KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, January 7, 2013

Rezeki Dia ...... :)








Budak kecik ni, anak terbiar... Sabtu tengahari ibuKM dah dengar ada budak kicik menangis kat luar rumah.. Alahai siapa plak buang anak ni. 10 kali menangis ibuKM wat tak reti lagi, tapi dah masuk kali ke 15 dia berbunyi tak sampai hati bukak pintu tengok muka kecik ni comeeeeeiiii sangat ! 
muka bulat mata bulatttt.. Adoilah, ko ni kenapa comei !
((Sebab ni lah taknak bukak pintu mula2 tadi *.*))

Dalam pada pintu terbukak ni tadi, laju je dia menonong masuk rumah macam kan rumah sendiri terus senyap. Tak nangis dah, aik pandai ko kan ! Urm, dah rezeki dia, dapat lah makan wetfud barang sepinggan dua. dah kenyang ibuKM letak balik kat luar, depan pintu tapi dia wat muka seposen... ibuKM tutup pintu dia pun senyap je kat depan tu. Tak sampai hati lagi, bukak pintu balik... Tergedik2 dia masuk dalam rumah. Teringat kisah TAK SAMPAI HATI dengan Brown. yang jugak anak kutip...

Petang tu kitorang semua balik kampung, masukkan budak kecik ni dalam sangkar..
Duk lah ontok2 dalam tu 1 malam ni. Ofkos siap makan minum sekali pakej nya :)

Dan jadi rezeki lagi, budak ni dah dapat status 
PENDUDUK TETAP,
senang2 je kan warga asing zaman sekarang ni dapat status kerakyatan..huhuu

Insyaallah nak vaksin dia minggu ni, dan dinyah cacing, Perut dia tak besar sangat macam Brown dulu, tapi mungkin ada cacing kan. Siapa tahu... dan dia bersih TAKDAK kutu.. Mungkin orang buang. Bape banyak mungkin daaaa...


Okay lah, budak kecik ni takde nama lagi,,, korang leh suggest kan tak?? berdasarkan muka seposen dia, ngan warna dia tu. Kasi nama comei2 sikit. Jangan buh Peah, Milah camtu.. Glemer sketlah.
Ye, dia BETINA (((Mahal nya kos nak neuter nanti =( =( )))

10 comments:

  1. Salam...

    Mmg Comellllllll!!!!!!
    Tq Yana coz awk berhati mulia pelihara dia...
    Moga ALLAH permudahkan segala urusan awk & suami..
    apa kata letak nama GOJES...heheheh..coz dia mmg GOJES..

    ReplyDelete
  2. saya ade kucing betina nama dia Sonia....canggih tak ????

    ReplyDelete
  3. alorr...mmg comel bijak lak tu hehe

    ReplyDelete
  4. ermmm...dgn tahap kecomelannya yg melampau2 tu, uni cdgkan letak nm feena..tak pun fiona! :D

    tp betul ke bukan kucg orang?sb tengok dia manja sgt..macam dah biasa org belai je....

    ReplyDelete
  5. thanks all, kitorang letak nama dia Cumi je. sebab senang nak ingat.

    Uni : kalao letak Feena, kawan adik ipar saya nama tu, Takut nanti dia perasan kucing plak. hehee.. ntahla. biasa nya area sini mmg akan cari rumah kitorang dl kalau ada kucing hilang atau nak bagi kucing. mak mertua ckp dah macam welfare ..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Mmg comel la! Bolehbuat pengubat rindu utk brown...syukur cumi ditemukan dgn org yg betul :-)

    ReplyDelete
  7. Hide ! Eh , orang baru ! Bole kichan ngorat .

    ReplyDelete
  8. wah, u mmg betul2 peminat kucing yer...semua pun entry kucing...hehee...jom follow my blog sambil buat bisnes okey ;)
    Siapa nak tahu tentang bisnes online Premium Beautiful Korset dan macam mane nak jana income besar melalui this bisnes, dapat free trip dari company seperti Shanghai, Paris, Holland etc, dapat car fund and boley pilih nak pakai kereta ape, semuanya I boley explain. So, pm saya jika berminat nak tahu atau set appointment dengan saya. Nadia- 0179062795

    http://lyranadya.blogspot.com/2012/12/why-i-choose-premium-beautiful-business.html

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !