KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Showing posts with label Kesihatan Dan Ubatan Kucing. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan Dan Ubatan Kucing. Show all posts

Thursday, May 2, 2013

Kutu Kucing Bikin Onar ! Cara Hapuskan?

Assalamualaikum,




Kebanyakan kucing mesti akan ada kutu. Terutama nya kucing liar, kucing jalanan atau kucing yang tidak dijaga kebersihan dan kerapian oleh tuan nya. Bagi kucing jalanan yang sememang nya tak bertuan, dapatlah dimaafkan sekira nya berkutu. Tak mungkin mereka pergi grooming & request ubat kutu kan ?
Tapi, kalau kucing bertuan tapi masih berkutu, ada 2 je punca nya
i) Tuan nya tak ambil kesah, hanya bagi makan minum & bela sebab suka nak bela
ii) Tuan nya ambil kesah, ada belikan ubat atau syampu kutu tapi TAK BERKESAN !

Ha, ada beza tau untuk 2 punca di atas.. Untuk punca pertama rasa nya tak perlu lah fikir banyak sebab tuan nya sendiri tak ambil kesah, melainkan korang ada bajet lebih seikhlas hati bawak kucing tu pergi grooming @ mandikan kucing tu setiap minggu dengan syampu kutu sampai kutu hilang.

Tapi kan, ibuKM cukup puas hati dengan BREWER YEAST. Apa itu Brewer Yeast? Kira macam vitamin @ ubat tambahan untuk kucing sedari kitten sampai lah adult. Fungsi utama dia untuk menghilangkan @ menjauhkan kutu dari badan kucing yang memakan nya. Brewer Yeast ni dalam bentuk biji bulat lebih kurang saiz 5sen.

Selain dari mandikan kucing seminggu @ 2 minggu sekali dengan syampu kutu, bagi je kucing anda makan Brewer Yeast ni sebiji @ 2biji bergantung pada berat badan (untuk dewasa) kalau kitten bawah 6 bulan bagi suku je. 6 - 12 bulan boleh bagi separuh. Lepas setahun, ikut berat badan dia. Kiraan berapa berat dan biji diperlukan biasa nya ada di tulis pada label botol. Kalau beli repack, boleh tanya pada penjual.

Macam ibuKM, bebudak KM memang kena makan Brewer Yeast ni setiap hari. Dalam seminggu dah boleh nampak takde kutu sampai sekarang. Alhamdullillah.

Putih kan baru beranak, jadi babies dia entah dari mana lahir2 je dah berkutu. Agak nya dalam perut Putih ada kutu?? errrkkk tak tahu lah kan. Geram je sambil2 duk belek babies tu tengok kutu merayap kat badan masing2. Tapi start hari ke3 ibuKM bagi Putih makan Brewer Yeast 2 biji sebab memang dah tertulis dekat label, ibu menyusu @ bunting BOLEH makan Brewer Yeast ni dan bila anak2 nya menyusu khasiat Brewer Yeast ni akan tersalur pada anak2 tu. Sama macam kita manusia, apa kita makan, itu yang anak susuan kita dapat. Alhamdulillah, 2-3hari lepas tu TAKDE KUTU lagi kat babies tu. Sampai sekarang lah, puas hati. Sebab nak picit kasi mati pun tak guna kan, mesti dia ada telur yang kita tak nampak pastu meletus keluar kutu lagi. Kita ambil jalan mudah la guna Brewer Yeast ni.

So, sesiapa yang ada masalah dengan kutu kucing, SILA CUBA BREWER YEAST ni ye.. memang berkesan, tak susah pun nak bagi diorang makan. Letak je dekat tangan ke dalam mangkuk makanan diorang ke, nanti mesti diorang makan. Ada yang
suka siap mintak lagi. Macam bebudak dapat cokelat :) Brand apa ada kat pasaran tu, wat masa ni ibuKM tau BRAND BYS dengan BRAND EXCEL je. Fungsi sama ye.. Jangan risau. TAPI kalau masih tak hilang jugak kutu kucing tu, SILA BAWA ke vet. Tanya sama doktor lagi bagus. Okeh KLIK SINI untuk entri brewer yeast sebelum ni ;)






COMEY TAK CIK KUTU ????? >.<
















Tuesday, October 30, 2012

UPDATE : HARGA PRODUK TROY

TROY NUTRIPET  50GRAM :  RM 28
(membantu pertumbuhan kucing, kesihatan, 
mencantikkan bulu dan menambah selera makan)







TROY LAXAPET  50GRAM :  RM 38
(membantu masalah kucing sembelit, penghadaman, bulu2 yang dijilat akan dimuntahkan)







TROY WORM SYRUP 50ML :  RM 33
(membantu menyah kan cacing dari kucing 
1 TITIK bagi setiap KG (berat) kucing)







TROY EAR CANKER DROP  20ML :  RM 33
(membantu membersihkan kutu telinga kucing.. 
minima 2titis bergantung pada kekotoran)








p/s : HARGA BELUM MASUK PENGHANTARAN

Wednesday, October 3, 2012

Meyusul,menyusul dan menyusul..

Setelah pemergian Brown tercinta, 
kelmarin kita dikejutkan dengan pemergian 
Twinkle aka WIN budak pelat comel 
yang dijaga oleh tatak GTHANS.. 

Win dah menemui 
pencipta nya, 1/10/2012 sebab FIP 
(kemungkinan kata doktor yg merawat).. 
Actually beberapa minggu sudah ada Tatak 
update pasal anak2 bulus dia yang sakit. 
Tapi kebanyakan nya beransur pulih, 
Win pulak yang melarat sakit nya. 
Mungkin pasal dia kecik lagi, antibodi pun 
tak kuat. Kesian dia. Ni ibuKM nak tambah 
sekor lagi anak bulus kat rumah tu dah 
menghadap ILAHI, pagi tadi. 
Nama dia OREN aka YEN. Dia seekor jantan 
dan sangat comel. Masa sebelum dia sakit, 
ibuKM ada ambil2 gambar dia masa dia 
main dekat luar rumah. Entah kenapa, 
sehari dua lepas tu dia jatuh sakit. 
Mula nya ibuKM nampak dia lemah je 
tidur atas sofa, ingatkan dia mengantuk. 
Tapi sehari lepas tu, dia mula lemah.. 
dan mulut nya berbuih. Tapi di suap makan 
dan minum dia okay je. Dua hari keadaan 
berlanjutan. Sampai lah pagi ni, dia pergi jua. 
Sewaktu kami bersiap nak ke tempat kerja. 


p/s: 25.10 ni bebudak KM ada appointment 
vaksin untuk SETAHUN. 
4 hekor x RM 40 : RM 160...
Mula lah menabung dari sekarang. GULP ! 
(takpe, dah ikrar nak bela, kenalah berkorban 
kan. sayang punya pasal)

Sunday, September 30, 2012

Cara Paling Mudah Hilangkan Kutu Kucing :)

(sticky post sampai Ahad)


Cara Paling Mudah : 
BERI LAH KUCING ANDA 
MAKAN BREWER YEAST :)


Ye, betul.. 100% pasti !!






Mana ibuKM tahu??? sebab ibuKM dah buat !
Kutu takmau dekat dah .. Padalah dah 
dekat 8bulan ibuKM tak bagi diorang 
makan BY ni, kutu masih jugak takde..
Sampai sekarang ... Bukan cakap besar.. 
Ini kenyataan. 

Walaupun bebudak tu tak mandi 
LEBIH 2bulan NO KUTU hokeh ! :)


Serba sedikit info tentang Brewer Yeast :-



VITAMIN B
Brewer Yeast dianggap sebagai penawar semula 
jadi untuk kutu anjing dan kucing 
kerana kutu mempunyai kebencian kepada 
thiamine, yang ditemui dengan banyaknya di Brewer Yeast.
Thiamine adalah sebahagian 
daripada vitamin B kompleks. 
Apabila anda beri Brewer Yeast kepada haiwan 
kesayangan anda, Thiamine akan di serap
dan kesan nya disalur keluar melalui kulit, 
salur darah dimana bau dan rasa nya akan
membuatkan kutu benci ! 


DOS
Dos yang disyorkan untuk Brewer Yeast untuk 
kucing atau anjing ialah : 1 BIJI UNTUK SETIAP
4.5KG BERAT HAIWAN.
Tambahkan dos sekiranya kucing anda hamil atau
sedang menyusukan kerana khasiat nya akan pergi 
kepada janin / anak melalui ibu tadi.


Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 
empat minggu untuk Brewer Yeast
berkesan mengusir kutu, jadi anda harus mula 
menambahkan dalam diet haiwan kesayangan anda 
sekarang.


Lebihan Brewer Yeast akan dikeluarkan melalui 
air kencing, dan pastikan JANGAN BERI melebihi
dos yang ditetapkan !



Boleh beri haiwan anda makan Brewer Yeast dengan
2 cara :-
1) terus masukkan dalam mulut, dengan cara 
menolak terus ke tekak dan tutupkan mulut 
haiwan selepas melihat dia menjilat, maksud nya 
pil sudah di telan. Jika dia masih mendiamkan diri, 
bermaksud pil masih ada dalam sekitar mulut. 
Tunggu sehingga dia telan, jika tak dia akan 
luahkan pil semula.. RUGI !

2) Campurkan dalam makanan kegemaran 
haiwan anda, sama ada makanan kering
atau basah. Mengikut kesukaan mereka.

(ibuKM biasa pakai cara no 1, lebih mudah dan
konfirm dah masuk mulut ! hehe)


Brewer Yeast boleh di dapati dekat kebanyakan kedai
haiwan, tak kisah jenama apa..semua nya mempunyai
khasiat yang sama.. 

harga dalam lingkungan RM 60-RM 70 sebotol 
ada 1,000 biji .. 


Yana pakai brand ni ::


TAK SALAH MELABUR UNTUK 
HAIWAN KESAYANGAN KAN, 
ASALKAN MEREKA DALAM KEADAAN

SIHAT SEJAHTERA. LAGI2 DIJAUHI KUTU, 




SIAPA TAKNAK ??? 
SILA ANGKAT TANGAN, 
LARI PUSING PADANG 10 ROUND. 
TERIMA KASIH :)




Friday, April 6, 2012

PET GRASS

* sticky post until 6.4.2012 *
scroll bawah untuk entri baru, tQ =)







Apakah itu Pet Grass??

Rasa nya ramai yang dah tahu, ramai juga belum tahu..



Okay , Pet Grass ni sejenis tumbuhan organik menyerupai rumput yang boleh / selamat dimakan oleh haiwan peliharaan kita seperti kucing, anjing, hamster, guinea pig, gerbil, dan lain2.
Ia lebih kepada membantu sistem pencernaan kesayangan kita supaya bertambah baik.


Pet Grass telah menjadi popular sejak November 2011 yang mana telah ramai pemilik haiwan kesayangan tahu kebaikan produk ini. Ia dihasilkan daripada benih terbaik yang dipilih antara yang terbaik.

Mengandungi Vitamin A, B, C, E dan K.
Kalsium, Klorofil, Zat besi, Lecithin, Magnesium, Pantothenic Asid, 

Fosforus, Potassium, Amino Asid, Trace Elements and Protein
sehingga 30% 


Terdapat banyak pilihan yang pasti membuatkan 
anda rambang mata, sebab harga nya sangat 
berpatutan / mampu milik =)


Pet Grass dijual dalam beberapa set / kit untuk kemudahan anda, sila lihat gambar / info di bawah :)



1) Belian biji benih sahaja 
20G : RM4.50
50G : RM6.50 


2) Starter Kit 20G Seed
1) 20G Seed
2) 125G Organic Soil
3) Wet tissue

Price : RM 6.50



3) Starter Kit 50G Seed
1) 50G Seed
2) 250G Organic Soil
3) Wet tissue

Price : RM 10.50



4) Starter Kit SP 20G
1) 20G Seed
2) 125G Organic Soil
3) Wet tissue
4) Spray Bottle

Price : RM 9.50

4a) Starter Kit SP 50G
1) 50G Seed
2) 250G Organic Soil
3) Wet tissue
4) Spray Bottle

Price : RM 13.50



5) Pakej Deluxe Kit
1) Seed
2) Organic Soil
3) Wet tissue
4) Glove
5) Spray Bottle

Price : RM 11.50


6) Pakej Deluxe Kit SP
1) Seed
2) Organic Soil
3) Wet tissue
4) Glove
5) Instruction
6) Spray Bottle

Price : RM 14.50



7) Pakej Double Deluxe Kit

1) 2x Seed
2) 2x Organic Soil
3) 2x Wet tissue
4) 2x Glove
5) Spray Bottle
6) Instruction

Price : RM 19.50



8) Pakej Deluxe Kit S Pot
1) Seed
2) Organic Soil
3) Wet tissue
4) Plant Tray
5) 2x Small Pot
6) Spray Bottle

Price : RM 15.50


9) Pakej Deluxe Kit M Pot
1) Seed
2) Organic Soil
3) Wet tissue
4) Plant Tray
5) Medium size Pot + Tray
6) Spray Bottle

Price : RM 16.50

































PEMBELIAN BOLEH DI BUAT MELALUI : 

** Harga tertakluk pada penjual, harga saya 
berdasarkan harga oleh PetGrass Malaysia.







Okay, sekian terima kasih !!



Note : saya tak jual, saya iklan saja ;)






==> Nampak kat blog Ms J dah cuba tanam, jom follow 
http://ticerscribbles.blogspot.com/2012/03/pet-grass.html

Tuesday, September 20, 2011

Makanan Tambahan & Ubatan

Saya suka & sayang kucing, lebih2 lagi kalau kucing tu bijak terutama nya dalam bab menggunakan litter tray/ litter box.. Kucing2 saya adalah toilet train, sanggup tahan selagi tak jumpa "toilet" nya..

Kalau dah sayang, apa salahnya kita beri yang terbaik untuk diorang. Sekurang2 nya kebajikan terjaga, bukan setakat bagi makan minum, kesihatan pun kena jaga.

Kucing2 saya akan di vaksin untuk kali ke2 pada hujung bulan ini.. Setakat ni, kesihatan mereka di tahap optimum !! Cheh ayat ! =)

Produk yang saya guna untuk mereka pun ramai orang yang guna...




1) MAKANAN TAMBAHAN / SUPPLIMENT




BREWERS YEAST (Bersaiz spt pil Panadol)  RM 75.00 1000biji
Untuk mengurangkan masalah keguguran bulu pada haiwan kesayangan kita..Menambah kan berat badan kucing, dan mengelakkan masalah hama/kutu sebab kandungan nya ada bawang putih. .
(Hama/kutu tak suka bau bawang putih !!)

Cara guna :
Beri 1 biji sehari pada setiap ekor kucing.. Hasil dapat dilihat dalam masa seminggu. Boleh pecah2kan dan campur dalam makanan kucing anda..



TROY NUTRIPET (Berbentuk gel, bau spt coklat) RM 40.00
Untuk membantu menaikkan selera makan kucing, mencantikkan bulu kucing
dan menambah berat badan. Kucing saya suka kan nya !!

Cara guna :
Beri 10cm sekali setiap hari pada setiap ekor kucing (saya beri pada waktu pagi)
Hanya picitkan di hujung jari anda dan biarkan kucing menjilat sampai habis.
Mereka pasti minta lagi !! =)






TROY LAXAPET GEL (Berbentuk gel, bau spt coklat) RM 40.00
Untuk membantu sistem penghadaman kucing, membuang buluan yg tertanggal dan tertelan semasa mereka menjilat. (Kucing akan memuntahkan gumpalan bulu tersebut, sangat berkesan terutamanya pada kucing berbulu panjang)

Cara guna :
Beri 10cm selang 2-3 hari pada setiap ekor kucing (saya beri pada waktu malam) Hanya picitkan di hujung jari anda dan biarkan kucing menjilat sampai habis.
Mereka pasti minta lagi !! =)





2) UBATAN


TROY EAR CANKER DROPS (berbentuk cecair) RM 35.00
Untuk membantu meNYAHkan ear mites/kutu telinga kucing..
Membersihkan telinga kucing dari habuk, mengurangkan garuan di telinga.
Kesan nampak dalam masa 2 hari sahaja.

Cara guna :
Titiskan pada waktu malam 3-4 titik dalam telinga kucing (pastikan kepala kucing di pegang kemas)
Keesokan hari nya bolehla di lap dengan kain lembap / tisu kerana kotoran / mites akan keluar di cuping telinga. Telinga kucing anda pasti tiada kotoran lagi.
Di ulang pada setiap 2-3 hari bergantung pada kotoran.


FLEA DROPS (berbentuk cecair) RM 30.00
Untuk membantu meNYAHkan flea/kutu kucing..

Cara guna :
Titiskan 2-3 titik di bahu kucing, gosok sedikit supaya sekata mengenai kulit.
Baik digunakan selepas mandi, semasa bulu hampir kering.
Memang berkesan.






KALAU BERMINAT NAK ORDER, EMAIL saya ye...  
TERIMA KASIH !!








~ , ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !