KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Tuesday, December 17, 2013

Keluarga Kucing Malaysia (MENCARI KELUARGA BARU)


Assalamualaikum...










Alhamdulillah bebudak KM sihat je..
makin gemok terutama nya Putih 
lepas bersunat. Si Aboo n Yen-Yen 
ni anak pada Putih tu. Dah dekat 8 bulan
umur dorang.. Dah boleh hantar spay.
Kecenderungan untuk menggatal belum
nampak lagi cuma better be safe than sorry kan ? ;)
 
 
 
 
 
LATEST UPDATE ::

Assalamualaikum semua,,
Saya Yana dengan berat hati nak beritahu yang bebudak KM
perlu mendapatkan tuan baru sebab mereka dah kurang terjaga.
Yana akui sejak dah ada anak, masa untuk mereka kurang.
Makan minum tak tentu masa, kadang terlewat hingga tengah hari baru makan pagi.
Minta kerjasama kawan2 sebarkan perkara ni..
Yana ada iklankan tentang mereka di Petfinder.
Yana harap mereka dapat hidup baru yang lebih baik,
dari kehidupan sekarang... Insyaallah.
 




Friday, October 25, 2013

JUALAN SMARTSIFT CAT SIFTING PAN & WOOD LITTER

Assalamualaikum semua...
 
 
 
ibuKM minta maaf sebab dah lama tak update blog ni..
ibuKM dalam pantang melahirkan anak sulung
bermula hujung Sept ritu.
Jualan Smartsift & wood litter
juga berhenti sekejap.
 
 
Tapi ada juga permintaan melalui email,
phone & sms.. Tetap ibuKM layan selagi ada stok nya.
 
Untuk SMARTSIFT CAT SIFTING PAN masih
ada 3 UNIT dalam tangan ibuKM.
Harga masih sama RM 150 SEUNIT tak termasuk pos.
Kalau pos dalam Semenanjung cas nya RM 20 seunit,
Sabah Sarawak RM 30 seunit.
 
 
 
Wood litter belum ada stok.. kena ambil dari supplier
lepas pantang nanti awal bulan 11.
Harga nya RM 80 untuk 20kg, kalau repack RM 5 sekilo.
 
 
 
Jadi pada sesiapa yang berminat, boleh lah
hubungi ibuKM @ Yana
SMS / CALL : 0176118144
email pun boleh tapi takut lambat reply.
 
 
 

Wednesday, September 18, 2013

PUTIH Suka Sup Ikan ;)

Assalamualaikum..




Putih selalu jadi kucing yang beruntung sb kalau dia sakit
selalu dapat layanan paling baik.. makanan paling sedap
bagi seekor kucing. Yang terbaik ..


Sejak hari kedua lepas kembiri Putih dah start makan..
ibuKM bagi dia ikan rebus. Selera betul dia makan... dan tentu nya
ikan rebus tu berkuah. IbuKM lebih suka nama kan ia
SUP IKAN ...


masa dia beranak dulu pon, itulah makanan dia..
kalau ada lebih baru ibuKM bagi bebudak KM yang lain.
tapi dalam seminggu dua yang pertama jela. Bila
dia dah kuat ibuKM bagi je makan kibbles. 
Kira lauk berpantang lah kan... hehe.
dah selesai back to normal routine lah ;)


Sini ibuKM share kan video Putih minum sup ikan tu ye..
untuk tatapan mereka2 yang slalu tak lupa jenguk blog
picisan ni... terima kasih







Saturday, September 14, 2013

PUTIH DAH SELAMAT DI KEMBIRI @ SPCA Ampang Jaya

Assalamualaikum,




Berdasarkan tajuk, ye, Putih dah selamat di kembiri. Alhamdulillah... Lega rasa nya.
Tak jadi kembiri semalam, kembiri pagi ni. Sebab nya, mula2 ibuKM book dengan klinik tempat biasa kembiri and vaksin bebudak KM tu. Kos nya RM 150-RM 180 seekor. Dah book konfirm2 last2 teringat nak call Klinik Kembiri SPCA Setapak tu. Dah menjadi rezeki, dapat book untuk kembiri pagi ni (Jumaat) dengan kos RM 100 (termasuk vaksin bulan 11 nanti). Dah dapat jimat RM 70-RM 100 kan. Dapat simpan beli makanan bebudak KM yang bakal habis hujung bulan nanti. Dan insyaallah lepas ibuKM melahirkan dan habis pantang nanti, nak book untuk anak2 Putih pulak. Sekor jantan kos nya RM 80 dan betina RM 100 (termasuk vaksin). Kalau yang tak pernah vaksin, sebulan sebelum operation kucing akan di vaksin dulu. Kalau dah vaksin, kena tengok lah bila next vaksin dalam kad kucing tu. Koman2 sebulan selepas operation dah boleh vaksin.


Dan untuk pengetahuan semua, (kot ada yang dah tahu) klinik kembiri ni terletak di sebuah banglo di AMPANG JAYA. Bukan dekat Setapak. Berdekatan SPCA Ampang Jaya (sekarang di tutup untuk renovation kot sebab pagar nya tutup)


Bawah ada gambar, serba sedikit untuk korang yang nak ke klinik kembiri ni. Dan jugak gambar Putih yang masih lagi bingung akibat kesan bius.



Klinik kembiri SPCA banglo type.. 
ubat dan kertas cara penjagaan




Putih yg masih bingung.. kesan bius
Mundar mandir dlm sangkar


Bangunan SPCA AMPANG JAYA.
under construction kata nya






Wednesday, September 11, 2013

PUTIH AKAN DI KEMBIRI ESOK !

Assalamualaikum,



Minggu sudah start hari Khamis macam tu kot, Putih on heat. Sampai lah kelmarin..Semalam tak dengar pape bunyi dah, dah okay lah tu. Kesian dia, dalam pada on heat tu memang langsung ibuKM Tak bagi dia keluar. Kurung je, sebab takut dia ehem2 lagi nanti bertambah bebudak bulus. Bukan taknak cuma takut tak menang tangan nak membela lagi2 dengan ahli keluarga ibuKM yang bakal bertambah dalam masa terdekat ni. Jadi, ibuKM ambil keputusan sebulat hati KEMBIRI kan dia. Dan alhamdulillah, dah booking pun. Petang ni balik kerja dah boleh hantar dia.. malam ni klinik tu puasakan dia esok dia kembiri. sebab anak2 Putih pun dah menginjak remaja tu, dah masuk 5 bulan September ni. Phew, sekor jantan sekor betina.. Kos dalam RM 300 lagi kena ada dalam tangan. Takpe, selesaikan ibu nya dulu. Insyaallah ada rezeki bebudak tu nanti. So, ibuKM letak sekeping gambar Putih dalam kereta semalam masa pihak majlis perbandaran sembur asap bunuh nyamuk Denggi tu, kesian plak nak kurung dia sekor2 je dalam sangkar, bawak dia masuk kereta. Bebudak lain semua lepas pandai2 lah diorang cari tempat menyorok sementara. 








Friday, August 30, 2013

PUTIH di ambil orang & KICHAN menghilangkan diri

Assalamualaikum,




Semalam tengah hari ibuKM lepaskan bebudak KM main luar rumah.. Dalam kul 1 petang macam tu bukak kan sangkar. Lepas tu terus pergi kerja. Kat rumah memang takde orang sebab semua keluar ada urusan, biasa nya ada ibu mertua di rumah. Petang balik kerja, nampak anak2 Putih main2 tepi pokok2 depan rumah, nampak Tomei mengantuk & Manje berlarian dalam rumah. Putih & Kichan takde. Biasa nya Kichan akan duduk dalam rumah je sebab dia memang penakut, jarang dia keluar lama2. Koman2 pun sekejap je pastu berdesup mausk rumah balik.


Nak jadikan cerita, waktu Mahgrib tu memang tak nampak pun kelibat budak 2 ekor ni...
ibuKM takde pergi cari jauh2 pun dengan boyong gini panggil depan rumah je. Tak balik2 jugak, dalam 7.40malam suami balik dia duk sambung cari. Tak jumpa jugak, panggil pakai mangkuk wetfud pun tak balik. Hati dah mula risau, bukan apa.. Kichan tu dahla penakut yang hamat, kalau Putih tu pandai jugak lah dia wat muka selamba dia nanti.


Malam tu dalam jam 8.30 kami lepak dalam kereta, pasang ekon sambil sembang2 pasal budak berdua ni kemana menghilangnya.. Mungkin di ambil orang, mati dilanggar kereta ke, kena angkut dengan pihak majlis ke kot ada orang buat aduan... Macam2 persoalan yang timbul. Dalam pada bersembang, suami bangun kan badan nak betulkan kedudukan terus ternampak Putih dekat kawasan parking sebelah kereta kami. Meluru dia turun dan belek Putih, Putih pun tak lari sebab dia memang tak takut orang.. Suami kata Putih dah tak pakai rantai kami beli tu, tapi berganti dengan rantai yang diperbuat dari tali rafia di ikat dengan loceng dari rantai lama & kulit kerang. Haish, siapa lah yang teringin kat Putih ni kan.. Sampai sanggup tukarkan rantai segala.. Padahal rumah kami lah yang memang diketahui ramai orang sekitar situ ada banyak kucing, dekat 15 ekor bukannya tak bertuan yang dia suka2 nak ambil sewenangnya..


Terus suami masukkan Putih dalam sangkar sambil Putih buat muka blurrr.. Dia memanjang blur je pun. Tapi takpelah asalkan dia balik dengan selamat, anak2 Putih pun datang gesel2 kat dia, rindu lah tu. Pastu misi kami mencari Kichan.. Bawak lampu suluh, keluar masuk kawasan blok dan merata berjalan di kawasan parking. Masih takde bunyi atau suara Kichan. ibuKM dah kepenatan, berbisik sendiri "Ya Allah, andai Kichan masih lagi rezeki kami, pulangkan lah dia dalam keadaan selamat.." dan terus masuk rumah lepas kunci sangkar. Suami masih lagi menyuarakan kebimbangan dia, sebab Kichan memang kami tak yakin dia boleh hidup macam kucing2 jantan lain kat luar sana. Yang berani berlawan untuk meneruskan hidup.. Yang mampu berdikari. Tapi ibuKM cakap pada suami, kita tunggu je. Kalau dia masih hidup, dia akan balik sebab lapar. Dia takkan pergi jauh. Kalau ada rezeki kita bela dia lagi, insyaallah dia balik. Kita tunggu je...


Pagi ni, sedang suami bersiap panaskan enjin motor, Kichan balik......... Mengiau kelaparan tapi jalan nya bertingkek tingkek. Bergaduh mungkin, kena pukul mungkin. ibuKM terus capai ikan goreng lebihan semalam dari peti sejuk, kopek2 dan bagi dia. Bising mulut dia makan, lapar sangat lah tu. Habis separuh ekor dia makan.. tapi, asal ibuKM campak kan cebisan ikan tu, dia ambil dan bawak lari ke bawah kereta. Entah apa di takutkan. padahal selama ni, dia sanggup tunggu depan2 tangan kita takkan jauh macam tu. ibuKM minta adik ipar belek2 kan kaki dia yang bertingkek tadi, kot ada kesan kena gigit anjing ke, tengok2 memang ada kesan gigit dekat atas jari kaki kiri dan macam bengkak sikit.
Siap Kichan makan, ibuKM masukkan dia dalam sangkar dan terus bergegas siap nak pergi kerja. Dah dekat jam 8pagi, dari dalam kereta ibuKM nampak Manje jilat2 Kichan.. Mungkin bagi nasihat pasal tak balik malam tadi. Manje memang rapat dengan Kichan, sanggup dia jilatkan taik mata & bersihkan bulu Kichan selama ni. Malam tadi pun memang nampak muka dia macam tertunggu Kichan balik.


Apa pun dorang berdua ekor dah selamat, tengah hari nanti ibuKM balik baru belek semula kaki Kichan untuk letak ubat ke apa ke. tapi takde darah pun, cuma kena pantau lah 2,3 hari ni.

Wednesday, August 14, 2013

Assalamualaikum,



Harini dah masuk Syawal ke 7. Banyak ke anak2 bulus korang dapat duit raya? bebudak KM tak dapat pun sebab balik2 beraya kat rumah sendiri je.. hehe. Masa raya haritu memang tak hantar diorang boarding pun. Duduk lah korang kat rumah, ibuKM siap2kan makanan dan air banyak2. Bajet nak duduk kat kampung dari Rabu malam sampai Ahad malam (kira 5 malam jugak lah) tup2 Jumaat malam kami dah bergerak balik ke rumah sebab tak keruan memikirkan bebudak yang ditinggalkan. Sampai2 ibuKM lega tengok makanan masih ada cukup stok 2-3hari lagi (letak sebalang) TAPI air nya dah kering kontang ! Lega jugak sebab dah balik masa tu, bebudak dah bising2. Ingatkan sebab apa, letak air masing2 terus terpa sambil minum dengan rakus nya.. Kesian diorang. Pastu baru masing2 senyap amik posisi nak tido. Terbayang macam mana bebudak bulus kes Petknode dulu tu, yang kering sekering nya bekas air pun takde. Makanan apatah lagi. Sampai menemui ajal..... 


Berbalik pada tajuk, ye penjualan SMARTSIFT CAT SIFTING PAN dah memasuki BATCH KE 6. Alhamdulillah, rezeki bebudak ni. Memang meniaga sikit2 ni untuk cari duit topup untuk makanan diorang pun. Yelah, sekarang makanan kering yang elok2 sikit beratus harga nya stok sebulan, dah 6 ekor ni kan. Anak2 Putih tu pun boleh tahan selera makan nya.. Macam yang dewasa jugak. Koman2 sekarang kena letak 2 cawan sekali makan. 2x makan : 4 cawan. Itu belum campur kot2 hari minggu nak beli kan ikan buat rebus.. Selalu ibuKM beli ikan yang sepinggan RM4 tu ada dalam 5 ekor TAK CUKUP ! Paling2 pun kena 10 ekor. Yelah ikan banyak mana sangat isi dia kan. Lagi2 kucing memang suka ikan. Tapi seronok lah tengok diorang menjilat jari lepas tu kan, walaupun kerja nak sediakan ikan tu renyah, dengan nak rebus, asing isi dari tulang. 


So, pada yang berminat nak beli 
bolehlah hubungi ibuKM @ YANA : 017 611 8144
Kalau malu, boleh berhubung melalui email : yanapinggiran@yahoo.com.my







HARGA MASIH SAMA
RM 150 SE UNIT 
(COD)

Kalau nak poskan (dalam Semenanjung)
tambah RM 20 untuk se unit,
Kalau nak poskan (Sabah & Sarawak)
tambah RM 30 untuk se unit.



Monday, August 5, 2013

SMARTSIFT BATCH 5 & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA

SMARTSIFT BATCH 5
Buyer 1 : CIK KUYA COD @ BHP Petrol Batu Caves
Buyer 2 : CIK AMY COD @ BHP Petrol Batu Caves
Buyer 3 : KAK NOREMAH @ POS ke PERAK
Buyer 4 : KAK ZARINA @ POS ke PERAK
Buyer 5 : KAK MARIATI COD @ BHP Petrol Batu Caves




Ye, selesai sudah batch 5. Boleh la bercuti... Untuk menyambut Syawal yang bakal tiba :)

Pada kawan2 KucingMalaysia, kami ahli KM mengucapkan 

SELAMT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN !!!!

Friday, July 19, 2013

CUSTOM MADE CAGE

Assalamualaikum,



Dah lama tak menulis kat sini.. dah lama tak ambik gambar bebudak KM. Anak2 Putih pun dah besar berlarian sana sini. Pandai pulak setiap kali ibuKM nak tangkap diorang masuk sangkar dia lari laju2 masuk bawah kereta. Yelah, budak kecik senang lah mencilok kan. Nakal nya nauzubillah. Panjat sana sini, lompat, panjat meja, panjat pokok. Yang si Abang lah mengajar, si Adik ikut je. Diorang takde nama lah. Panggil Abang & Adik je boleh tak.. 



Back to topik, ibuKM kan nak pindah rumah tak lama lagi.. Jadi bebudak KM akan duduk dalam rumah je. Dah tak boleh main atas tanah macam sekarang sebab rumah atas angin. Tak tinggi, tingkat 1 je pun tapi dah nama pun rumah flat, mana boleh suka2 hati lepaskan diorang,. Buat nya bergaduh ke, lepas hajat kat depan rumah orang ke, selongkar tong sampah orang ke, kan naya kalau dapat tuan rumah yang aniaya binatang tu disepuk ke terajang tak pasal2 pulak jadi kes kan. 


So, ibuKM decide nak buat sangkar dalam bilik paling kecik.. Rumah ada 3 bilik. Bilik kecik ni memang dah di fikirkan nak letak bebudak ni.. Separuh dari keluasan bilik tu kalau boleh nak bagi diorang je. Kesian pulak nak letak ramai2 dalam sangkar kecik tu kan. Walaupun 3 tingkat tapi tetap lah sempit lagi2 dah ada anak kecik 2 ekor tu. ibuKM nak buat macam dalam gambar ni.. Sapa2 pernah buat dan tahu agak2 kos nya atau ada idea yang lebih baik serupa macam ni dari segi material nya boleh lah kongsi ye.. 







(gambar GOOGLE)

Thursday, July 4, 2013

SMARTSIFT CAT SIFTING PAN BATCH 5

SMARTSIFT BATCH 5
Buyer 1 : CIK KUYA COD @ BHP Petrol Batu Caves
Buyer 2 : CIK AMY COD @ BHP Petrol Batu Caves


Buyer 3 : KAK NOREMAH @ POS ke PERAK




Assalamualaikum,

Rasa nya macam dah tak larat sangat nak handle barang2 ni..
Faham2 jelah box ni besar, nak plak ibuKM sorang2 buat semua.
Selain dari bawa nyawa lain dalam perut ni, risau juga kalau2 
terlebih lasak dan mengakibatkan kecederaan. Tapi insyaallah
kalau ada yang berminat masih boleh hubungi ibuKM, 
kita akan deal sebaik mungkin cara terbaik untuk berjual beli 
ye. Apapun terima kasih pada semua pembeli2 sebelum ni.
Baik yang pos mahu pun COD.








Wednesday, June 26, 2013

Dah Boleh Dah Kot??

Assalamualaikum,



Masuk hari ni dah 2 bulan lebih usia anak2 Putih bermakna dah 2 bulan lebih jugak Putih melahirkan.
Anak2 nya tinggal 2 ekor tu lah, yang sulung putih tompok oren tu dengan yang bongsu warna kelabu.
Dua2 nya masih sihat walafiat. Oren tompok tu sangat aktif, pantang dapat keluar dari sangkar, melompat sana sini, panjat2, seronok tengok keletah dia. Yang kelabu tu baru2 nak aktif, dia blur2 sikit. kadang2 dia duduk2 je, sebab betina kot. Tapi alhamdulillah, dia pun sama naik kalau datang mood dia.
Takde gambar hatta video diorang yang terbaru. Nanti nak bagi korang tengok cemana gaya die ekor berdua bila nampak ibuKM balik kerja, nak lepas dari sangkar. Huru hara dalam sangkar tu.. 


Berbalik pada tajuk eh, rasa nya si Putih dah boleh kot di kembiri kan??? Tapi dia masih susu kan anak dia, boleh ke snip selagi ada susu ek? dan adakah dia akan berubah mengabaikan anak2 dia bila dah snip tu? Pelbagai persoalan timbul.. tapi rasa nya memang nak segerakan sebab dah tak sanggup nak biarkan dia bunting lagi, pastu menghadapi kematian anak2 kucing lagi.. Sakit hati rasa nya sebab diorang sihat super aktif je masa baby, dari lahir.. Pastu tup2 sakit + meninggal kan dunia.. Kos kembiri betina kat sini masih lagi RM 140 seekor, tinggal 1 malam esok nya boleh dah bawak balik. Tak payah letak ubat pape, just kurung dia dalam sangkar barang seminggu supaya luka sembuh pastu dah boleh lepas kan. Pastu takyah dah pening ibuKM takut2 nak lepaskan Putih luar rumah.


Dah la pagi tadi ada sekor kucing jantan datang menggarok depan rumah, memanggil2 betina2 yang ada kat rumah tu. Desperado sangat ! Siap tunggu terjengket sikit2 datang pastu terkam leher salah sekor betina tu. Masa tu Putih dalam sangkar lagi, so selamat lah kan. Tapi si Putih dok usha gak jantan tu dari dalam sangkar. Risau punya pasal harini Putih kena babysit anak dia je, takleh keluar. Maaf ye Putih. 


So, tu lah nak minta info dari kawan2 gak ah.siapa ada pengalaman camni kan.. Share kan dengan ibuKM. Selain dari ibuKM minta tolong Encik Google. Assalam..


(jerebu dah berkurang, alhamdulillah, bebudak KM sihat2 aje)

Monday, June 24, 2013

Jerebu Sana Sini !

Assalamualaikum,




Jerebu dah beberapa hari melanda negara kita, Malaysia. Asal nya dari Indonesia. dah merebak ke serata negeri, haish. Bebudak KM semalam tak keluar pun, Sebab jerebu kuat kan. Dorang pun lemau je nampak nya. Hari ni pagi tengok macam dah kurang, so lepaskan diorang. Tapi sekarang tengok kemain tebal jerebu kat luar ni ! Adoi, apa cerita agak nya bebudak tu.. Harap2 dorang pandai lah cari air, dan main dalam rumah je.. waktu2 macam ni, kena banyak2 minum air masak tau. 

Okay, selamat bercuti pada yang dapat cuti.. ibuKM kena kerja. yelah duduk dalam ofis je kan, tak effect sangat pun, tapi mask pakai jugak ok. 


SMARTSIFT BATCH 5
Buyer 1 : CIK KUYA COD minggu ini @ BHP Petrol Batu Caves

Monday, June 17, 2013

Yang Pergi Takkan Kembali..

Assalamualaikum,







Dua ekor di atas telah pergi meninggalkan keluarga KM.. =(
Semoga mereka lebih tenang di sana..

Wednesday, June 5, 2013

SMARTSIFT : SELESAI SUDAH BATCH 4 & BATCH 5 KINI DI BUKA !! :)


Assalamualaikum,





Alhamdulillah, selesai sudah BATCH 4 jualan 
Smartsift Cat Sifting Pan aka CAT Toilet tu..
Yang terakhir di jual kepada Nuris, semalam.. 
Thanks Nuris.


BUYER BATCH 4 : 

1) RAHIMAH : Ipoh POS
2) ASILAH : Batu Berendam POS
3) YAN : Ukay Perdana COD
4) KHAIROL : Batu Pahat POS
5) NURIS : Taman Melati COD


Dan di umumkan BATCH 5 
jualan 
SMARTSIFT CAT SIFTING PAN 
kini di buka. 


Stok memang dah ready.. Tinggal tunggu pembeli je. 
Dan pemberitahuan ye, sesiapa yang berminat 
SILA SMS pada saya YANA : 017 6118144 @ 
email pada yanapinggiran@yahoo.com.my 
untuk detail lanjut. Kadang2 ada yang tinggal komen 
dekat entri berminat nak beli tapi saya buka profile 
dia takde email @ telefon no. Jadi susah saya nak 
detail pada anda.


Harga masih sama ye, RM 150 SEUNIT. 
Tambahan RM 20 di kenakan untuk pos 
dalam kawasan Semenanjung Malaysia, 
manakala RM 30 untuk Sabah & Sarawak.

Monday, June 3, 2013

SMARTSIFT BATCH 4 & Anak2 Putih Cirit Birit

Assalamualaikum,




Di bawah adalah senarai terbaru untuk 
SMARTSIFT CAT SIFTING PAN aka CAT TOILET 
untuk Batch 4 ni. Tinggal lagi 1 unit, READY STOK 
ye kawan2. BATCH 5 akan di buka SOON.
First come, first serve ... Tak susah, email @ SMS 
saya dan saya akan reply details pembelian, 
nombor akaun & cara2 nya. 


BUYER BATCH 4 : 

1) RAHIMAH : Ipoh POS
2) ASILAH : Batu Berendam POS
3) YAN : Ukay Perdana COD
4) KHAIROL : Batu Pahat POS


Pasal anak2 Putih tu pulak, dah pandai cirit birit.. 
ibuKM cuma bagi diorang makan RC Babycat tu je, 
tapi ada gak baca review owner kekucing lain, 
diorang kata kitten ni mula2 memang akan macam tu. 
Nak biasakan perut diorang + jangan bagi susu / air 
sebab kibbles tu dah cukup lengkap. Macam baby 
manusia lah, sebelum 6 bulan susu ibu nya saja 
DAH MENCUKUPI. Tak payah gatal2 bagi makan lagi. 
Lepas 6 bulan boleh lah start dengan puree ke nestum ke. 
Tapi still campur susu ibu, bukan air teh ke kopi ke, 
eh, dah masuk topik manusia plak..
Padahal blog kekucing. hehee


So, solusi nya, ibuKM kurangkan dosage makanan dorang. 
Dari sehari 2 x kepada 1 kali je. Bebudak tu pun tak 
BERMINAT dah dengan RC Babycat tu, cium2 blah ! 
Ada ke patut ! Ada yang suggest bagi wetfud, 
tapi alamak ibuKM taknak ajar lah. Takut diorang 
biasa nanti, leceh la asyik bagi wetfud je. Brown dulu 
pun ada gak cirit birit, tapi lama2 dah ok makan 
kibbles tu. Harap2 bebudak ni pun sama lah  ye.. 



Okeh, sekian bebel pagi ni. 

Monday, May 27, 2013

SMARTSIFT CAT SIFTING PAN : BATCH 4 !

Assalamualaikum,







Alhamdulillah, masih ramai yang berminat nak beli Smartsift Toilet ni dari ibuKM. Rezeki anak2 bulus tak pernah putus kan.. Insyaallah. Dan pada yang bertanya, maaf lah ada ketika lambat jawab sebab awak tanya hari Sabtu / Ahad memang ibuKM tak online. Isnin - Jumaat je online kat ofis..
Semua pertanyaan hari minggu akan di balas pada hari bekerja ye :)


Berbalik pada tajuk , BATCH 4 dah lama buka.. Dari 3 April lepas. Tapi penjualan agak slow sebab ibuKM ada masa nya tak dapat deal masa dengan buyer, ada hal, balik kampung etc..Dan juga sebab bawak perut yang semakin membulat ni, agak susah nak angkat2 barang besar dan berat. Tapi insyaallah kalau ada buyer, ibuKM akan cuba minta tolong sesiapa temankan untuk COD @ POS.


Di bawah ialah buyer BATCH 4 setakat ni :
SEKARANG SEMUA BARANG READY STOCK TAK PAYAH TUNGGU MACAM SEBELUM NI


BUYER BATCH 4 : 

1) RAHIMAH : Ipoh POS
2) ASILAH : Batu Berendam POS
3) YAN : Ukay Perdana COD




HARGA MASIH SAMA
RM 150 per unit
(tambahan RM 20 untuk pos Semenanjung Malaysia,
Sabah Sarawk mungkin ada pertambahan lain)

Tuesday, May 21, 2013

Tolong Cadangkan Nama Boleh Tak Kawan2??

Assalamualaikum,




Bebudak kecik ni, BELUM ada nama agi. 
Kesian dorang. Kengkonon masa dorang lahir ritu 
dah fikir siap2 nak buh nama apa, tapi end up 
tak panggil2 pun. Mana tau korang2 ada 
cadangan nama best2. 
Kalau boleh bagi nama yang kacak2 sikit ye, 



meh sini ibuKM cerita serba sedikit pasal 
bebudak ni.. 
Tengok sekor2, dan imejin nama yang sesuai untuk 
mereka2 ye :)


Okeh, yang ni anak SULUNG.. 
JANTAN
warna putih tompok2 oren, bulu pendek
Sangat innocent, paling lambat pickup tapi
cepat nervous, macam KICHAN





Yang ni pulak anak KEDUA..
BETINA
warna putih telinga kelabu
Macam teddy bear, bulu separa panjang
paling manja
sangat gedik, macam PUTIH





Yang ni anak KETIGA
JANTAN
warna putih tompok hitam, bulu pendek
selalu buat muka blurrr, behave
pendiam
macam TOMEI





Ni anak BONGSU
BETINA
warna kelabu, bulu pendek
aktif, paling cepat belajar benda baru
kuat makan, 
macam MANJE

Ye, anak2 ni semua ada karakter macam mummy & 
pakcik makcik dorang...
Cuma takde yang spesel macam Brown ;(

Okeh2, jom2 bagi idea .. Terima kasih! 


Monday, May 20, 2013

Sempena Berumur Sebulan

Assalamualaikum,



Anak2 Putih dah berumur sebulan semalam 
(Ahad, 19.5).
So, ibuKM decide nak ajar diorang makan. 
Diorang pun dah mula main sendiri,
perlukan tenaga lebih. Takleh bergantung pada 
susu ibu je.

ibuKM beli RC Babycat, sama macam beli untuk 
Brown sebelum ni. (aahh rindu Brown)
Dan bermula lah sesi perkenalan bebudak ni 
dengan kibbles. Taknak bagi wetfud sebab takut 
diorang berak cirit. 




Penerimaan diorang?? Suka lah dapat makan.. !
Bau2 kemain lagi, tapi masih tak pandai so diorang 
jilat tepi2 bekas
dulu.. Pastu ibuKM tonyohkan muka sekor2 kat 
kibbles tu baru
tau terjilat pelat sambil kunyah kibbles tu.. 
Bila dah pandai, ha 
masing2 makan macam kan lapar sangat lagi2 yang 
warna Kelabu tuh !
serba serbi pandai dia tuh, walaupun dia yang bongsu, 
tapi dia paling 
cepat pandai segala. Masa awal2 dulu, 
dia dulu pandai main, pastu
pandai lari2, pastu pandai mengamok ! 
Biasa dia tuh !

Dan alhamdulillah, lepas dorang makan, 
malam tuh ibuKM nampak ber ketol ketol 
'taik kambing' dalam cage dorang. hehe. nasib baik
 jenis ketol & tak basah, tak kuat bau
senang je kutip, kalau tak haru weh....



: esok cite pasal bebudak ni berkenalan dengan 
pakcik mokcik dorang eh :) :


Friday, May 17, 2013

Dah Mula Melasak !

Assalamualaikum,



Meh tengok video anak2 Putih bergusti.. Lasak nya diorang sekarang, 
ibuKM je yang tau..Suka sangat dapat lepas dari sangkar. 
Kalau masukkan dorang dalam sangkar, menjerit2 protes nak keluar
lagi2 kalau tengok mommy Putih dorang ada kat luar sangkar..
Banyak akai budak2 ni !




Wednesday, May 15, 2013

Susah Nak Dapat Gambar Elok ..

Assalamualaikum,



Disebabkan anak2 Putih ni tak reti duduk diam.. 
Korang tengok jelah gambar diorang yang kabur ni. 
Gambar di ambil masa diorang tengah bermain sesama 
sendiri. Haiz, tak lama lagi dah nak sebulan umur dorang. 











Bila ek boleh ajar dorang makan ??

Monday, May 13, 2013

Babies @ Day 25

Assalamualaikum,



Babies aka anak2 Putih dah berumur 25 hari, 
hari ini 13.5.2013..
Phew, dah mula melasak.. Pandai main dan 
pandai berjalan terkontang kanting.
Dah pandai meround kawasan2 sekitar, sambil mulut 
mengiau tak henti. Nak suruh bergambar pun susah.
dah tak duduk diam. Nama pun tak letak lagi, 
entah nak bubuh nama apa eh. 
nanti dorang dah 2 bulan boleh masuk sangkar besar tuh.. 
Duk ngan pakcik makcik dorang eh.

Thursday, May 2, 2013

Kutu Kucing Bikin Onar ! Cara Hapuskan?

Assalamualaikum,




Kebanyakan kucing mesti akan ada kutu. Terutama nya kucing liar, kucing jalanan atau kucing yang tidak dijaga kebersihan dan kerapian oleh tuan nya. Bagi kucing jalanan yang sememang nya tak bertuan, dapatlah dimaafkan sekira nya berkutu. Tak mungkin mereka pergi grooming & request ubat kutu kan ?
Tapi, kalau kucing bertuan tapi masih berkutu, ada 2 je punca nya
i) Tuan nya tak ambil kesah, hanya bagi makan minum & bela sebab suka nak bela
ii) Tuan nya ambil kesah, ada belikan ubat atau syampu kutu tapi TAK BERKESAN !

Ha, ada beza tau untuk 2 punca di atas.. Untuk punca pertama rasa nya tak perlu lah fikir banyak sebab tuan nya sendiri tak ambil kesah, melainkan korang ada bajet lebih seikhlas hati bawak kucing tu pergi grooming @ mandikan kucing tu setiap minggu dengan syampu kutu sampai kutu hilang.

Tapi kan, ibuKM cukup puas hati dengan BREWER YEAST. Apa itu Brewer Yeast? Kira macam vitamin @ ubat tambahan untuk kucing sedari kitten sampai lah adult. Fungsi utama dia untuk menghilangkan @ menjauhkan kutu dari badan kucing yang memakan nya. Brewer Yeast ni dalam bentuk biji bulat lebih kurang saiz 5sen.

Selain dari mandikan kucing seminggu @ 2 minggu sekali dengan syampu kutu, bagi je kucing anda makan Brewer Yeast ni sebiji @ 2biji bergantung pada berat badan (untuk dewasa) kalau kitten bawah 6 bulan bagi suku je. 6 - 12 bulan boleh bagi separuh. Lepas setahun, ikut berat badan dia. Kiraan berapa berat dan biji diperlukan biasa nya ada di tulis pada label botol. Kalau beli repack, boleh tanya pada penjual.

Macam ibuKM, bebudak KM memang kena makan Brewer Yeast ni setiap hari. Dalam seminggu dah boleh nampak takde kutu sampai sekarang. Alhamdullillah.

Putih kan baru beranak, jadi babies dia entah dari mana lahir2 je dah berkutu. Agak nya dalam perut Putih ada kutu?? errrkkk tak tahu lah kan. Geram je sambil2 duk belek babies tu tengok kutu merayap kat badan masing2. Tapi start hari ke3 ibuKM bagi Putih makan Brewer Yeast 2 biji sebab memang dah tertulis dekat label, ibu menyusu @ bunting BOLEH makan Brewer Yeast ni dan bila anak2 nya menyusu khasiat Brewer Yeast ni akan tersalur pada anak2 tu. Sama macam kita manusia, apa kita makan, itu yang anak susuan kita dapat. Alhamdulillah, 2-3hari lepas tu TAKDE KUTU lagi kat babies tu. Sampai sekarang lah, puas hati. Sebab nak picit kasi mati pun tak guna kan, mesti dia ada telur yang kita tak nampak pastu meletus keluar kutu lagi. Kita ambil jalan mudah la guna Brewer Yeast ni.

So, sesiapa yang ada masalah dengan kutu kucing, SILA CUBA BREWER YEAST ni ye.. memang berkesan, tak susah pun nak bagi diorang makan. Letak je dekat tangan ke dalam mangkuk makanan diorang ke, nanti mesti diorang makan. Ada yang
suka siap mintak lagi. Macam bebudak dapat cokelat :) Brand apa ada kat pasaran tu, wat masa ni ibuKM tau BRAND BYS dengan BRAND EXCEL je. Fungsi sama ye.. Jangan risau. TAPI kalau masih tak hilang jugak kutu kucing tu, SILA BAWA ke vet. Tanya sama doktor lagi bagus. Okeh KLIK SINI untuk entri brewer yeast sebelum ni ;)






COMEY TAK CIK KUTU ????? >.<
















Friday, April 26, 2013

Bila Anak2 Tidur .....




Bila Anak2 Tidur ..... 






Bolehla Mummy Bersantai Santaian ..... 





Susah betul nak dapat tangkap gambar Putih
dengan muka comei, selalu dia kecikkan mata
kalau mata besar pun time dia pandang arah lain
memang tak suka bergambar budak ni...

Sekarang ni asal anak2 dah tidur je, mula lah dia nak
keluar dari sangkar.. 'me time' kata nya.
Pintu sangkar waktu siang ibuKM biarkan bukak
je, senang dia nak keluar masuk.. ada jugak rasa was2 kot2
dia bawak anak2 dia bawah katil.. Tapi nampak nya
macam tak je, sejak dah tutupkan sangkar dia
dengan tuala tu. Mungkin lebih privasi dan selamat 
dia rasa kan.. Harap2 anak2 Putih membesar dengan sihat.


Thursday, April 25, 2013

Ikut Kehendak Putih


Assalamualaikum,



Kan entri sebelum ada cerita yang Putih sibuk 
nak pindahkan anak2 dia ke bawah katil, ibuKM 
cerita kat suami dia kata mungkin anak2 Putih sejuk, 
tu yang dia nak pindahkan.. Sebab kalau kata dia 
rasa terganggu, mana ada orang ganggu pun.. 
ibuKM je pun selalu belek2 anak dia. 
Gentel2 sebab geram sampai menangis bebudak tu. 
hehee
So ibuKM terpaksa ikut kehendak Putih 
(kalau betul dia taknak anak2 dia sejuk) 
dengan mengorbankan sehelai tuala tutup sangkar 
dia macam gambar kat bawah.. dan tambah sehelai lagi tuala jadikan alas. 
Harap2 panas lah sikit dari sebelum nya. 
Mula2 anak2 dia macam tak keruan jugak, 
yelah bau dah lain kan, tapi bila Putih masuk 
sangkar dan susukan diorang, nampak okay dah.
tuala merah masa Putih beranak haritu masih ada 
dalam sangkar, itu jelah pun bau asal yang ada. 
Nampak diorang tidur selesa je masing2 
tergolek sana sini diterima lah tu. kan... 







((Asyik cerita Putih je kan, esok2 lah cerita bebudak lain ye, 
biasalah eksaited dapat baby :)))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !