Jom tengok barang ape anak2 saya dapat hari ni ;-
PET DEODORIZER & SCRATCHING TOYS !!
PET DEDORIZER :-
Harga : RM 24.90 after less (Sekarang Petsmore ada banyak item di promosi kan harganya, cepat2 pergi tengok ! )
Ini sejenis cecair yg digunakan untuk meNYAH kan bauan kurang enak yg terhasil oleh pembawaan haiwan peliharaan. Ia tak berbau, warna pun putih macam air.
Cara guna :
Campurkan secawan air dengan sepenutup Pet Deodorizer, kacau sebati dan masukkan dalam alat spray. Spraykan saja ke sekitar kawasan kucing anda biasa lepak, termasuk sangkar. KECUALI kawasan litter box, sebab cecair ni akan meneutralkan segala jenis bauan, jadi kemungkinan kucing POO / PEE di luar kawasan sepatutnya adalah sangat besar.
Cepat2 cuba, sebab bau memang hilang dengan serta merta selepas anda buat semburan !! ;) Memang best
SCRATCHING TOYS :-
Harga :
i) Standing Mouse RM 12.90
ii) Round Mouse RM 4.90
Dua item ni saya beli dalam Carrefour, saja tambah mainan anak2 bulus.
Seronok tengok dorang enjoy main tadi. Rasa nya ada catnip kat dalam..
Tapi tak pasti sbb takde ingredient ape2 tulis kat packaging.
Lagi 1 nak cakap sikit pasal syampu yang saya guna untuk mandikan anak2 bulus, beli dan pakai dah lama, cuma tadi mandikan dorang so saja nak update sikit ;)
MACHIKO (Normal) SHAMPOO FOR CATS
Harga : RM 15.90 (beli kat Giant Bt Caves)
Bagus jugak syampu ni, selain menjaga bulu2 kucing dari bakteria, fungus dan kaum2 nya, ia jugak mampu mengekalkan keharuman kucing lebih dari 3 minggu !! Bagus kan?? Tak payah syampu mahal2. . Las budak2 ni mandi Ahad 3minggu yg lepas, masih wangi di cium. Tapi apakan daya, mak nya tak betah kalau anak tak mandi lebih dari 2 minggu walau secomel dan sewangi mana. Dah jadi rutin, dan keperluan .. Try lah, disamping boleh jimat duit, kutu pun tak berani dekat.. huhuhuu, ;)
Okay2 dah tamat entry utuk hari ni, sebab anak2 bulus tak makan lagi.. See u soon ya !!
No comments:
Post a Comment
Boleh komen/share idea kat sini ye =)