiwan peliharaan sekali pun, 
asalkan niat kita baik, haiwan2 ini pasti akan
mendoakan kesejahteraan kita..

Aksi comel anak2 bulus KM,
masa hari Sabtu baru2 ni...



** mereka main polis sentri + peek a boo**


Kichan (sebagai polis) : Satu, dua, tiga, empat..
Dah ke belooommmmmm??? Lima, enam, tujuh..
Eh senyap je dorang ni, korang ! Dah ke belum !!??




Manje : belum2!! Tomei cepat la naik... !





Manje : err, dahaga pulak, minum lah kejap




 (lepas 5 minit)
Tomei : Eeehh, minum2 pulak dia ! Cepat la
menyorok ! Nanti kena tangkap baru tau ..


Manje : japla, amik energy ni.. 


Tomei : waklu amik energy minum dekat 5minit !
Cepatlaaaa !!



Tomei : Eh eh, air fresh dari besen ! 
Nak sikit, kita pon nak refresh energy ni 




Tomei : slurp slurp slurp... aaahhhhhh, 
terbaik dari besen !
(Manje sedang mencari tempat persembunyian)




Kichan : dua ratus satu, dua ratus dua.. Guys, dah ke belom??
Cepatlaaaa .....



Tomei : DAH !! semunyik2 .. ssshhhh

Kichan : I'm cominggg !!







Tomei : duh, agak nya dia nampak tak aku kat sini??





Tomei : Mana dia ni tak naik2 ni.. Lambatnya..
Abang Kichan , PEEK A Booo !!




Kichan : Hahhh , GOTCHA !!!!
Tomei, sila keluar.. 




Kichan : Ko ni samdol la ! Dah tau main polis sentri
ko sembulkan kepala ko main peek a boo ngan aku watpe ?
Dah tentu kena tangkap .. hehee

Manje mana ??

Tomei : eerrr, mana la kita tau.. Ingat sama je cara main 
dia.. Kakak Manje?? Entahla..





Tomei : Tomei tengok bilik sini ..
Abang Kichan tengok bilik sana ..




(dalam masa yang sama, berdesup Manje lari turun bawah)



Kichan : Tomei, Manje lari turun bawah !! 





Kichan : Tomei, aku dah dapat Manje ! Gilo ke ape 
dia ni, ko dah kena tangkap dia lagi mau larik??



  Tomei : mana mana?? (sniff sniff, semput)


Manje : eh korang kenapa ni? Aku nak relaks2 je kat sini..
Bila plak aku lari dari korang?
(jawab sambil tahan malu, sebab memang tahu
diri sendiri salah tak pandai main polis sentri..huhuhuu)





(Sementara tu, Putih yang baru bangun tido..)
Putih : Ape ni kecoh2? Bising la lu orang..
Tak aman tau orang nak tido.. Dah la kita sakit tinge ni..



(telinga Putih dijangkiti FUNGUS, bakteria jahat !!)
ibuKM dah sapukan minyak gamat, hari ni 
kesan fungus semakin berkurangan.



Sekian ~.~
salam sayang, KucingMalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !