KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, October 31, 2011

Sedih......

Sedih, pasal pa???

Hurm , tadi saya masuk laman PetFinder yg mana tempat saya adopt semua anak2 bulus saya...
Ternampak 1 "kuage" kucing, yg ibunya menyerupai Manje bersama anak kecil seramai 3 ekor hendak di adoptkan kepada mereka yang sudi menerima.

Kesian nya rasa, saya nak ambil dah tak mampu rasa nya.. Apatah lagi dengan perbelanjaan lain yang semakin meningkat naik. Di saat melihat gambar2 mereka, saya terbayang Manje di rumah andai saya melambat kan proses "kasi" mungkin dia juga akan terjebak dalam gejala tak bermoral ini.. Ceh !!
Saya taknak Manje saya bersakit2 membuyut membawa baby kitten didalam perutnya dan saya membiarkan dia melalui perit jerih menjadi seorang ibu, dan memungkinkan anak2 nya diberi pada orang. OHTIDAK !!

Saya takkan benarkan perkara ini berlaku. Saya tak sanggup menjadi nenek yang kejam !! huhuhuuu... T__T

Meh tengok gambar "kuage" yang saya maksudkan, dan lihatlah betapa penatnya si ibu (YANG HANYA BERUMUR 6BULAN, sebaya Manje) dan kecomelan anak2 nya..






COMEL2 KAN... KALAU LAH SAYA PUNYA RUMAH YANG BESAR DAN LUAS, DAH SAYA AMBIL KESEMUANYA.... APALAH DAYA SAYA. MOHON BANTUAN PADA YANG BERMINAT, BOLEH REFER DETAIL DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT...

TEL : AIN 012-5432025

Sayang & Babies
For Adoption
Posted: 2011-10-30

Type:Cat
Owner:


ainsoque
Breed:Domestic Short Hair
Gender:Mixed Gender
Age:6 Months
Color:Black, Brown, Yellow
Size at Maturity:Medium
Hair Length:Short
Vaccinated:No
Dewormed:No
Spayed/Neutered:No                   
Health Condition:Healthy
Amount:4 Pets
Location:Kuala Terengganu, Terengganu
Adoption Fee:Free


SAYA MEMBUAT ENTRY INI BUKAN BERNIAT UNTUK MENGGALAKKAN PEMBERIAN KUCING SETIAP KALI KUCING MELAHIRKAN ANAK, SAYA BERHARAP ENTRY SAYA DAPAT MENARIK MINAT PENCINTA KUCING (terutama nya yg tinggal berdekatan -Terengganu) SUPAYA MENJAGA MEREKA DAN "KASI" IBUNYA SUPAYA TIADA LAGI KES SEPERTI INI.
MEREKA JUGA PERLUKAN TEMPAT TINGGAL DAN KASIH SAYANG.


Terima kasih.

Thursday, October 27, 2011

Sedikit Update

Alhamdulillah,

Lama tak update kan. Sebab mak kucing ni, ada bnyk hal yg perlu di selesaikan.

Btw, semalam sempena Deepavali, bawak budak2 seramai 3 ekor tu gi vaksin kali ke3 bermaksud nex vaksin iala TAHUN DEPAN.... Dan doktor ada beritahu semalam yg Manja dah masuk 6 bulan so dia akan bunting jika di ehem2 oleh kucing jantan. Mak kucing ni dah risau dan terus berkira2 nak zass kan anak gadis nya tu, secepat mungkin. Tapi berapa cepat belum tau, sbb belanjawan bulan 11 belum keluar. Jadi tunggu lah ye, harap2 nya anak gadis ku nanti tak wat perangai heat pulak. Adik2 jantan nya akan di zass kan jugak bila dah cukup umur nanti.


ps : HAPPY DEEPAVALI to All Indian friends !! ;)

Saturday, October 8, 2011

Dah Shopping !!

Yeay, tadi kua gi shopping barang2 dapur sikit kat Carrefour WM, dan ambil kesempatan singgah di Petsmore Wangsa Walk.


Jom tengok barang ape anak2 saya dapat hari ni ;-



PET DEODORIZER & SCRATCHING TOYS !! 



PET DEDORIZER :-
Harga : RM 24.90 after less (Sekarang Petsmore ada banyak item di promosi kan harganya, cepat2 pergi tengok ! )

Ini sejenis cecair yg digunakan untuk meNYAH kan bauan kurang enak yg terhasil oleh pembawaan haiwan peliharaan. Ia tak berbau, warna pun putih macam air.



Cara guna :

Campurkan secawan air dengan sepenutup Pet Deodorizer, kacau sebati dan masukkan dalam alat spray. Spraykan saja ke sekitar kawasan kucing anda biasa lepak, termasuk sangkar. KECUALI kawasan litter box, sebab cecair ni akan meneutralkan segala jenis bauan, jadi kemungkinan kucing POO / PEE di luar kawasan sepatutnya adalah sangat besar.

Cepat2 cuba, sebab bau memang hilang dengan serta merta selepas anda buat semburan !! ;) Memang best



SCRATCHING TOYS :-

Harga :
i) Standing Mouse RM 12.90
ii) Round Mouse RM 4.90

Dua item ni saya beli dalam Carrefour, saja tambah mainan anak2 bulus.
Seronok tengok dorang enjoy main tadi. Rasa nya ada catnip kat dalam..
Tapi tak pasti sbb takde ingredient ape2 tulis kat packaging.









Lagi 1 nak cakap sikit pasal syampu yang saya guna untuk mandikan anak2 bulus, beli dan pakai dah lama, cuma tadi mandikan dorang so saja nak update sikit ;)



MACHIKO (Normal) SHAMPOO FOR CATS



 Harga : RM 15.90 (beli kat Giant Bt Caves)

Bagus jugak syampu ni, selain menjaga bulu2 kucing dari bakteria, fungus dan kaum2 nya, ia jugak mampu mengekalkan keharuman kucing lebih dari 3 minggu !! Bagus kan?? Tak payah syampu mahal2. . Las budak2 ni mandi Ahad 3minggu yg lepas, masih wangi di cium. Tapi apakan daya, mak nya tak betah kalau anak tak mandi lebih dari 2 minggu walau secomel dan sewangi mana. Dah jadi rutin, dan keperluan .. Try lah, disamping boleh jimat duit, kutu pun tak berani dekat.. huhuhuu, ;)










Okay2 dah tamat entry utuk hari ni, sebab anak2 bulus tak makan lagi.. See u soon ya !!

Friday, October 7, 2011

Bila Dah Gaji...

Bila dah gaji, semua orang melonjat kegembiraan kan, ada juga yg berduka kesedihan..
Kegembiraan sebab dah boleh makan mewah2 sikit, (kalo tak asik mkn nasik kering eh goreng, boleh makan MekD, KepC dan bagai2 lagi..) Dan bulih shopping2 untuk diri sendiri dan budak2 bulus.. ;)

Yang sedih nya, dalam 100% gaji bersih lepas tolak EPF Socso bagai, hampir 60% kena tolak perbelanjaan tetap ! Misalnya, rumah, kereta, barang dapur, bil2 dan bagai2 lagi.. Adoi, tinggallah 40% untuk belanjawan2 kita yg makan gaji ni duit tu lah nak makan2 mewah, tengok2 wayang, hiburkan hati, beli barang anak2 bulus dan UNTUK SURVIVE sampai gaji seterusnya..

Kesimpulannya, lagi besar gaji lagi banyak belanja nyaaaa...

Taknak cakap pasal benda2 sedih lagi, cukup ...

Nak citer pasal barang WISHLIST saya untuk anak2 bulus bulan ni, :-

1) nak topup dry food : sekarang pakai Blackwood Kitten, tapi supplier dah habis stok repack, so saya gatal2 lah beli proDiet semalam. Hasilnya, eeehhh anak bulu lebih gilakan ProDiet dar BW.. Harga lebih kurang jer, tapi nak tanya kawan2 elok ke ProDiet ni ek?? Siapa ada pakai...cer cite sikit.

Harga : RM 17.50 (1.5kg)

2) nak beli cage besar dan tinggi : Bukan bermakna cage yg ada sekarang tak elok, cuma hari tu ada tengok kat kedai Gary (mudah.my) hrga nya dalam 200++ tapi mmg besar dan luas, lebih kurang 1.5 kaki dan lebar 1 pintu rumah.. Cuma nya belum konfirm sebab lepas kawin nanti nak pindah rumah nak tengok keadaan dan kesuaian rumah dulu. Nanti dah beli tak muat pulak 1 masalah kan..(Atau lebih baik sediakan 1 bilik khas untuk anak2 bulus??sebab saya lebih prefer biarkan mereka bermain bebas dari duduk dalam sangkar ) kawan2 tolong bagi idea.. dan komen

Harga : RM 299 kot.. ?



3) nak beli scratcher : hari tu tengok kat blog Sharz & Cats dia ada stuff baru untuk baby2 dia.. Minat kat scratcher Petsmore ni nampak besar jugak . Budak2 ni suka menggaruk kuku dekat beg2 sekolah adik saya, memang nak kena dapatkan jugak benda alah ni.

Harga : RM 25.30 (bukan ahli)

(pic kredit to Sharz & Cats)


Ehhh, tu je kot wat masa ni.. yang perlu lah, yang tak perlu banyaaaaaakkkk sangat yg nak dibeli. Tapi kalau ikutkan hati dan perasaan memang FENGSAN aku nokk ! Ok2, nak kira duit tabung jap.. dah cukup lom.
Hehe, tadi ada orang order Wood Litter 15KG, rezeki lagi..Muaaxx Muaaxx Muaaxx !! ;)


Chop chop chop, jom tengok bawah jap...

*









*




bawah lagi..








*






lagi......






*






Untuk anak2 bulus sume..





BIG KISS DARI MANJE, KICHAN DAN TOMEI !! Muax !

Wednesday, October 5, 2011

PROMOSI WOOD LITTER

PROMOSI WOOD LITTER
NAK CLEARKAN STOK SAJA !!


HARGA :-
1 KG HANYA RM4 (Minimum order 3KG)

Delivery =
Batu Caves area FOC,
Lembah Klang tambah RM3- RM5 bergantung pada kawasan,
Luar Lembah Klang ikut kadar pihak courier

KEBAIKAN yang saya dapat :-
1) Sangat mesra alam, buang dalam longkang pon boleh.. Swing je terus ke loji Indah Water (Jangan tiru ye)

2) Mesra HIDUNG (kalau pakai cat litter biasa isk T__T dalam rumah boleh pengsan woo)

3) Jimat masa, tenaga dan sabun sebab najis LANGSUNG TAK melekat pada litter box !!

4) Kadar menyerap lebih baik

Berminat boleh hubungi saya di :-

Email : yanapinggiran@yahoo.com.my
Tel : 017.611.8144


Corat Coret Hari Rabu...

Hai guys,,, 

Hari tu Manje dah gi 1st vaksin sementara adik2 dapat 2nd vaksin..
Auch !! Kichan melenting sikit masa kena enjek, takpe sayang... Sakit sikit je..

Pastu Tomei kena Acum Acum (Selsema) untuk beberapa hari, berjangkit pada Kichan.. Manje still steady.
Kitorang semua dah dekat 3 minggu tak mandi, (masih wangi lagi) TAPI.. dengarnya nak kena mandi minggu depan kalau cuaca elok panas nyaaaa... GULP !! =( 

Sori hari ni takde gambar, sebab kitorang sume takleh duk diam sekarang ni sebab dah dapat main outdoor (depan rumah aje).. Takpe nanti kitorang masukkan video terus ek ! Tunggu tau !




Babai.........................  ~ . ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !