KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Friday, April 26, 2013

Bila Anak2 Tidur .....




Bila Anak2 Tidur ..... 






Bolehla Mummy Bersantai Santaian ..... 





Susah betul nak dapat tangkap gambar Putih
dengan muka comei, selalu dia kecikkan mata
kalau mata besar pun time dia pandang arah lain
memang tak suka bergambar budak ni...

Sekarang ni asal anak2 dah tidur je, mula lah dia nak
keluar dari sangkar.. 'me time' kata nya.
Pintu sangkar waktu siang ibuKM biarkan bukak
je, senang dia nak keluar masuk.. ada jugak rasa was2 kot2
dia bawak anak2 dia bawah katil.. Tapi nampak nya
macam tak je, sejak dah tutupkan sangkar dia
dengan tuala tu. Mungkin lebih privasi dan selamat 
dia rasa kan.. Harap2 anak2 Putih membesar dengan sihat.


Thursday, April 25, 2013

Ikut Kehendak Putih


Assalamualaikum,



Kan entri sebelum ada cerita yang Putih sibuk 
nak pindahkan anak2 dia ke bawah katil, ibuKM 
cerita kat suami dia kata mungkin anak2 Putih sejuk, 
tu yang dia nak pindahkan.. Sebab kalau kata dia 
rasa terganggu, mana ada orang ganggu pun.. 
ibuKM je pun selalu belek2 anak dia. 
Gentel2 sebab geram sampai menangis bebudak tu. 
hehee
So ibuKM terpaksa ikut kehendak Putih 
(kalau betul dia taknak anak2 dia sejuk) 
dengan mengorbankan sehelai tuala tutup sangkar 
dia macam gambar kat bawah.. dan tambah sehelai lagi tuala jadikan alas. 
Harap2 panas lah sikit dari sebelum nya. 
Mula2 anak2 dia macam tak keruan jugak, 
yelah bau dah lain kan, tapi bila Putih masuk 
sangkar dan susukan diorang, nampak okay dah.
tuala merah masa Putih beranak haritu masih ada 
dalam sangkar, itu jelah pun bau asal yang ada. 
Nampak diorang tidur selesa je masing2 
tergolek sana sini diterima lah tu. kan... 







((Asyik cerita Putih je kan, esok2 lah cerita bebudak lain ye, 
biasalah eksaited dapat baby :)))

Wednesday, April 24, 2013

Putih & Anak2

Assalamualaikum,



Sehari dua ni anak2 Putih dah pandai menangis kuat2.. Terutama nya yang bertompok oren tu. Pantang bergerak sikit, mesti dia nangis pastu melilau dalam cage macam kan Putih takde kat situ. Macam anak kehilangan ibu. Dah la buta lagi, lagilah kuat dia menangis .. ibuKM memang geram, sejak ada budak2 ni memang asyik duk belek je. Dapat yang pendiam macam si tompok hitam dengan kelabu tu 2ekor selalu kena kacau. Semalam duk gosok2 perut anak yang putih tu, ada ke patut tau2 dah basah je tangan ibuKM, diKENCING nya ! hahahaa.. hampeh punya cucu. tapi takdelah banyak. baby lagi kan. Putih tu yang paling besar dalam 4 ekor tu, entah ikut baka sapa..Kelabu mengikut no 2, yang oren pastu tompok hitam. Nampak nya 2 jantan 2 betina. Pasal nama & mana satu jantan betina kita cerita kemudian. Tunggu depa dah besar sikit, dah bukak mata & private part dah jelas.

Cerita penting harini, si Putih bila anak2 dia dah pandai menangis meratap gitu, dia pun dah tak senang duduk. Asyik mintak keluar dari cage, pastu dia sibuk eksplore bawah katil. Dah 4,5 kali dia wat camtu. ibuKM ada jugak dengar dia duk keruk2 apa ntah, memang dah agak dia sediakan port. So, pagi ni dia bising2 nak keluar lagi. . ibuKM bukak lah pintu, tengok2 dia belajar2 nak gigit leher anak dia dah nak angkut keluar. Eh tak boleh jadi, terus ibuKM ambik cepat2 letak dalam sangkar balik kunci pintu ! Lantaklah ko nak nangis dalam tu.. Bukan apa,bawah katil tu kan banyak khazanah. Nanti susah nak cari balik. Lebih baik duduk diam2 dalam sangkar tu. Senang hati den. Kalau nak keluarkan Putih cuma nak bagi dia pergi toilet. Sebab makanan dengan air ibuKM dah letak dalam sangkar tu sekali. Anak2 dia dah besar nanti 2bulan ke dah boleh join pokcik mokcik dia dalam cage besar ye. Takde asing2,, all in 1. Nanti ibuKM ada rumah sendiri baru kita fikir cara lain.. Sekarang dalam proses nak beli. Insyaallah ada rezeki, bebudak KM akan dapat bilik sendiri.

Tuesday, April 23, 2013

Nak GWIYOMI Jugak :: Oleh Nora Danish


Monday, April 22, 2013

Perkenalkan AHLI BARU (Putih Babies)

Assalamualaikum,




Ye, tengok tajuk pun dah tau..Putih dah beranak. Subuh Jumaat hari tu... Malam Khamis tu lah, ibuKM dah tido.. dalam kul 11 camtu suami kejutkan, kata Putih ni macam dah beranak. Baring je keletihan kat lantai sangkar, nafas laju2 pastu perut pun macam mengeras. ibuKM dalam mamai, suruhla dia pergi cari kotak nak standby tempat Putih beranak dia pulak kata dah malam kedai dah tutup mana nak cari kotak lagi.. nasib baik ibuKM ada satu sangkar medium saiz, memang dah lama ada. Sebelum ni guna untuk kuarantin kucing sakit atau mandikan kucing degil. So, malam tu jugak basuh bersih2, spray dettol, keringkan sikit2, lapik dengan surat khabar dan kain tuala. Masukkan Putih dalam tu, ingatkan dah selesai lah rupa nya dia taknak duduk dalam tu. yelah selama ni duduk dalam sangkar lain, bau lain, persekitaran lain, ni duduk dalam sangkar ni sekor2 letak dalam rumah pulak. Ahli keluarga lain dah tido.. So, ibuKM pun teman lah Putih dulu. Dia dah mengiau bising2 nak keluar, dalam masa sama nampak aktif tak macam nak beranak pun. ibuKM kesian keluarkan lah dia, dia pun baring2 atas lantai golek2 kat simen, ibuKM gosok2 perut dia.. Dalam setengah jam, ibuKM pun dah terlelap sambil duduk tinggalkan dia (sangkar terbuka pintu nya kot dia nak masuk)... masuk bilik tidur. TAK DISANGKA, setiap 30 minit dia mengiau kat luar bilik, cakar2 pintu bilik, last sekali dekat pukul 4pagi dia rempuh2 pintu bilik tu. taktau lah dia buat macam mana tapi ibuKM takut orang lain terjaga ibuKM pun keluar bilik bawak bantal toto bentang situ teman kan dia. Dalam pada nak lelap, ibuKM nampak Putih duk jilat2 kawasan vajayjay dia, lepak plak atas selimut memang port baiklah kalau dia nak beranak kan.. Apalagi, ibuKM bangun masukkan dia dalam sangkar. Masa tu pun dia dah tak berapa larat, dia banyak baring je sambil nafas laju2.. ibuKM tunggu2 jugak kot dia nak beranak dah. Last2 tertidur ayam.. 
Dalam kul 5.30 ibuKM terjaga tengok dia dah tak senang duduk.. Ke kiri, ke kanan cuba cari posisi selesa agak nya.. So ibuKM tunggu lah,, dan betul2 azan Subuh berkumandang lahirlah anak Putih yang pertama. Itu pun songsang, keluar kaki dulu kepala tersangkut dekat vajayjay, ibuKM ambik plastik tolong tarikkan perlahan2 baru boleh keluar.. Risau gak tercabut kepala dia kan. Alhamdulillah, takde pape.. Pastu selang 30-40 minit setiap anak Putih dilahirkan. 4 ekor semuanya.. Yang bongsu sekali lahir kul 8 pagi. ibuKM ambik cuti hari Jumaat tu, semata mata eksaited Putih dah beranak :)
Lega semua nya dah selesai, ibuKM sediakan air je mula2 tu.. Bila dah petang baru ibuKM letakkan makanan. dia pun pergi tandas hari ke3, hari pertama dan kedua asyik menetekkan anak2 dia. Makan pun dha ok sekarang, selera ada, minum ok.. Baby2 pun okay. Seronok pulak ada anak kecik kan :)
So, untuk tatapan kawan2, janganlah muntah tengok gambar Putih dengan anak2 nye yang bakal ibuKM tepekkan ni......





Putih with babies DAY 1 (19.4.2013)



Anak ke 1 warna Putih bertompok Oren




Anak ke 2 warna Putih 




Anak ke 3 warna Putih bertompok Hitam





Anak ke 4 warna Kelabu








Putih with babies DAY 2 (20.4.2013)





Putih with babies DAY 3 (21.4.2013)







Putih with babies DAY 4 (22.4.2013)







Tali pusat bebudak ni pun dah nak kering... Insyaallah minggu ke3 nanti nak 
bawak diorang pergi vaksin. 

Dia Yang Setia =)

Assalamualaikum,,,


Gambar ni di ambil minggu lepas.. hari Rabu ke Khamis 
entah. ibuKM baru balik kerja.. 
Sampai2 depan rumah tengok boifren yang setia ni
dah tunggu seberang jalan...  Gaya dia tu macam tengok 
kiri kanan dulu baru dia lintas.
Masa ni dia dah mengiau dari seberang, terus ibuKM 
panggil nama dia.. Terkedek2 
nampak dia lari lintas jalan...







Tau2 dah muncul kat tepi pintu ! :)




Hidu sana, hidu sini... 







(Seronok bila balik rumah ada yang menjemput, 
lagi2 anak2 bulus yang 
sememangnya ikhlas dan suci hati mereka)



Thursday, April 18, 2013

Muka Kesian ??








Kenapa si Kichan bermuka kesian ni?? 
Ini lah muka MINTA SIMPATI dari Kichan..

Dia ni memang suka wat muka camni... sebab apa? 
Sebab dia suka minta2 makanan dari kita..
Tak kira makanan ape. Asal nama nya makanan 
dia mesti nak datang ambik bau atau sanggup tunggu 
kita hulur sikit. Masa ni ibuKM tengah makan laksa, 
yelah ada bau ikan kan kuah nya tu.. Tu yang dia 
tunggu je kat tepi sofa. Selalu sangat dia wat perangai 
macam ni. Biasa nya dia akan merengek minta kita 
bagi dia, tapi kalau dengan ibuKM mesti ibuKM 
akan tegur dia macam marah sikit lah cakap 
"tak boleh, bukan makanan awak, hep !" so dia pun 
akan tunggu je dengan muka kesian ni.. Dia ni 
jenis suka makan makanan manusia, ikan ayam 
daging udang etc. Kira kita masak kicap ke, 
masak sambal ke, mesti dia nak jugak. IbuKM 
memang ta biasa kan budak2 ni makan makanan camtu, 
bukan pe.. Satu memang dah bukan makanan dia, 
tak elok bagi.. Pastu taknak depa belajar selongkar 
meja makan. Yelah, kang dah biasa makan makanan 
manusia asal ada atas meja je dia pun sibuk. 
Sanggup ibuKM tengok dia bermuka kesian ni 
daripada tengok dia jadi nakal nanti. Takkan 
nak rotan kan.. Setakat jentik2 telinga tu ada lah 
kalau tak dengar cakap sangat. 

Wednesday, April 17, 2013

Mak Buyooongggg !

Assalamualaikum,



Ha, ni ibuKM nak tepek gambar mak 
buyung sekor ni... PUTIH. Ye, dah membuyung... 
dekat sebulan lebih kot. tatau due date beranak bila. 
Kena tunggu jelah. Tanda2 nye belum ada. 
Cuma lately dia dah mula banyak berehat je. 
kalau dapat masuk bilik kitorang, dia duduk 
bawah katil. Macam cari port. Rasa nya dia 
dah jumpa port beranak bawah katil tu tapi 
ibuKM akan pastikan dia TAK beranak kat situ. 

Sebab nya : Habuk banyak akan memudaratkan 
baby nanti, tempat tu dalaaaaammmm susah 
nak capai nanti kena keluarkan segala khazanah 
bawah katil tu, pastu nanti jadi kerja pulak 
ibuKM nak bersihkan kawasan tu, yelah dengan 
darah lagi, kotor lagi.  Dah lah ibu dia ni pun bawak perut,, kang tertonggeng2 segala...Ish malas lah..

So, ibuKM akan sediakan tempat lain untuk dia. 
eh, jangan dia beranak dalam sangkar sudah, 
kotlah malam2 dalam sangkar dia tetiba nak 
beranak kan.. Harap nye idak ler. 

So, ni lah gambar Putih yang terbaru. At least 
ada kenangan Putih di kala membuyung kan. 
Sebab ini ada lah kali PERTAMA & TERAKHIR 
dia akan membuyung. Pasni NO MORE ! 
hehee.. cukup 5-6 bulan pas beranak nanti, 
kita sooonat ye :) Kenapa tak sunat awal2 ?? 
Saje je, nak gak merasa ada anak kecik kan.. 
Insyaallah, macam banyak je anak dia tu sebab 
perut besar jugak. Estimate dalam 4-5 ekor. 
Kalau ada yang berkenan nak jaga kan nanti 
boleh juga :)



Muka tak rela masuk blog.. 
Yelah tengah sembap kan :)




Bangun untuk beralih kedudukan,
konon tak suka orang ambik gambar dia... 
Poyo sangat !




Terpaksa pasrah sebab ibuKM 
masih jugak ambik gambar dia.. hehee


Tuesday, April 16, 2013

Sleepy Mode !








PUTIH mana??? Jangan tanya... 
dia tu susaaaaaahhhh nak amik gambar.
Lagipun dia tengah peknen sekarang. 
Tatau lah bila letop nya. nantilah kalau dapat 
amik gambar dia yang molek sikit.....
ibuKM upload ye. taaaaaa

Wednesday, April 3, 2013

SMARTSIFT CAT SIFTING PAN : BATCH 4 di buka !!

Assalamualaikum,



Alhamdulillah, murah rezeki bebudak KM . 
Hasil jualan Smartsift 3 batch dapat sekampit 
makanan stok 1bulan setengah. Rezeki. 
Dan alhamdulillah juga, jualan dah masuk batch ke 4.




BUYER BATCH 3 : 
1) PUAN AZZA : Rawang (2kotak)
2) SHAHADA : Miri, Sarawak
3) DIYANA NADIRAH : Negeri Sembilan
4) ZIERA : Kuala Lumpur
5) HAYATI YUSOFF : Pulau Pinang





Dan harini di umumkan, BATCH 4 untuk 
SMARTSIFT CAT SIFTING PAN di buka.
Harga masih sama RM 150 se unit, tambah RM 20 untuk pengeposan ke serata Malaysia, Sabah & Sarawak.

KLIK SINI untuk entri2 Smartsift yang sebelum ini.

Tuesday, April 2, 2013

BUAIAN BARU !

Assalamaualaikum,


Bebudak KM dapat buaian baru dekat 2minggu dah... 
IbuKM wat sendiri je. Jimat kos.. Beli sarung bantal 
kat pasar malam RM 4 sehelai, tali rafia & cangkuk 
sedia ada kat rumah dan terhasillah sebuah buaian 
baru untuk bebudak KM. Jadilah kan, sebab buaian 
yang lama tu, ibuKM buat daripada tuala, selalu 
sangat nampak kotor sebab bulu diorang & habuk2 
melekat kat situ. Bebudak KM suka je, janji ada buaian 
diorang nak lelepak kan. 



Antara bahan utama : 
Sarung bantal, Tali rafia, Cangkuk besi (4biji)




Setelah siap dijahit, (jahit tangan je, compang camping :))



 Masa untuk pasang kat cage :))




Siap je buaian tu memang sedang elok time nak masukkan bebudak KM dalam sangkar selepas seharian bebas kat rumah..



Kichan yang pertama try..Tu pon takut2, dia keluar balik..
Agaknya bau lain kan,, 


dapat kat Putih, dia test2 dulu.. test goyang, test kestabilan, test kekuatan material, macam2 dia test...


Dah sedap mengetest taknak keluar plak... 
tak bagi can yang lain huhuu Terpaksa ibuKM 
keluarkan dia dan masukkan Manje pulak


Manje pun sama... Macam nebes je duk dalam tu.. 
Yelah dia kan gedebob ! Buaian tu pulak belum 
kendur, mungkin dia rasa gayat..



End up, dapat kat Tomei elok je dia menjilat bersihkan 
badan duduk dalam tu...
Takde perasaan takut pun.. Anak yang sekor ni 
memang selenge je perangai nye..
Kalau belum sunat, agaknya mau jadi gangster 
kat area sini




Sekian saja cerita bebudak KM, 


note : kurang sekor anak, rindu dia (Brown)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !