KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Friday, January 13, 2012

Lama Menyepi..

Maaf, lama rasa nya KM telah menyepi..Blog pun telah bersawang..

Ini disebabkan KM ada banyak kerja yang perlu disiapkan, sementelah saya telah berkahwin jadi hidup berpindah randah telah menjadi rutin kini. Tinggal di kawasan rumah flat tidak membenarkan kami membawa ahli2 KM ke rumah baru sementelah kami juga menumpang .. Sedang mengusahakan mencari rumah sendiri, lalu kami tinggalkan ahli2 KM di rumah orang tua dulu (memang asal nya di situ hehee..)

Akibat kesuntukan masa, ibu KM hanya mampu menjenguk anak2 bulus pada waktu makan tengahari yg mana hanya 1jam (berkejaran masa tulah nak makan, nak cedok "kueh", bagi anak2 bulus makan, kemas sangkar etc" kasihan ibu KM kan...)
Kadangkala ibu KM tak makan pun, sayu hati melihat anak2 KM seperti rindukan belaian tangan ini.
Apakan daya, kami sedang berusaha menstabilkan kehidupan juga, Insyaallah rezeki kami tiba kami bawa mereka semua ke taraf hidup lebih baik, tinggal bersama kami.

ibu KM sangat sedih dengan keadaan ini, walaupon jarak tempat tinggal sekarang, dengan rumah orang tua tak berapa jauh, ibu KM tak terkejar mana nak siapkan diri sendiri, makan pakai suami, rumah nak dikemas, masak etc.. OOhhh sungguh berat dugaan ini. Selalu ibu KM rasa PENAT, SEDIH, MARAH dan KECEWA dengan apa yang di lalui, tapi kuatkan semangat demi mencari rezeki untuk diri , keluarga dan anak2 KM.

Bukan menyesali tapi bila terpandang wajah murung TOMEI, renungan kosong MANJE, ngiauan SAYU KICHAN dan ketidak endahan PUTIH bertambah membuatkan ibu KM rasa bersalah. Kini, mereka seakan melalui episod kesunyian hidup, yang mana ibu KM sendiri dapat merasai nya pabila berdepan dengan mereka. Seringkali ibu KM bercakap2 meminta maaf dengan mereka tatkala mereka berehat selepas makan tengah hari, mereka membisu, lemah hanya menjawab dengan pandangan mata yang sepi.... Ohh sayang, maafkan IBU.

ibu KM juga sedang mengusahakan mencari wang saku lebih dengan menjual pasir kucing jenis KAYU berjenama WOODY PET Wood Litter, bersatu bersama adik ipar membuka perniagaan makanan kucing kecil kecilan (boleh refer FB kami : OLIEY HORLICKS PETSHOP) untuk mengubah kehidupan kami..



Sekian sahaja entry kali ni, di harap ibu KM dapat meluangkan masa lagi untuk blog KM...
Maaf andai ada antara sahabat KM terkilan (jika ada), sebab KM menyepi.. Sokongla ibu KM,
sebab saya betul2 rasa hampir JATUH tapi kerana sayang nya saya pada anak2 KM, saya masih BERDIRI..

Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera



**Nota kecil : Ada jiran yang menyindir, andai ibu KM tak mampu lagi menjaga mereka lepaskan saja...
HELLO, !! WALAU APA PUN TERJADI, MEREKA AKAN TETAP BERSAMA SAYA !!
(jawab hati kecil ibu KM, tanpa disuara kan, bimbang andai menjadi perbalahan antara kami)



Antara produk kami jual :-

Blackwood Kitten
RM 14 - sekilo
RM 330 - 24kilo


Blackwood Adult
RM 11 - sekilo
RM 240 - 24kilo



WOODY PET Wood Litter
RM 4.50 - sekilo
RM 57 - 13.6kilo

3 comments:

  1. Salam..

    Sedih dan sayu baca, takpela mereka faham.
    Papa PUSS pon kkdg xdpt main dgn bulus Papa tu.
    Kkdg dia merajuk jg tp usahakan jg bagi ada masa.
    Mcmane nak oder BW Kitten tu.
    Papa pengguna BW kitten..
    Nti tlg emailkan ea ke bunnypet69.gmail.com TQ

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah..moga lepas ni sumernya baik2 ajer..

    ReplyDelete
  3. PAPA PUSS : ooh, terasa ada cahaya menyinari dunia KM tetiba,.. hehee. Terima kasih ye, atas keperihatinan PP. okay, nanti Yana emailkan.

    GTHANS : ye, harap2 nya begitulah. Amin.. Terima kasih sahabat

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !