KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, December 10, 2012

Budak Perut Besar ..






Budak perut besar ni, selalu teringat kat dia.. Kadang2 tengok video dia, gambar dia, bayang2 cakap dengan dia.. Rindu sangat. Budak comel ni, masa mula2 dijumpai, Ya Allah perut nya besar betul ! Mana tak nya, penuh cacing kot. Dia kan stray, ibuKM jumpa dia kat kedai runcit. Masa tu dia tengah jalan terhuyung hayang kelaparan, cuba panjat tong sampah.. ibuKM kenangkan bebudak KM dekat rumah masa tu belikan diornag wetfud, belikan budak ni sekali. Kesian nak tinggalkan, hangkut bawak balik rumah.. 4bulan je bersama kami, dia pergi berjumpa yang Esa.. Belum puas ibuKM bermanja, gurau2 dengan dia. Siapa pernah baca pasal dia, tahu lah macam mana kerenah dia. Lagi2 yang pernah jumpa dia depan2. Semua cakap dia PRECIOUS, cantik, kena jaga elok2. Tapi sayang, ibuKM tak jaga dia elok2, macam kawan2 cakapkan. Sekarang ni, bila bebudak KM main2 dalam bilik, teringat kat dia. Dia paling suka lepak2 atas katil, sambil main nyorok2. Tangan asyik mengurut lagi2 time nak manja.. Ada juga sebelum tido atau masa tengah lepak2 dengan suami, kitorang bercerita pasal Brown. Ye, kami sama2 rindu kat dia. Betullah orang kata, bila dah kehilangan baru kita rasa luka nya. Tak sanggup kehilangan bebudak KM yang lain lagi. Insyaallah minta Allah swt panjang kan umur diorang dengan ibuKM. Sesiapa belum pernah baca pasal Brown, belek lah entri label BROWN NI.. semua cerita dia ada kat sini. Termasuk lah yang ni. Semoga Brown pun selalu ingat n sayang ibuKM dan kita semua yang ingat n sayang kat dia. Tak sanggup nak ingat saat2 terakhir dengan dia... 

9 comments:

  1. bila tengok header blog ni mmg saya pun teringat sama baby Brown...

    cumel budaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah rasa nak tukar header, sbb dia still budak KM :)

      Delete
  2. sha pernah ade sekor kucing, nama shilo...baru 5 bulan ada dengan sha, pastu mati sebab saket kuning...sentiasa rindukan dia, kadang2x sampai nampak lagi kelibat dia...walaupun ada 2 ekor kucing, tetap takde yang boleh ganti dia..dia la satu2x nya yang perangai camtu,..manja, suka urut, penunggu setia, sabar, ermm...rindu sangat kat dia.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, kdg2 teringat kat Brown rs dia ada ngan kita.. Patah tumbuh hilang berganti tapi tak sama lagi

      Delete
    2. betul tu..xkan sama...masa doktor sahkan dia da xde tu..sha dgn suami same2x mnangis...masa dia msuk hspital pun..hari2x mnangis dan berdoa supaya diselamatkan, tapi jodoh tak panjang dengan dia..dia pergi bulan 5 tahun ni..hurmm..suami siap cakap lagi, dia nak cari jugak yang muka macam dia..tapi xjumpa2x...

      Delete
    3. mmg takkan jumpa yg sama.. kalau iras pun, perangai lain.

      Delete
    4. tu la pasal...naseb baik la ade gambar pengubat rindu..

      Delete
  3. Turut merindui brown :-( mudah2an thn 2013 ni..anak semua sihat..ibu km, ko prasan x..thn nie...ramai yg kehilangan anak bulus..thn yg sukar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan, kat rumah kitorg pun anak2 kucing adik banyak mati. ntahlah..

      Delete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !