Kelmarin saya dah gitau yang Manje dah dihantar ke klinik untuk menjalani proses KEMBIRI,
dan semalam petang dia dah balik !! Tepat jam 5.30 saya pergi ambil dia..
Macam mana keadaan dia? Urm, nampak sangat baik, masa saya ambil dia sedikit bingung lagi, tiada suara keluar, tapi dia mengiau.. Mungkin dia masih di bawah pengaruh bius. Doktor juga ada kata, dia belum selera makan, mungkin juga dia tak serasi dengan makanan klinik tu. Dia juga berbau "hancing", kata doktor dia
terkencing di tempat tidur. Ye, saya faham itu adalah kondisi biasa bagi mereka yang di bawah pengaruh bius.
(saya dah buat kajian dan banyak membaca sebelum hantar dia untuk di kembiri)
So, bila sampai rumah, adik Tomei tak dapat menerima Manje lagi, mungkin di sebabkan bau lain..
Tak apa, Manje di asingkan dalam cage lain buat sementara. Saya sua kan Blackwood Kitten, alhamdulillah dia nak makan. Lapar rupanya... Saya sediakan air dan litter box.
Selepas makan, saya nampak dia berehat. Saya tinggal kan dulu... Jom tengok kawasan bedah tu.
~~ Manje hari ini 17.11.2011~~
~~ Bergurau dengan adik Tomei ~~
:: saya kembiri kan Manje di Klinik swasta, tiada jahitan luaran. Doktor kata jahitan di dalam, jadi tiada ubatan di bekalkan. dan Manje pun nampak nya sangat sihat, tiada komplikasi. Bermaksud pembedahan BERJAYA ! ::
Kos : RM 140 1 hari 1 malam
************************************************************************************************************
alhamdulillah...Manja dah selamat :)
ReplyDeleteYe, selamat. Pasni ibu iye tak yah wiso lagi dia nak panjat bumbung hahaa. Tapi iye steady lah, leh lompat2 lagi. Cuma masa nak landing, iye nampak macam slow2 je gerak. Macam kita manusia lepas bersalin..
ReplyDelete