KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Showing posts with label Manje. Show all posts
Showing posts with label Manje. Show all posts

Monday, December 31, 2012

Kerenah Manje...







Note : Please ADOPT instead of BUYING lagi2 dari 
Backyard Breeder.
Banyak lagi kucing tak berumah. Thanks...

Tuesday, December 18, 2012

Please... Dont Go


TOMEI : 
Kak Manje, 
bobok kan Tomei .. 
Nantok ni.

MANJE : 
Eh, akak nak sidai kain, 
masak, kemas rumah, bla bla bla..



TOMEI : 
Please... Dont Go ......
MANJE : 
Ish, kacau lah dia ni 







Friday, September 28, 2012

Kejadian Petang Semalam..


Krohh Krohh Krohh ........



(kangkang man in action)

(sang putri tertidur kepenatan)

(si gomok tidak sedarkan diri)



SAMBIL .....



(mamat poyo menjaga keadaan sekeliling)

 (dengan muka yang angkuh lagi sombong)





DIKEJUTKAN DARI TIDUR DENGAN 
BUNYI MANGKUK WETFUD..
LALU, OM NOM NOM... 
Makan secara berjemaah :)









SEKIAN ... ASSALAMUALAIKUM ...




Salam Jumaat :)

Tuesday, September 25, 2012

LUPA NAK GITAU !! :)

Lupa nak gitau korang... 
Harini birthday MANJE aka SI GOMOK !


Dah 1 TAHUN 5 BULAN umur dia.. 
kalau belum cunat, mesti dah 3X beranak ! hehehee...


Happy Birthday sayang Gomok..
Semakin hari semakin gomok, selalu kalau 
dapat keluar sangkar, ikut ibuKM jalan2 
kawasan sekitar. Dia suka benti jauh2 dari ibuKM, 
pastu baru pecut laju2..hehe. comel je, 
rasa macam kena kejar dengan beruang pulak ! :)


Apa pun, semoga Manje bertambah manje, 
gedik dan membesar dengan sihat. Tamo sakit2 tau !

Okay sayang, tata titi tutu...



(sapa nak try dokong???)

Monday, July 9, 2012

Siaran Lintas Langsung






Budak sekor ni, orang tengah snap2 dia wat lintas langsung pulak.. Dapat lah separuh badan.
Korang kenal kan sape?? :)

Tuesday, June 26, 2012

Pembuli Akhirnya Terkantoi Jua !













Friday, May 25, 2012

Kisah Bebudak Belakang

Harini baru ada kesempatan nak update
pasal bebudak belakang, sebab gambar 
pun baru ambik semalam..
Untuk menceritakan aktiviti terbaru bebudak belakang,..




Pada yang rindukan Kichan tu, bawaklah bersabar ye..
Sebab Kichan REALLY HATES CAMERA ! 
dia memang takmau langsung ambik gambar semalam,
so ibuKM just dapat ambik gambar ni je...
Jadi lah kan, dari takde langsung .. ;)


(Kichan mugkin tengah berfikir, bosan duduk rumah, aku nak cari kerja lah)



(Manja macam biasa, selalu rajin tolong buat kerja rumah)


(Manje : eh apa ni ibu, asyik ambik gambar je)
Biarlah , semorang dah rindu nak tengok korang tau !


(Manje : yelah2, ambik lah banyak2. posing camni suka??)
Eh eh budak ni, melawan pulak.. tak baik tau, berdosa ! 


(Tomei : errrr, masuk blog lagi ke bu??)
iye, korang kan lagi femes dari ibu.... 


(Tomei : Hai kawan2, Tomei nak rehat lah, penat lompat2 dekat luar tadi)


 (Putih : ibu, keluarkan lah Putih... )

Tak boleh ! Siapa suruh kamu main jauh2 (Putih pergi main 3blok jauhnya dari umah kami)
Nasib baik takde orang ambik kamu !



(Putih : alaaaaa, Putih amik angin je...)
Takde2 ! Sekarang pun dah nak magrib kan, duduk je dalam tu.. Kejap lagi yang lain pun kena masuk.
Ini ler dapat nya bila anak bulus belum di kasi.. Diorang ada instinct explore tempat jauh2 sikit berbanding yang dah di kasi, lebih takut nak pergi jauh..





Dan inila dia construction jiran sebelah yang ibuKM cakap tu.. 
Kesian anak2 bulus, terdedah kepada habuk. Tapi masa diorang kerja 
waktu siang, bebudak ni lepas dalam rumah.. So takdelah terdedah sangat, 
Dan sangkar diorang dah ditutup dengan plastik, untuk elakkan habuk masuk,,
Bukak belah depan je, 


nanti kalau ada cerita baru, ibuKM update.. 
Mungkin esok nak mandikan bebudak ni, dah dekat 2 bulan tak mandi..

hewhewhew.. yelah dengan sibuk, dan hal kesihatan tak mengizinkan,
bukan ibuKM sengaja ~.~

Tuesday, April 10, 2012

Prihatin

Seronok bila ada yang sayang kita, 
ambil berat pasal kita kan..
Kalau manusia yang buat camtu, memang best..
Tapi kalau anak bulus yang buat camtu, lagi best ! 

** Rasa terharu masa balik keja tadi,
Manje jemput saya dari kereta,
dia siap masuk dalam kereta ..
Mungkin kalau dia boleh berkata kata, dia
akan cakap, "ibu, meh Manje tolong bawak kan beg ibu" atau 
"ibu, penat ke? nak Manje dokong??" **




hehe,, tapi takkan jadi kenyataan kan semua tu..
Kita imejin sendiri jela..



sayang anak2 bulu semua, kawan2 punya pun saya sayang ! ;)


p/s : manje memang anak yang prihatin, even kalau
adik beradik dia yang lain kena mandi dalam bilik
air sambil menangis, dia pun mengiau kat 
depan pintu bilik air. pastu tunggu je kat situ
sampai budak tu keluar.. hai manje, 
untung ibu kalau kamu ni manusia,,
penyayang sangat tau !

Friday, March 16, 2012

Jumaat Bersama Mak Jemah ;)

Salam u ollss, 
selamat hari jumaat.
Semoga kita semua diberkati oleh NYA,
dipanjangkan usia,
dapat melihat dunia sehingga ditarik nyawa.




Okaylah, hari ni kita wat silence mode..
Taknak cite banyak, 
"Mak Jemah" pon dah ready nak ke masjid...
Solat Jumaat katanya , sunat.



Eh, siapa Mak Jemah???


Nak tau sape??


Ni high klass punya ! 
Jambul standard Datin2 hokey !


"Mak Jemah" are you readyyyyyyy ??????!!!!



Mak Jemah : Yes, i'm readddddyyyyy !!! Yeeehhhaaaaa !!
(over Mak Jemah ni, huhuu)






Hai sume, "Mak Jemah" aka Manje ni...
Amacam, meletop tak??? hihiiiii, kalah Jambul Dato' Saharazat tau !!

Mak Jemah nak gi masjid awal, takut tak dapat saf depan..
Kutip pahala dulu sementara hidup ni.. uhuk2 (batuk sikit)





ok, Selamat beramal semua =)

Friday, March 2, 2012

Hidup Ini Indah.. Bila Kita Tahu Menghargai nya..

Benar bagai di kata, hidup kita sememangnya indah andai kita berada di landasan yang betul. Bersama keluarga dikelilingi kasih sayang tidak berbelah bagi, makan pakai cukup memang kita harus bersyukur.

Oleh kerana hidup ini indah, lihatlah gaya 4 ekor kesayangan saya ni, yang sememangnya menjadikan hidup saya lebih indah setiap hari. Tiada yang dapat menggantikan nya, walaupon dilanda badai mereka tetap di hati saya,.

SELAMANYA... 









MANJA : kucing betina saya yang paling tua umur nya.. 
DOB : 25.4.2011
Full vaksin, dah di "spay"
SIFAT : Sangat manja, berbaka besar,
bulu separa panjang, suka makan



KICHAN : Hero "jantan" yang tak berapa jantan.. (penakut hehe) 
DOB : Mid March 2011
Full vaksin, dah di "cast"
SIFAT : Penakut, berbulu separa panjang,
pandai tarik perhatian, cheeky boy !





TOMEI : Hero "jantan" yang sangat mendengar kata.. 
DOB : End April 2011
Full vaksin, dah di "cast"
SIFAT : Pendiam, suka makan, periang,
berbulu pendek, suka berkawan dan slamber ;)




PUTIH : Anak dara yang terakhir sekali di adopt, 
DOB : April 2011
SIFAT : Peminat kertas (habis dikoyak),
bulu separa panjang, suka melompat, aktif dan manja 









Begitulah kisah mereka, jika mereka pandai berkata2 atau mengucapkan terima kasih, pasti akan di sebut..
Kerana kita telah menjaga mereka, dari kucing tidak bertuan (bagi kucing jalanan) seterus nya mendapat rumah berteduh, makan minum yang cukup dan perubatan yang di perlukan. 

Kita sebagai manusia, punya akal dan fikiran harusla mencuba memberikan kasih sayang pada semua, makhluk Allah swt, tanpa kompromi.tua atau muda, besar atau kecil, ..





Hidup Ini Indah.. Bila Kita Tahu Menghargai nya..



Saturday, February 25, 2012

Orang Bagi Minum, Diorang Main Ais

Cuaca sekarang memang tak menentu, kadang2 panas, kadang2 hujan..
Semalam kasi budak2 ni minum, saja letakkan ais dalam air minuman tu..

Sementelah minum, diorang macam pelik pulak ada ketulan jernih terapung aka AIS ..
Apa lagi, di jolok2, di tolak2 bekas tu nak keluarkan ais punya pasal.
Basah lantai di buatnya... Tapi seronok,tengok gelagat budak2 ni. 


Jom tengok, apa budak berdua (Tomei & Manja) buat   =)

Wednesday, February 22, 2012

Cuba Teka

Hari Ni, sebab kan hari Rabu semua orang suka wat entry "WORDLESS" jadi KM pun nak wat entry jugak, bukan wordless tapi TEKA SIAPA ?? ~.~


Kalau dah gomok camni, dari belakang pon mesti ramai yang kenal.. 
heheeeee, 







Jom tengok !!







Bawah sikit ..






Sikit lagi ..






Cepat intai ..






"Beruang kutub" mana ni???







** dak gomok ni 'no shame' orang snap picture dia tayang
pungkok belakang .. **

Thursday, November 24, 2011

Update Rambang

~~ MANJE BERANSUR PULIH ~~


Lihat saja aksi nya, tak macam kucing baru lepas operation.
Semakin hari semakin nakal, perangai dah bertukar lebih ke anak anakan.
Makan 2kali ganda dari sebelum nya, menjadi lebih mendengar kata.
Saya gembira, dia sihat seperti sedia kala.







-----------------------------------------------------------------------------------------

 ~~ PUTIH DEMAM ~~


Anak gadis terbaru ku ni, dilanda demam.
Kurang makan, tidak aktif, tidur lebih 9 jam pada waktu siang
dan beransur kurus.
Makan pun hanya mahu ikan rebus,
tak pe lah sayang. janji kamu sihat semula.







-----------------------------------------------------------------------------------------

 ~~ TOMEI ~~


Tomei ni, makin bijak. Dah boleh tukar nama panggil Fatty kot.
Sebab kuat makan, berat ! Tak pe, asalkan sihat tak ada
penyakit. Tomei pandai grooming, mungkin sbb dia jenis 
Short Hair, jadi bulu2 dia nampak kemas sangat. 
Makan langsung tak memilih, bagi ape semua dia kaut. 
Liciiinnnnn,
(masa Tomei kecik, ada 1 adopter pernah adopt dia tapi di pulangkan 
semula pada owner sbb kata nya Tomei ni ada flea, ear mites etc.., 
beberapa hari je sebelum saya adopt dia. Tapi sekarang, tengoklah
he's the SMARTER among others. Bukan nak puji, ini kenyataan)















# Salam 1 MALAYSIA #
************************************************************
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !