KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Sunday, September 30, 2012

Cara Paling Mudah Hilangkan Kutu Kucing :)

(sticky post sampai Ahad)


Cara Paling Mudah : 
BERI LAH KUCING ANDA 
MAKAN BREWER YEAST :)


Ye, betul.. 100% pasti !!






Mana ibuKM tahu??? sebab ibuKM dah buat !
Kutu takmau dekat dah .. Padalah dah 
dekat 8bulan ibuKM tak bagi diorang 
makan BY ni, kutu masih jugak takde..
Sampai sekarang ... Bukan cakap besar.. 
Ini kenyataan. 

Walaupun bebudak tu tak mandi 
LEBIH 2bulan NO KUTU hokeh ! :)


Serba sedikit info tentang Brewer Yeast :-



VITAMIN B
Brewer Yeast dianggap sebagai penawar semula 
jadi untuk kutu anjing dan kucing 
kerana kutu mempunyai kebencian kepada 
thiamine, yang ditemui dengan banyaknya di Brewer Yeast.
Thiamine adalah sebahagian 
daripada vitamin B kompleks. 
Apabila anda beri Brewer Yeast kepada haiwan 
kesayangan anda, Thiamine akan di serap
dan kesan nya disalur keluar melalui kulit, 
salur darah dimana bau dan rasa nya akan
membuatkan kutu benci ! 


DOS
Dos yang disyorkan untuk Brewer Yeast untuk 
kucing atau anjing ialah : 1 BIJI UNTUK SETIAP
4.5KG BERAT HAIWAN.
Tambahkan dos sekiranya kucing anda hamil atau
sedang menyusukan kerana khasiat nya akan pergi 
kepada janin / anak melalui ibu tadi.


Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 
empat minggu untuk Brewer Yeast
berkesan mengusir kutu, jadi anda harus mula 
menambahkan dalam diet haiwan kesayangan anda 
sekarang.


Lebihan Brewer Yeast akan dikeluarkan melalui 
air kencing, dan pastikan JANGAN BERI melebihi
dos yang ditetapkan !



Boleh beri haiwan anda makan Brewer Yeast dengan
2 cara :-
1) terus masukkan dalam mulut, dengan cara 
menolak terus ke tekak dan tutupkan mulut 
haiwan selepas melihat dia menjilat, maksud nya 
pil sudah di telan. Jika dia masih mendiamkan diri, 
bermaksud pil masih ada dalam sekitar mulut. 
Tunggu sehingga dia telan, jika tak dia akan 
luahkan pil semula.. RUGI !

2) Campurkan dalam makanan kegemaran 
haiwan anda, sama ada makanan kering
atau basah. Mengikut kesukaan mereka.

(ibuKM biasa pakai cara no 1, lebih mudah dan
konfirm dah masuk mulut ! hehe)


Brewer Yeast boleh di dapati dekat kebanyakan kedai
haiwan, tak kisah jenama apa..semua nya mempunyai
khasiat yang sama.. 

harga dalam lingkungan RM 60-RM 70 sebotol 
ada 1,000 biji .. 


Yana pakai brand ni ::


TAK SALAH MELABUR UNTUK 
HAIWAN KESAYANGAN KAN, 
ASALKAN MEREKA DALAM KEADAAN

SIHAT SEJAHTERA. LAGI2 DIJAUHI KUTU, 




SIAPA TAKNAK ??? 
SILA ANGKAT TANGAN, 
LARI PUSING PADANG 10 ROUND. 
TERIMA KASIH :)




Friday, September 28, 2012

Hadoi... TAMAK HALOBA NYA 2 ENTRI DALAM SETENGAH JAM !

Hadoi... TAMAK HALOBA NYA
2 ENTRI SETENGAH JAM !
(eh, ada orang perasan ke?)


Pagi ni, wat 2 entri, 
1 pasal Kejadian Petang Semalam, 
1 lagi pasal Brewer Yeast..

Konon2 publish entri 1st dulu, 
nak schedule 2nd entri.. Tup2, dalam kelam kabutan, 
terKLIK PUBLISH untuk 2ND ENTRI..

TAPI, tetiba system bagitau "AN ERROR OCCURED" 
so ibuKM assume TAK TER PUBLISH LAH 
ENTRI 2ND TADI..FUH SELAMAT... 
Masuk je dekat POST STATUS, 
tak nampak pulak sign SCHEDULED 
macam selalu muncul kat tengah2 antara t
ajuk post dengan nama kita tu kan.. 
Terkezut, laju2 VIEW blog, refresh mode ... 
TUP2, KELUAR LAH 2ND ENTRI di 
muka depan.. oooh my stresssss !!


Jadilah ENTRI TAMAK HALOBA, 
KELUAR 2 ENTRI DALAM 
MASA SETENGAH JAM...
yang ni, kira ENTRI ke 3 DALAM
1 HARI.. tamak, memang tamak... !!



Nak cover malu dan marah punya pasal, 
jadi lah 2ND entri STICKY POST.. 
muaklah korang bukak2 blog KM 
tengok BREWER YEAST sampai hari Ahad nanti ye ... 


Sekian, TERIMA KASIH NEW SETUP .. 
DAN MR. ERROR OCCURED kerana 
telah berjaya kelentong ibuKM ... nice :)



Kejadian Petang Semalam..


Krohh Krohh Krohh ........



(kangkang man in action)

(sang putri tertidur kepenatan)

(si gomok tidak sedarkan diri)



SAMBIL .....



(mamat poyo menjaga keadaan sekeliling)

 (dengan muka yang angkuh lagi sombong)





DIKEJUTKAN DARI TIDUR DENGAN 
BUNYI MANGKUK WETFUD..
LALU, OM NOM NOM... 
Makan secara berjemaah :)









SEKIAN ... ASSALAMUALAIKUM ...




Salam Jumaat :)

Wednesday, September 26, 2012

Wordless : 26.9.2012

(over betul tido sampai keluar tangan macam tu --> Putih)

Tuesday, September 25, 2012

LUPA NAK GITAU !! :)

Lupa nak gitau korang... 
Harini birthday MANJE aka SI GOMOK !


Dah 1 TAHUN 5 BULAN umur dia.. 
kalau belum cunat, mesti dah 3X beranak ! hehehee...


Happy Birthday sayang Gomok..
Semakin hari semakin gomok, selalu kalau 
dapat keluar sangkar, ikut ibuKM jalan2 
kawasan sekitar. Dia suka benti jauh2 dari ibuKM, 
pastu baru pecut laju2..hehe. comel je, 
rasa macam kena kejar dengan beruang pulak ! :)


Apa pun, semoga Manje bertambah manje, 
gedik dan membesar dengan sihat. Tamo sakit2 tau !

Okay sayang, tata titi tutu...



(sapa nak try dokong???)

3hari sebelum pemergian Brown

12.8.2012


ibuKM bawak semua bebudak KM termasuk 
Brown (arwah) dalam bilik.. Entah saja2 je. 
Manje, Kichan, Tomei ngan Putih 
semua macam jakun, yelah masa tu 1st time 
dapat masuk bilik tu. Sebelum2 main dekat 
ruang tamu je, diorang hidu sana sini, panjat2, 
explore etc.. ibuKM biarkan aje. Tapi masa tu, 
Brown macam tak berapa nak ada mood. 
Dia duduk je kat hujung katil sambil tengok2 
ke'sakai'an kejakunan bebudak tu..huhu.
Korang tengok jelah, gambar yang 
akan ceritakan semua :)




(Putih hidu sana sini)



(Masa ni Brown duk je kat hujung katil..marah ke dia?)




(Marah Tomei kacau dia)




(Bebudak lain semua buat hal sendiri)











(3hari sebelum pemergian dia, comel kan :)
tapi muka masam je.. mungkin dia dah tahu kot =( )







Monday, September 24, 2012

SILA BACA SEMULA : Sambungan Entri Budak Kena Perangkap Tikus

Korang2, sori ada masalah teknikal lah.. 
Gambar2 dak tu semua dalam henset 1 lagi. 
ibuKM kena transfer 
dari henset tu, ke henset lain baru leh transfer ke PC. 
dan kabel yang menyambungkan ke PC tu adalah sangat 
tak bekerjesama, takmau connect. 



Sila bersabar menunggu entri ye :)

TQ






Okay, sambungan bermula..
Untuk entri sebelum nya, klik sini !



Okay, disebabkan ibuKM taknak pakai 
thinner yang KONFIRM akan membahayakan 
nyawa dak tu, ibuKM guna kan 1 cara = 
MENTEGA KACANG !


Ye, mentega kacang / minyak boleh digunakan 

untuk membuang gam / chewing gum yang 
melekat pada bulu / baju / rambut.. 
Waktu lunch tu jugak ibuKM bergegas pergi 
beli mentega kacang, gomol kat muntot dak tu .. 
nampak nya macam dah tak banyak yang 
tinggal mungkin sebab dak tu dah jilat sepanjang 
ibuKM tinggalkan dia tadi.
Tapi tak kisahla kan, sental jugak sebab nak hilangkan .. 
Kesian dia, jalan pun terkengkang kengkang sebab getah tu dah terkena jugak kat telur dia.. hehee, 
mesti dia rasa melekit je kan. 
(walaupon dah takde telur, tinggal kantung je)


Tonyoh2 sambil ramas2 bulu2 dia yang kena getah tu, 
dengan harapan tertanggal sehabis nya..
Siap2 tonyoh, biarkan 5-10minit, pastu bilas.. 
Alang2 dah separuh badan dia basah, ibuKM mandikan terus.Senang cerita.. Menangis mendayu jugak dia sebab kena mandi air sejuk, tak sempat nak masak air panas pun.. 


Siap2 mandikan, dah lap2 dia sikit.. 
Bawak keluar bebudak KM yang lain, 
kasi dorang wetfud.


Lepas habis, masukkan balik dorang semua 
dalam sangkar termasuklah dak tu sebab ibuKM 
kena pergi kerja.. So, kesimpulan nya.. 


MENTEGA KACANG MEMBANTU 
MENANGGALKAN KESAN GETAH / GAM 
PADA BULU HAIWAN, RAMBUT ATAU KAIN. 


Sekian, sila lah layan gambar dak tu yang 
konon nye misteri hehe..
beserta caption :)




 (inilah rupa pandangan belakang DAK TU aka TOMEI)







 (mentega kacang cap Lady's Choice)





(TOMEI dalam bilik air, sesi menyapu mentega kacang)
 




(lepas mandi, jilat jilat jilat)






(selesai, kita BERWETFUD bersama :))
 






Selesai hutang dengan korang, legaaaaa ! 
oopsss, masih berhutang banyak entri.
Ya Ampun, bagilah ibuKM tarik nafas dulu ye... 




Salam sayang. babai :)









Friday, September 21, 2012

Ada Budak Kena Perangkap Tikus !

okay, simpan dulu cerita sedih sebab Brown. ibuKM ada cerita terbaru.


Pagi tadi keluarkan bebudak KM dari sangkar. Biar diorang breakfast rumput ke embun ke kan.. 
dan ibuKM nak cuci sangkar. Okay, dalam pada sibuk2. ada sekor dak KM ni sangat lah busy body nya, pergi jenguk area perangkap tikus, dekat situ ada makanan dah dicampur racun tikus, dan perangkap tikus berbentuk pelekat. Lebih kurang macam ni rupa dia :-



(abaikan tikus mati..ewww! Sumber : GOOGLE)

pelekat ibuKM lain banyak, dia warna kuning, 
dan bersaiz A5 sahaja.. tapi gam dia boleh tahan kuat.



Dak KM yang prihatin ni tadi, terpijak plak pelekat tikus tu .. MENGGELUPUR LARI MACAM TAK CUKUP TANAH sebab kaki dia dah melekat dekat situ, gam pelekat tu boleh tahan kuat. Dalam pada lari2 sambil marah2 masuk bawah kereta ibuKM jenguk tengok2 pelekat tu dah melekat betul2 menutupi kawasan punggung dia. Kira dari ekor sampai kaki lah tutup.. (sila imagine sendiri)


ibuKM panggil keluar dia langsung taknak, muka takut dan nafas laju sambil duduk diam2 stress tahleh tanggal benda tu. ibuKM terpaksa baring kat jalan sambil tarik pelekat tu dari punggung dia, tercabut jugak lah bulu2 dia. Kesian ! 


Lepas cabutkan, ibuKM siap2 sambung basuh sangkar dan kemas apa yang patut sementara dak tu masih lagi kat bawah kereta. Tengok2 dia keluar keta masuk dalam longkang. Nak bersihkan diri agaknya. panggil2 taknak datang jugak. So, ibuKM masukkan bebudak KM yang lain, pastu mandi siap2 nak gi kerja. ibuKM dapat idea, ambik pinggan wetfud diorang, bunyikan terus dak tu keluar. 


Panggil dia usap2 sikit, ibuKM simpan dia dalam cage lain tak campurkan dengan bebudak KM lain sebab takut gam tu nanti kotorkan buaian / kena bebudak KM lain. pastu ibuKM pergi kerja. dalam fikiran memang nak bawak gi botakkan aje kawasan yang dah kena gam tu. tapi call vet dia cakap dia takde wat grooming, kes2 camtu kena hantar tempat grooming je. aaahh, pale dah pening. camne nak setelkan pun tatau. ntah apa dak tu wat dalam cage tu agak nya.. 


ibuKM sambung wat kerja, sambil google..

"How To Remove Gum from Cat Fur"


Keluar banyak link, 1 link tu suruh hantar kedai potong lah, hantar grooming, ada yang menarik sekali dia suruh pakai minyak tanah / thinner. GULP ! Tak berani lah.. kang dak tu jilat2,,, hilang lagi sekor anak bulus tak sanggup oh ! walaupun dah konfirm basuh bersih tapi kita mana tau kan kot2 terlekat celah2.. 


Eh, panjang lak cite.. sok sambung lagi lah.. ak balik dulu. dah habis waktu kerja :)
Esok ibuKM masuk dengan gambar sekali !
Baru korang leh tau sapa "dak tu" yang dimaksudkan ..






Okay, bye..

I Miss My Baby !!





Hanya Tuhan yang tahu betapa ibuKM rindukan budak ni, gelagat dia, gedik dia, manja dia, suara dia, keletah dia, kecomelan dia, mengada ngada nya dia, sampai pernah satu2 masa bila teringat kat dia rasa down sangat. bersalah. sebab tak vaksin kan dia seawal2 nya ! padahal bebudak KM yang lain cukup masa je vaksin, deworm. tapi dengan dia, entah. mungkin dah tersurat. dia datang dalam hidup ibuKM sekejap je.
tak sampai 5bulan rasa nya. sampai hari ni hati masih rasa perit setiap kali teringat kat dia, tengok gambar dia, baca balik cerita dalam blog ni pasal dia.. terus terngiang ngiang dalam kepala ni. kadang2 dekat rumah
lepask2 atas katil, teringat kat dia. menangis sendiri. pegang gambar dia, belek2 sambil imagine dia gedik2 dekat sebelah. sambil 'mengurut'.. Brown anak yang baik, comel,..
setiap kali ibuKM dapat gomol2 dia, dia akan duduk diam2, sambil dengar ibuKM cakap
"brown sayang, manja, busuk masam, budak baik, cantik, dengar cakap, nakal, gedik, suka kacau orang, suka urut2, suka lompat2, suka ngade2, sayang tatak, sayang semua..ulang3"
mungkin apa yang ibuKM selalu cakap, dia dengar dan ikut.. jadi anak yang manja gedik tu semua.
Dan tak pernah ibuKM rasa nak marah dia kuat2, paling teruk pun ibuKM babap punggung dia 
setengah kuat kalau dia degil sangat macam duduk ulang alik depan laptop, asah kuku dekat sofa atau 
panjat badan bila ibuKm tengah makan. Ye, ibuKM tahu, dia dah tenang kat 'sana'..

Dan ibuKM nak dia tahu, ibuKM sayaaaaannnggg dia sangat!
tak pernah lupa walau sesaat. dia dah macam anak yang sebenar.
yang ibuKM dodoikan sebelum tidur masa dia kecik dulu, ibuKM suapkan wetfud,
ibuKM bersihkan montot yang kotor sebab terkena 'shit' ..macam2 lagi.


p/s: Ada jugak ibuKM usha2 petfinder nak cari kot2 ada kitten yang berkenan, tapi setiap
kali teringatkan TANGGUNGJAWAB menjaga kitten.. Ya Allah, tak sanggup kejadian sama berulang.
Semoga kitten2 yang terabai di luar sana, bertemu penjaga sebaik2 manusia. Aminnn

Thursday, September 20, 2012

Viva Mall 9.9.2012

ENTRI LAMA DRAFT DAH 2MINGGU PERAM =)
hahahaa




9.9.2012 tu, ibuKM pergi Viva Mall .. 
Tempat ni selalu bekerjasama menganjurkan 
pertandingan / persembahan untuk kucing & anjing kan. 
Dah banyak kali terdengar tapi baru semalam 
ibuKM dapat pergi. 



Seonok tengok banyak kucing2 anjing comel kat sini.. 
Lebih kurang 100++ yang join hantar kucing2 diorang 
untuk pertandingan tu.. ibuKM pun tak berapa 
pandai nak huraikan tentang pertandingan tu,
 jadi kita tengok gambar jelah ye :)















(Ambil banyak gambar, yang share 3 je..kedekuit ! )
berat lah nak upload, saiz besar sangat =(










Wednesday, September 19, 2012

Jahat nya sayaaaaaa.........

Hai semua, 

jahat nya saya membiarkan blog ni bersawang, 
sampai kena tegur dengan Iela Lullaby. Sorry dear. 

ibuKM ada nak cerita pasal bebudak tu, 
tapi alahai malas sangat ! Blog lagi satu tu berupdate 
sebab gambar2 semua google dan ada yang dah 
di save dalam draft. Tinggal edit sikit dan post je. 
Eh jap,nak cek ada ke entri saved dalam draft 
blog KM ni ek?? hehee.. maaf mapun di pinta 
banyak2. Habis dah pembaca blog 
KucingMalaysia lari jauh2 taknak bukak 
blog ni lagi sebab tuan punya blog 
pemalas yang hamat !! 


Okay2, (sambil angkat dua jari ke atas 
selari dengan telinga), ibuKM cuba untuk 
update dalam minggu ni jugak. 
Tapi tak janji tau, heheee. Cuba je cuba ok.

p/s: Bebudak KM ada je, sihat gomok2 semua. 
Gambar diorang pun dah naik masam dalam laptop, 
gambar Brown nak buat TRIBUTE tu pun ada. 
Cuma SETAN MALAS je selalu hasut ... 
heheheee..



Sorry again guys ! :)





Monday, September 10, 2012

3 ekor saja :)









MANA LAGI SEKOR?? : KICHAN :



MERAYAP !! masa gambar ni di ambil 
lebih kurang jam 10.30 pagi, 
sebelum tu, jam 7-10pagi, Yana keluarkan 
bebudak ni main depan rumah, kasi diorang merasa 
rumput dan lompat2 kat luar tu.. 
Kichan, macam biasa lah.. 
Dah keluar nak masukkan balik, susah yang amat.
Hanya 1 je cara nak pancing dia, 
bunyikan mangkuk yang biasa nya ibuKM 
gunakan untuk bagi diorang makan wetfood. 
Melompat lah dia datang, walaupun 
sebenar nya ibuKM kelentong dia aje.


Kadang2 dia pandai, dia agak2 kena tipu, 
dia tak datang,, huhuuu
tapi takdelah selalu ibuKM wat camtu..
Takut nanti dia betul2 tak heran, 
susah jugak ibuKM nak panggil dia balik kan :)



p/s : mood nak update kuranglah..
sejak takde 'baby girl'.. hurm =(





Friday, September 7, 2012

Kasi Sikit Dulu :)

Punya lah banyak gambar bebudak KM 
yang berambil, masih juga tak update2 
cerita dorang kan. 


Ha, ni .. ibuKM kasi sikit dulu. 
Sebab masa update ni jam pukul 1 pagi ! 
nak tunggu upload tu yang lama, kalau cepat
konfirm cepat !


(kichan macam biasa, moooodddyyy)


(tomei the handsome and smarter ! )



(manje, si gomoks)




(gambar Putih the gedik takde sebab dia TAK DUDUK DIAM !)




(ALL IN JAIL.. hahahaha)





ibuKM pun nak tidor, nanti ada kesempatan 
ibuKM tambah lagi ok :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !