Brown dalam kenangan.
Kenangan yang tak pernah mati dalam
ingatan ibuKM.. setiap hari, bangun pagi,
wajah Brown yang pertama kali ibuKM tatap..
sebelum ni. Kini, masih juga wajah pertama
sebab ada tergantung gambar nya di dinding bilik,
wajah comel yang selalu menghadirkan
kegembiraan dalam hati ni, walaupun ketika
ibuKM berduka.. dialah racun, dialah madu nya.
Hari ni, ibuKM nak kongsikan dengan kawan2,
wajah dan detik terakhir Brown bersama kami..
Bernafas dan berzikir kepada Allah swt
sebagai makhluk ciptaan nya..
(wajah Brown waktu tengahari 15.8.2012)
(memandang sayu, kesakitan mungkin)
(dalam kereta, perjalanan menuju ke tempat kerja ibuKM,
saja bawak dia sebab nak dia depan mata)
(Petang - di rumah... sudah tidak bertenaga,
ibuKM berikan ORS)
(ibuKM balutkan dengan kain batik,
dukung dia, cium dia puas2, sembang2 dengan dia)
(tak larat sangat dia, masa ni ibuKM
peluk puas2..sambil cakap sayang sangat kat dia,
jangan pergi, cepat2 sembuh, boleh main2 macam biasa)
(ORS diberi menggunakan syringe)
(saat dia semakin lemah, masa ni tangan kaki
dia sejukkk sangat, tapi perut masih panas)
LIMA MINIT KEMUDIAN, ibuKM angkat
dia masuk dalam bilik..
Sebab dia berusaha banyak kali bangun
berjalan ke bilik.. Tapi asyik
terjelepuk jatuh.. ibuKM faham, dia suka
dan sayang dengan bilik tempat
dia membesar tu.. Tempat FAVOURITE.
Dan tak sampai 30minit dalam
bilik, Brown menghembuskan nafas terakhir dia..
Selepas bertahan
selama seharian.. Gambar tak ada,
sebab ibuKM blur masa tu,
memikirkan dia dah tak ada dalam hidup kami..
Dia dah pergi.
ibuKM balutkan dia dengan kain batik tadi,
balutkan dengan surat khabar,
dan kami semadikan dia depan rumah..
Malam tu jugak.
Hanya rantai ni lah peninggalan arwah,
bersama kenangan2 manis bersama dia..
SEMOGA ibuKM TAKKAN PERNAH MELUPAKAN ARWAH,
WALAU SEDETIK ATAU SESAAT PUN... SEMOGA DIA
MENDOAKAN ibuKM DARI SANA, DI SISI PENCIPTA NYA...
Al - Fatihah.....