KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, July 30, 2012

Patah Gigi Brown ..

Haritu kan dah janji nak publish entri ni.. 
Pasal gigi si Brown yang patah kena penumbuk ibuKM.. 
huhuu sebenarnya bukan ibuKM tunbuk dia pun,
masa tu bergurau2 lah dengan dia.. 
Main gigit2 tu.. Dia punya semangat gigit jari2 ibuKM 
ni macam mengunyah daging .. 
Sepenuh hati dia gigit, dahlah gigi dia tu tajam betul.. 
Pastu ibuKM cari jalan lain supaya masih 
boleh bermain dengan Brwon, jadi ibuKM kepalkan 
tangan (buat macam penumbuk tu).. hala kan ke Brown, 
dia gigit2 selamba je, dia pulas2 dia tekan2 gigi dia 
dalam isi daging tangan ibuKM ni.. 
ibuKM layankan ajelah kan.. dia yang nak.. 
Gurau punya gurau, tetiba Brown berhenti menggigit,, 
ibuKM nampak dia macam mengunyah sesuatu 
dan cuba keluarkan dari mulut dia. 
ibuKM korek2 lah tengok2 dia dah keluarkan 
guna lidah.. sekali yang keluar ini :-











hahaa.. ibuKM masa mula2 blur jugaklah apa benda nya ni.. 
nampak macam kuku tau. Pastu bila fikir2 balik, 
terus nganga kan mulut si Brown ni... 
sekali, SUDAH RONGAK LA INI BUDAKKKKKK :)
Gigi sebatang dah patah  !




(nampak tak yang warna merah tu, ha, darah lah tu.. 
kat situ lah tapak gigi dia yang dah tercabut tu)


(seram tak?? heheheee)





Sementara Brown dah patah gigi, ibuKM 
dapat hasil jugak :)
Hasil seni "contengan" di tangan.. Hai, 
apa boleh buat,,, dapat anak ganas, tau nak menggigit je..

Main kasar betul ! Tak padan badan kecik !






Sama2 padan muka...huhuuuu
(tak berani main geget2 dengan bebudak KM 
yang besar, takut nanti bukan calar yang dapat,
silap2 isi daging pun nampak... )

Thursday, July 26, 2012

Alhamdulillah.. dah Jumpa..

Alhamdulillah, setelah mencari dan mencari , 
puas bertanya, buat entri ni --> BOARDING ,
akhirnya dah jumpa pun tempat nak boarding 
bebudak KM tu,dekat Shah Alam.




Yana cadang nak hantar dari 18/8 - 25/8 
dalam 8hari jugakla.. Bebudak KM dah ramai, 
memang tak boleh la nak tinggalkan bila ibuKM 
nak jalan jauh.. Kalau sekor dua boleh je mintak 
kan sesapa tengok tengok kan.. Takpe, 
duit boleh cari, tapi kebajikan bebudak bulus kena 
ambil berat jugak. Jangan masa kita bersuka ria 
kat kampung / kat mana2 bercuti, anak bulus kat 
rumah kekeringan makanan dan minuman. 
Tempat najis pun tak bercuci.. Macam mana 
lah agak nya kan.. Tau jelah kalau dah beramai 
dalam 1 cage, sehari pun dah berbau dan habis 
makan minum, inikan pulak lebih 3hari - seminggu. 




Yana jumpa seorang kawan ni dari Facebook, 
dan dia dah berbaik hati nak tawarkan 
RM 4 sahaja untuk boarding seekor
Kira lah kalau RM 4 seekor X 5 ekor X 8hari : 
RM 160 jugakla.. makanan dan pasir
ibuKM setuju nak bekalkan sendiri..




Takpe2, duit boleh cari, 
tapi kebajikan bebudak bulus kena ambil berat jugak 
(ayat sengaja di ulang :) )




Harap2 bebudak KM nanti baik2 jelah, 
sebab risau jugak ni kan..Yelah nak tinggalkan 
dengan orang yang kita tak kenal.. 
Pastu jauh pulak tu, ibuKM akan beraya di 
Perak pastu ke Johor, diorang kat KL. 




Harap2 jugak kawan tu nanti jaga bebudak KM 
dan sayang diroang macam anak bulus dia.. 
Dia memang buat boarding, ada masuk iklan 
dalam Mudah.my, tapi dia tak bagi ibuKM share 
kan details dia kat sini, sebab dia takut nak 
ambil banyak2 takut tak terjaga.. Jadi setelah 
berpuas hati, ibuKM KONFIRM akan hantar 
bebudak KM dekat dia. 




Insyaallah, 
ibuKM akan cuba percayakan dia jaga 
bebudak KM dengan baik,. walaupon dalam 
hati ni sendu... nak tinggalkan bebudak tu.. =(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !