KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, November 21, 2011

Cerita Hari Minggu..

~~ BLACKWOOD KITTEN NEW STOCK COMING ~~

Selepas lebih sebulan tunggu stok Blackwood ni sampai, dapat jugak. Ada lebihan ProDiet hari tu, campur sekali. Sayang nak buang, . Anak2 bulus pun suka. Manje lepas spay, makan 2 KALI GANDA dari sebelum nya. Camni, alamatnya penyakit yang datang. Tapi makanan dikawal. Rasa nya memang normal bagi kucing yang dah di spay.



8 KG = 2 bulan punya stok

Seronok dapat makan Blackwood semula =)
(Tomei dah sama besar dengan abang dan kakak)





 ~~ PUTIH SUCI, BUDAK MANJA, KUAT TIDUR ~~

"Gadis" ni toilet train, laju jer dia berlari ke bilik air untuk membuang. Alangkah indah nya dunia jika semua kucing adalah begini..Hehehe, Tapi malas nya yg amat. Makan dan tido je kerja nya. Tengokla gambar di bawah tu. Siap berselimut. Kadang2 berpeluk tidur dengan adik2 saya. 

Sesi membuang (Dia tak akan membuang jika tikar itu di angkat/ di alihkan). 
Mengiau terus sampai tikar diletakkan semula. Bijak Putih, =)

Cuba cari mana putih manja saya ?? =)





NOTA SEDIH : Budak kecik yang saya selamat kan tempoh hari telah kembali ke pada Pencipta nya pada pagi Sabtu. Rasa bersalah menyelubungi diri, sebab tak berjaya ...

Thursday, November 17, 2011

MANJE DAH BALIK...

Hai semua, salam hari ceria..

Kelmarin saya dah gitau yang Manje dah dihantar ke klinik untuk menjalani proses KEMBIRI,
dan semalam petang dia dah balik !! Tepat jam 5.30 saya pergi ambil dia..

Macam mana keadaan dia? Urm, nampak sangat baik, masa saya ambil dia sedikit bingung lagi, tiada suara keluar, tapi dia mengiau.. Mungkin dia masih di bawah pengaruh bius. Doktor juga ada kata, dia belum selera makan, mungkin juga dia tak serasi dengan makanan klinik tu. Dia juga berbau "hancing", kata doktor dia
terkencing di tempat tidur. Ye, saya faham itu adalah kondisi biasa bagi mereka yang di bawah pengaruh bius.
(saya dah buat kajian dan banyak membaca sebelum hantar dia untuk di kembiri)

So, bila sampai rumah, adik Tomei tak dapat menerima Manje lagi, mungkin di sebabkan bau lain..
Tak apa, Manje di asingkan dalam cage lain buat sementara. Saya sua kan Blackwood Kitten, alhamdulillah dia nak makan. Lapar rupanya... Saya sediakan air dan litter box.
Selepas makan, saya nampak dia berehat. Saya tinggal kan dulu... Jom tengok kawasan bedah tu.




~~ Manje hari ini 17.11.2011~~



~~ Bergurau dengan adik Tomei ~~


:: saya kembiri kan Manje di Klinik swasta, tiada jahitan luaran. Doktor kata jahitan di dalam, jadi tiada ubatan di bekalkan. dan Manje pun nampak nya sangat sihat, tiada komplikasi. Bermaksud pembedahan BERJAYA ! ::

Kos : RM 140 1 hari 1 malam



************************************************************************************************************


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !