KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, April 30, 2012

Lama nya tak menulis..

Hurm , salam semua..

lama rasa nya takde entri baru, blog pun dah berbau kepam ! 
Errrr, gambar untuk entri banyak,
dan cerita pun dah bersusun dalam minda ni.. cewah, MINDA kata nya !

Tapi tu lah, masa nya takde .. belum berkesempatan lagi..
Buat masa ni, ibuKM tengah ajar si Brown makan dryfood (kibbles), sebab dah tamau 

manjakan dia dengan wetfood ! Menjadi2 tau badan dia sekarang ! DEMOK !!
Lecehla nak bawak travel, wetfood kena sentiasa simpan dalam peti ais, 
Tu pon dia merengek je nak kan wetfood, keraskan hati biar kan dia dan pujuk jugak 

supaya habiskan dryfood tu, yelah kalau lapar mesti dia makan jugak kan. 

Nanti kita cerita ceriti lagi ok, nak masukkan banyak info jugak pasal barang2 kucing
yang ibuKM rasa kawan2 lain patut ada. 



So, see you guys in next entry ya !! Bila?? Tak tahu lagi lah sayaaaaaannnggg... (".)

Saturday, April 21, 2012

Saturday Mode : Sleepy Brown !

Macam bebudak KM lain, Brown juga tak terlepas diMANDIkan setiap minggu, 
selain nak bagi dia nampak comel dan wangi, 
kebersihan haruslah dijaga, budak ni selalu mencomotkan diri..




Bila dah mandi, dah kenyang, mulalah dia nak buat taik mata.. 
Jadi, layanlah gambar dia membuta ..
( Tengok ah, nak landing atas bantal je.. Lawan tokeh ini budak tau ! )



Wednesday, April 18, 2012

Wordless Wednesday : 18.4.2012

Monday, April 16, 2012

TOLONG !! Ada 9 ekor kucing Mix Persian perlu kan rumah baru !!

Korang baca tajuk di atas...
Kucing mix PERSIAN pun ada orang nak buang,
apatah lagi kucing jalanan yang comot2 tu.. Ish, kesian kan
 Suruh neuter taknak, pastu bila dah beranak pinak, mulalah kelam kabut, 
tak terjaga, tak terurus, lagi2 kalau dah berkeluarga,
mana nak jaga anak2, laki bini nak jaga, nak jaga kucing2 lagi, 
nak bersihkan poopoo, nak vacuum bulu2 dan yang sewaktu dengan nya,..

Terbaca dari blog MAMA BETTY's : 9 persians need home ! , so nak share jugak kat sini.

Mana tahukan ada antara pembaca blog KM ni, berminat..


Di tekankan di sini untuk pemahaman semua,
kucing2 ni ada antara nya yang bermasalah kulit,
mungkin berkutu dan sangat kurus (sila lihat gambar di blog MamaBetty's ye)
Kalau berminat nak adopt, sila lah bersedia dengan sepenuh hati memikirkan
perbelanjaan / kos rawatan untuk si comel itu.
Terutama nya yang dah ada kucing di rumah, takut berjangkit..
Aaarrrhh kesiannya, kalau lah KM mampu nak adopt diorang,
pasti KM dah ambil barang sekor dua.. 

Difahamkan, tuan mereka, sepasang suami isteri
(tidak pasti bangsa apa, siapa kesah? janji kucing ni diselamatkan)
baru mendapat CAHAYA MATA sulung.
jadi, tiada masa lagi untuk menjaga kucing2 mereka ini.
Wah , best nya.. senang2 je nak "buang" lepas dapat kasih sayang baru kan!
Tak suka tau macam ni.. Benci benci benci !!
(sambil tumbuk2 manja meja ofis di depan mata)..

Ada caj bakal di kena kan, (bukan percuma ye)..
Dan WAJIB NEUTER kan mereka selepas di adopt.
Bukan suka2 boleh ambil, sebab mereka ni di kawal oleh SPCA Ampang.
(ha, jangan ingat korang suka2 boleh amik buat baka pastu jual ek, kenot3 ...)



Jadi, sesiapa yang berminat boleh lah menghubungi SPCA Ampang
(boleh call Ms Chelvy @ 03 - 4256 5312 / 03 - 4253 5179)

Friday, April 13, 2012

AlKisah Nya Bebudak KM hari Rabu 11 April 2012

Waktu tengahari, ibuKM lipat kain baju...
Datang bebudak ni nak tolong kata nya..


MANJE : ibu, nak tolong boleh?
IBUKM : urrmmm, tolongla kalau pandai, lagi cepat siap.




TOMEI : Tomei pon nak tolong boleh?
MANJE : (hee, sibukla budak ni orang nak manja2 sengsorang pun potong)





IBUKM : hah! korang ni relaks je ke?
PUTIH : Putih takde mood ni.. ibu lipatla dulu.




KICHAN : malas lah, tu keja orang pompuan,. Baik Kichan lepak dalam bakul je.
IBUKM : ooh, macam tu ye. Takpe2, ada ubi ada batas, lain kali boleh balas .. hehee




KICHAN : huh ! What everrrrrr...




IBUKM : Tomei, tadi kata nak tolong?
TOMEI : errr, tak jadilah. Tomei pon orang jantan tak buat keja tu la.. 
IBUKM : urrmmm, jantan la sangat.. Sperma pun dah takde.. hahahaha




KICHAN : (eee, tak suka lah cakap pasal sperma2 ni, terasa haku ! Tido lagi baik kot)






MANJE : biarlah diorang, Manje tolong sekor2 pon takpe.
IBUKM : okaylah, ....







MANJE : Manje lipat kat celah sini ye?
IBUKM : Mana muat kat situ sayang oooii...







 Tomei ternampak pulak Kichan dalam bakul, terus dia nak join masuk..




TOMEI : Abang Kichan, nak masuk jugak..
KICHAN : Takde2, aku masuk dulu. Lagipon mana muat, ko tu gemok !




TOMEI : Bolehla, nanti Tomei kecikkan sikit badan supaya muat.
KICHAN : eee, jangan merepek la weh. Konfirm tak bernafas aku nanti.





KICHAN : Eh, mana budak ni, senyap je ...






 TOMEI : Kita kat sini la, Bolehla Abang Kichan, please please please...
 KICHAN : NO NO NO !



TOMEI : (sambil terbaring) Tolong kami, bantu kami, anak2 yatim piatu .... Sob3
KICHAN : ekelen, over betol lah budak ni.. Ingat kalau merayu camtu aku nak bagi masuk? SORRY!



 TOMEI : Sampai hati Abang Kichan kan? Siapa la Tomei ni, dah la gemok tak comel..
KICHAN : tahu pon, lalalalalalalaaa.... (menyanyi sebab malas nak dengar)




TOMEI : BAAAAAARRRGGGHHH ! 
KICHAN : Opocot aku terkejut !! Weh ape ni?????? !!






TOMEI : hihihiihihihihihihihih... Padan muka, terkejut ye?
KICHAN : Ah sudahla, pergi lah main jauh2, Aku nak tido ni..




TOMEI : Yelah yelah.... hehehee
KICHAN : Apa gelak2 lagi??!! 




TOMEI : heheheheehheehheheheheheeeee..
KICHAN : Gelak2 ape hah?? Lawak sangat ke? eee geram pulak aku ngan budak ni..




MANJE : Weh korang, apa ni bising sangat?? Kak Manje nak lipat kain pon tak concentrate la..
KICHAN : eleh, nak lipat kain pon nak concentrate bagai, nak bodeklah tu... 






MANJE : Amacam bu, okay tak kalau Manje lipat camni?
Bising la diorang tu, kalau tak mesti Manje boleh lipat lagi cantik...
IBUKM : huhuhuhu, bolehla tu Manje (dalam hati berkata "hai, double work aku di buatnya")









Thursday, April 12, 2012

Putih Kembali "Bercinta"

Pada yang baca blog KM,
mesti dah tahu KM pernah hantar Putih untuk mating
sebab dia telah "on heat"

buat pertama kali nya pada 13 February 2012 .
(refer link untuk entry Putih On Heat)



Hari ni, dia telah kembali on heat kerana tidak terjadi nya
persenyawaan antara baka Putih dan Pucci,
jadi ibuKM telah buat keputusan hantar
semula Putih berjumpa "Mama Mating" dia,
Mama Zaza aka Owner PucciCoCat..
Sedih rasa hati kerana belum rezeki menjadi nenek
(sama seperti belum rezeki menjadi ibu pada baby manusia),
dan juga sedih kerana kali ni terpaksa berpisah dengan Putih
untuk tempoh yang lebih lama (2minggu kot..) uhuks uhuks..
Wahai Putih, menjadi lah kali ni ye.
Sebab nak try dengan Aman pulak kot.


PUCCI
(yang menggoda, bekas kekasih Putih)


 AMAN

(kacak juga, bakal menjadi kekasih baru Putih)





Harap2 proses kali ni berjaya, nanti kalau ada
update dari Mama Zaza kita bagitau ok ;)

Wednesday, April 11, 2012

BROWN vs Public Holiday !






MEMBUTA !!! 

Tuesday, April 10, 2012

Prihatin

Seronok bila ada yang sayang kita, 
ambil berat pasal kita kan..
Kalau manusia yang buat camtu, memang best..
Tapi kalau anak bulus yang buat camtu, lagi best ! 

** Rasa terharu masa balik keja tadi,
Manje jemput saya dari kereta,
dia siap masuk dalam kereta ..
Mungkin kalau dia boleh berkata kata, dia
akan cakap, "ibu, meh Manje tolong bawak kan beg ibu" atau 
"ibu, penat ke? nak Manje dokong??" **




hehe,, tapi takkan jadi kenyataan kan semua tu..
Kita imejin sendiri jela..



sayang anak2 bulu semua, kawan2 punya pun saya sayang ! ;)


p/s : manje memang anak yang prihatin, even kalau
adik beradik dia yang lain kena mandi dalam bilik
air sambil menangis, dia pun mengiau kat 
depan pintu bilik air. pastu tunggu je kat situ
sampai budak tu keluar.. hai manje, 
untung ibu kalau kamu ni manusia,,
penyayang sangat tau !

Monday, April 9, 2012

Baby Brown :)

hai, hari tu dah janji dengan korang kan nak cite
pasal budak Brown ni, maka hari ni KM tunaikan ye ;)



Asalnya macam ni, satu tengah hari (Jumaat),
ibuKM nak balik rumah masa lunch ,,
singgah jap kat 1 kedai runcit ni..
nak belikan wetfood untuk
bebudak KM kat rumah,..
tup2 ternampak si kenit ni main celah tong
sampah kedai tu
(kedai ni juga menjual bahan basah spt ikan, ayam, etc.. )

Alang2 dah beli wetfood bebudak Km,
belikan sekali untuk si kenit ni..
Kesian tengok dia keliling tong tu macam cari makan,...


Bagi lah dia makan , kat luar kedai tu..


(VIDEO)




tengok cara dia makan pun
tahu dia lapar sangat.. takpe, rezeki dia kan.. 

Dah siap makan, tengok dia nak berjalan jalan pulak.
kiri kanan jalan besar, 
ibuKM usha2 gak kalau ada kucing lain
ibu nya ke, adik beradik nye ke..
Aaahh, takde pulak.
ibuKM masuk keta..
Tapi tak sampai hati, kesiaaaaaaannnn
sangat ! okay, angkutlah budak kenit ni
dengan plastik wetfood tadi..
Letakkan dia kat tempat letak kaki belakang,
drive balik rumah dengan pantas !


 



Sampai je rumah, cuba introduce dia
kat bebudak KM.. hurm terus kembang2
bulu dia, menyeringai taknak berkawan. Haish, 
sementara ibuKM bagi bebudak KM makan,.
masukkan dia dalam
sangkar bebudak KM..
kot2 lah dia boleh belajar kenal bau bebudak tu.


(VIDEO)





Malangnya, dia tak suka.. marah terus. Takpela, 
bawak dia balik rumah mertua (bilik saya)

Sediakan dia tempat tido, (plastic box letak tuala gebu)
Taknak dia duduk dalam tu, terjenguk kepala nak memanjat keluar..





Dapat keluar dia pergi atas karpet,
baring buat muka kesian..



Alahai, pandai sungguh budak ni tau !
Tetiba dia bangun, garu2 karpet .. Ah sudah !
Cepat2 masukkan dia dalam jamban dia, dan.....





Aaaaarrrgggghhh, lega ! !
Nasib baik cepat kan,
(walhal dalam masa 3hari berlalu ni,
dah 2 kali dia pee atas katil saya)
dan 1 kali poo poo atas karpet,
comel kan??) takpela , sayang punya pasal   = ( 

Pastu fikir cara lain, buat katil dia..
Amik kotak, potong2 adjust sikit.. Tukar tray besar sikit
untuk jamban dia,
dan tinggal dia dalam bilik sengsorang
nak tengok apa hasil nya..
lama jugakla dalam 30minit,
dalam pada kena tinggal tu 10minit dia nangis panggil2,
tapi ibuKM wat dek jer, 
tunggu je kat ruang tamu..
Tup3 dah senyap .. pergi la jenguk..



DAH TIDO !! 


Bertuah punya budak, mau pilih katil best punya !

Katil kenit tamau ... huhuuu..tatau camne
dia panjat naik, tau2 dia dah ada kat atas tu..
Okay, biarkan dia pastu pergi wat keja lain...




Malam tu, nak tido paksa jugak
dia tido dalam kotak dia.. Walaupon berkali2 dia 
menangis, memanjat katil, last2 tertido jugak dia sampai pagi.. 
dalam kotak dia..


Bangun pagi, intai dia dulu.. Tengok2 ,



Brown tengah mamai.. huhuhuuu..


Mengada betul budak kenit ni !!





Okay, cukupla cerita pasal Brown hari ni.. 
Nanti korang bosan pulak kan.








BROWN cakap : Hai tawan2, calam kenayan :)




name tite bwaun ! umo tite tatu mulan tot ..
ibu tite adak2 der.. tite awek tau, 
waupon name tite matam boboi..
tebab buyu tite wane toklet, ibu
tite badi yah name tu.. tapi
di inlish tan titit :)
otey, dangan tegeyat yidah tau ! bai..

Biar Tangan Kak Manje Penyek !


































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !