KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Tuesday, December 4, 2012

LET'S Merepek

Aaaaaahhhh..

Sorry guys,lama tak update. Susah juga kan nak blogging ni. Nak pulak sekarang ada Twitter, Facebook, Istagram etc.. Yang mudah, masuk gambar tulis sepatah dua pastu post.. Blog kena bebel. Orang suka bebel and banyak idea bolehla blogging ni kan. Kang ibuKM letak gambar sesaja okay ke?? Takyah caption, cerita etc.. Hurm,

Sebenar nya nak cakap sikit.. ibuKM dah rasa sangkar sedia ada bebudak KM tu SEMPIT ! i repeat SEMPIT !!! Kenapa sempit??? Padahal ukuran dia 53"H x 36"L x 23"W besar dah tu untuk 4ekor adult (Kata Orang)...

Tapi, ibuKM tetap rasa sempit lagi2 sebab Manje semakin gemok.. Entah, melebar badan dia. Bila dukung, rasa macam budak 2tahun berat nya. Bagus lah kan, dia masih aktif bukan obes, dan lain2 pun Tomei besar dari kucing jantan normal ibuKM tengok dekat rumah tu. Kichan standard, Putih pun semakin gemok.
Eh tapikan, Putih sekarang ni dah dekat 2bulan ke 3bulan dia tak on heat. Perut nampak buncit sikit, APAKAH PUTIH BUNTING?? OhEmJi.. takut jugak sebab dia ada main2 luar rumah jugak tau sekarang.
Sebab ibuKM kesian dia asyik main dalam rumah je.. Bebudak 3ekor tu boleh main kat luar. Yelah, kata Putih belum spay, mesti lah kena jaga lebih sikit. Tapi kucing kan mengandung 65 hari, pastu beranak.. At least kalau Putih bunting, mesti dah nampak kepadatan perut dia, ni ak.. Macam flabby, bila pegang still rasa biasa je.. Ke sebab bulu dia yang dah bertambah gojes sebab makan IAMS?? wink *.*

Eh, baguslah IAMS tu, poo dorang tak busuk tak macam makan Blackwood dulu. Sorry BW bukan nak kondem awak, ini pengalaman saya dan kekucing. Mungkin ada owner lain yang sesuai dengan BW just go on. ibuKM nak share je.. IAMS sekarang ibuKM control sukatan nya, 4ekor secawan pagi, secawan petang. Tapi still boleh nampak hasil yang memberangsangkan. Thank U IAMS. Tengah bulan ni kena tambah stok dah, sebab tinggal dalam 3kg camtu. Maybe more.. Tapi mesti topup bulan ni jugak.

Btw, siapa ada pakai SMARTSIFT?? Bagus kan... Artis - Atilia pun pakai tau untuk kucing dia. Ramai gak lah kawan2 blog KM pakai, ibuKM nampak MamaBetty ada pakai kan :)
Untung bebudak bulus sebab dapat jamban MEWAH ! Yelah ibuKM pun nak pakai, tapi keadaan belum mengizinkan. Nanti ibuKM dah duduk rumah sendiri, pelbagai aksesori kucing ibuKM beli..
Petbed, Cat Tree, Scratcher.. ish macam2 lah. Okay, sekian. Panjang plak bebel nya.

Meh, tepek bebudak ni tido.. Ari minggu biasa nya ibuKM bawak bebudak keluar sangkar.. Masuk bilik. Bermaharaja lela lah diorang kan. Mengaku katil & bilik tu diorang punya.




















1 comment:

  1. btol ibuKM dulu masa duduk dgn mak tahan jer nak beli pape utk kucing skrg dah duduk rumah sendiri nak beli apa utk jejebon tu kite beli jer huhuu...puas hati

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !