KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, December 31, 2012

Kerenah Manje...







Note : Please ADOPT instead of BUYING lagi2 dari 
Backyard Breeder.
Banyak lagi kucing tak berumah. Thanks...

Friday, December 28, 2012

TALK TO MY HAND ! lol .....


Kejadian berlaku masa kat rumah 'kampung'..
Makhluk : TOMEI & KICHAN



~Empuknya perut Tomei ni,,,~



~Kroh kroh kroh...~
 



~Kichan! Tepi lah, nah tidur kat kaki...~




~Sampai hati Tomei, takpe...Aku rela kan~




~Sssshhhhh !! Talk to my hand! ~






Tapi kaki saling silang, bonding dalam diam. hehe








NOTE : SMARTSIF RM 150 perlukan lagi SEORANG buyer untuk mendapatkan rege tersebut. To Aurora, please reply my email if you read this .. TQ :)

Wednesday, December 26, 2012

Masih MURAH !

cepat2, kawan2, kalau korang 
terfikir nak beli SMARTSIFT, 
ibuKM masih buka order tu

Sebiji RM 150 sahaja !! Mana nak dapat harga ni... 
Kedai pun tak boleh bagi. (ke ada yang bagi..ekekee)

Paling sikit 5 unit di perlukan, 
sekarang dah ada 2 pembeli. 
Tinggal 3 orang lagi diperlukan.

Cepat2 lah kawan2, tapi pick up sendiri ye 
kat Batu Caves. kalau nak deliver atau 
 kos tambahan di kenakan. 


Tq, 

Monday, December 24, 2012

Bebudak KM balik kampung :)

bebudak KM ada kampung ke? hehee, ada lah.. Rumah mak ibuKM. sama dengan kampung lah kan. Dorang kan duduk sini sebelum ibuKM pindah kahwin tu.
Kitorang pergi bercuti 4h 3m.. Seronok lah bebudak KM tak payah duduk sangkar. Suka suki keluar masuk rumah bebas sesangat. Si Putih pun sama naik... Mula2 tengok dia tengah tidur kat tangga, setengah jam lagi, tengok2 dah lesap. Tau2 tengah dok hidu2 apa ntah kat rumah jiran sebelah. hari pertama tu dia dah buat perangai merayap pergi rumah jiran 2blok ke depan. Haiz, susah jaga anak dara rupa nya.. Baru kucing, kalau manusia??? Fengsan ! 

Tapi kebanyakan masa iaitu siang hari, bebudak ni makan tido jelah. Haritu MeowMania cakap sebab bebudak KM duduk dalam sangkar tak keluar tu sebab tidur je, tak pun.. Bebas dari sangkar pun sama je.. Asyiklah membesarkan badan. Agak nya hati senang, tak yah fikir pape.. Tidur jelah. TAPI, waktu malam jam 1-2 pagi BERKEJARAN dalma rumah. Adoiiiii.. nasib baik takde pape yang pecah. Kalau tak haru nak menjawab.. hehee.. 

Takmo bebel panjang. Nah gambar seketoi dua.



-Bergumpal je lah kerja bebudak ni-


-Si cantik penjaga tangga-



 -Budak ni paling suka tidur, pantang jumpa katil-


 -Pandai cari port, nak yang empuk je-


 -Percubaan Manje untuk meloloskan diri dari pagar,
tapi tetap tak muat, lantas dia melompat ke dinding sebelah-


  -Percubaan Manje main cak2-



 -Lagi percubaan memasuki ruang sempit.. -




Jangan tak tahu, bebudak ni datang sini DEMAND! 
Asyiklah nak makan wetfud,
bebijik IAMS tu dorang makan kalau terdesak je.. 
Haiz, apa punya selera. 
Rabak camni ! Nasib baik 4h 3m je


Wednesday, December 19, 2012

Arini Apo Kojo Eh Jang??


MENU HARI INI : 
Nasi putih digaul ikan goreng











SESI makan berjemaah









SESI menggempalkan badan... TIDUR berjemaah



Putih tidur bawah katil, jauh ke dalam..Susah snap gambar



Tuesday, December 18, 2012

Please... Dont Go


TOMEI : 
Kak Manje, 
bobok kan Tomei .. 
Nantok ni.

MANJE : 
Eh, akak nak sidai kain, 
masak, kemas rumah, bla bla bla..



TOMEI : 
Please... Dont Go ......
MANJE : 
Ish, kacau lah dia ni 







Monday, December 17, 2012

MAAF, SAYA TIDAK MENJUAL SMARTSIFT LAGI.


MAAF PADA BUYER2 YANG BERTANYA, SAYA TIDAK LAGI MENJUAL PRODUK2 SMARTSIFT / PRODUK2 BERKAITAN KUCING. MAAF JIKA SAYA TIDAK SEMPAT MEMBALAS PERTANYAAN ANDA SEMUA DI RUANGAN KOMEN.







Hurm, 
ramai yang dah kenal dengan benda alah,
 jamban kucing moden ni..
Senang,. tak berbau, tak kotor, 
apa lagi semua tak lah..

Sayang nya, siapa yang belum beli.. 
Kalau ada rezeki lebih, nak kurang kan kerja 
mencedok kuih, beli lah .. Duit boleh di cari, 
kepenatan balik kerja, buat kerja rumah, 
nak cedok tahi lagi. Yang simpan kucing 
dalam sangkar memang susah banyak lah beli 
Smartsift tak MUAT masuk sangkar, 
melainkan home made cage sebesar bilik saiz bujang. 

ibuKM nak beli SEBIJIK, letak dalam bilik.. 
KONFIRM bilik sentiasa wangi, sebab takde lagi 
bau tahi dak2 KM menusuk hidung.. Tapiiiii, 
kalau beli banyak baru dapat murah... 
Siapa nak join ibuKM beli???



Harga ibuKM dapat RM 150 per unit TAPIIIII  KALAU BELI 5 UNIT SEKALI GUS!!! 
Kalau beli 1 je RM 165 ada, RM 170 ada, 
RM 185 pun ada... Kira2 kan, lebih2 tu 
boleh buat beli pasir plak.



Jomlah kawan2, kita share duit beli... 
eh, bukan share duit ramai2 dapat 1 jamban je... 
Sorang dapat satu lah :)

Bila lagi nak ajar kucing berak cara moden... 
Jom lah, Jom Lah...............


Yang dah ada Smartsift pun takpe, beli lah lagi.......

Hubungi saya kalau berminat.
Tak berminat, tak apa lah... =(


Cukup 5 orang beli, baru dapat rege tu. 
Kalau orang perseorangan, rege nya RM 165

(DELIVERY TIDAK TERMASUK YE)

Friday, December 14, 2012

Di Kala Tengahari...



TAK MALU TIDO MENGANGKANG ! 
(Nasib baik dah futun)




MASIH LAGI COVER AYU TIDUR MU...




INI KAH NAMA NYA TIDUR TIDUR AYAM??





ALAHAI, KASIHAN DIA.... TIDO KAT LANTAI JE



Monday, December 10, 2012

Budak Perut Besar ..






Budak perut besar ni, selalu teringat kat dia.. Kadang2 tengok video dia, gambar dia, bayang2 cakap dengan dia.. Rindu sangat. Budak comel ni, masa mula2 dijumpai, Ya Allah perut nya besar betul ! Mana tak nya, penuh cacing kot. Dia kan stray, ibuKM jumpa dia kat kedai runcit. Masa tu dia tengah jalan terhuyung hayang kelaparan, cuba panjat tong sampah.. ibuKM kenangkan bebudak KM dekat rumah masa tu belikan diornag wetfud, belikan budak ni sekali. Kesian nak tinggalkan, hangkut bawak balik rumah.. 4bulan je bersama kami, dia pergi berjumpa yang Esa.. Belum puas ibuKM bermanja, gurau2 dengan dia. Siapa pernah baca pasal dia, tahu lah macam mana kerenah dia. Lagi2 yang pernah jumpa dia depan2. Semua cakap dia PRECIOUS, cantik, kena jaga elok2. Tapi sayang, ibuKM tak jaga dia elok2, macam kawan2 cakapkan. Sekarang ni, bila bebudak KM main2 dalam bilik, teringat kat dia. Dia paling suka lepak2 atas katil, sambil main nyorok2. Tangan asyik mengurut lagi2 time nak manja.. Ada juga sebelum tido atau masa tengah lepak2 dengan suami, kitorang bercerita pasal Brown. Ye, kami sama2 rindu kat dia. Betullah orang kata, bila dah kehilangan baru kita rasa luka nya. Tak sanggup kehilangan bebudak KM yang lain lagi. Insyaallah minta Allah swt panjang kan umur diorang dengan ibuKM. Sesiapa belum pernah baca pasal Brown, belek lah entri label BROWN NI.. semua cerita dia ada kat sini. Termasuk lah yang ni. Semoga Brown pun selalu ingat n sayang ibuKM dan kita semua yang ingat n sayang kat dia. Tak sanggup nak ingat saat2 terakhir dengan dia... 

Tuesday, December 4, 2012

LET'S Merepek

Aaaaaahhhh..

Sorry guys,lama tak update. Susah juga kan nak blogging ni. Nak pulak sekarang ada Twitter, Facebook, Istagram etc.. Yang mudah, masuk gambar tulis sepatah dua pastu post.. Blog kena bebel. Orang suka bebel and banyak idea bolehla blogging ni kan. Kang ibuKM letak gambar sesaja okay ke?? Takyah caption, cerita etc.. Hurm,

Sebenar nya nak cakap sikit.. ibuKM dah rasa sangkar sedia ada bebudak KM tu SEMPIT ! i repeat SEMPIT !!! Kenapa sempit??? Padahal ukuran dia 53"H x 36"L x 23"W besar dah tu untuk 4ekor adult (Kata Orang)...

Tapi, ibuKM tetap rasa sempit lagi2 sebab Manje semakin gemok.. Entah, melebar badan dia. Bila dukung, rasa macam budak 2tahun berat nya. Bagus lah kan, dia masih aktif bukan obes, dan lain2 pun Tomei besar dari kucing jantan normal ibuKM tengok dekat rumah tu. Kichan standard, Putih pun semakin gemok.
Eh tapikan, Putih sekarang ni dah dekat 2bulan ke 3bulan dia tak on heat. Perut nampak buncit sikit, APAKAH PUTIH BUNTING?? OhEmJi.. takut jugak sebab dia ada main2 luar rumah jugak tau sekarang.
Sebab ibuKM kesian dia asyik main dalam rumah je.. Bebudak 3ekor tu boleh main kat luar. Yelah, kata Putih belum spay, mesti lah kena jaga lebih sikit. Tapi kucing kan mengandung 65 hari, pastu beranak.. At least kalau Putih bunting, mesti dah nampak kepadatan perut dia, ni ak.. Macam flabby, bila pegang still rasa biasa je.. Ke sebab bulu dia yang dah bertambah gojes sebab makan IAMS?? wink *.*

Eh, baguslah IAMS tu, poo dorang tak busuk tak macam makan Blackwood dulu. Sorry BW bukan nak kondem awak, ini pengalaman saya dan kekucing. Mungkin ada owner lain yang sesuai dengan BW just go on. ibuKM nak share je.. IAMS sekarang ibuKM control sukatan nya, 4ekor secawan pagi, secawan petang. Tapi still boleh nampak hasil yang memberangsangkan. Thank U IAMS. Tengah bulan ni kena tambah stok dah, sebab tinggal dalam 3kg camtu. Maybe more.. Tapi mesti topup bulan ni jugak.

Btw, siapa ada pakai SMARTSIFT?? Bagus kan... Artis - Atilia pun pakai tau untuk kucing dia. Ramai gak lah kawan2 blog KM pakai, ibuKM nampak MamaBetty ada pakai kan :)
Untung bebudak bulus sebab dapat jamban MEWAH ! Yelah ibuKM pun nak pakai, tapi keadaan belum mengizinkan. Nanti ibuKM dah duduk rumah sendiri, pelbagai aksesori kucing ibuKM beli..
Petbed, Cat Tree, Scratcher.. ish macam2 lah. Okay, sekian. Panjang plak bebel nya.

Meh, tepek bebudak ni tido.. Ari minggu biasa nya ibuKM bawak bebudak keluar sangkar.. Masuk bilik. Bermaharaja lela lah diorang kan. Mengaku katil & bilik tu diorang punya.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !