Alhamdulillah, setelah mencari dan mencari ,
puas bertanya, buat entri ni --> BOARDING ,
akhirnya dah jumpa pun tempat nak boarding
bebudak KM tu,dekat Shah Alam.
Yana cadang nak hantar dari 18/8 - 25/8
dalam 8hari jugakla.. Bebudak KM dah ramai,
memang tak boleh la nak tinggalkan bila ibuKM
nak jalan jauh.. Kalau sekor dua boleh je mintak
kan sesapa tengok tengok kan.. Takpe,
duit boleh cari, tapi kebajikan bebudak bulus kena
ambil berat jugak. Jangan masa kita bersuka ria
kat kampung / kat mana2 bercuti, anak bulus kat
rumah kekeringan makanan dan minuman.
Tempat najis pun tak bercuci.. Macam mana
lah agak nya kan.. Tau jelah kalau dah beramai
dalam 1 cage, sehari pun dah berbau dan habis
makan minum, inikan pulak lebih 3hari - seminggu.
Yana jumpa seorang kawan ni dari Facebook,
dan dia dah berbaik hati nak tawarkan
RM 4 sahaja untuk boarding seekor.
Kira lah kalau RM 4 seekor X 5 ekor X 8hari :
RM 160 jugakla.. makanan dan pasir
ibuKM setuju nak bekalkan sendiri..
Takpe2, duit boleh cari,
tapi kebajikan bebudak bulus kena ambil berat jugak
(ayat sengaja di ulang :) )
Harap2 bebudak KM nanti baik2 jelah,
sebab risau jugak ni kan..Yelah nak tinggalkan
dengan orang yang kita tak kenal..
Pastu jauh pulak tu, ibuKM akan beraya di
Perak pastu ke Johor, diorang kat KL.
Harap2 jugak kawan tu nanti jaga bebudak KM
dan sayang diroang macam anak bulus dia..
Dia memang buat boarding, ada masuk iklan
dalam Mudah.my, tapi dia tak bagi ibuKM share
kan details dia kat sini, sebab dia takut nak
ambil banyak2 takut tak terjaga.. Jadi setelah
berpuas hati, ibuKM KONFIRM akan hantar
bebudak KM dekat dia.
Insyaallah,
ibuKM akan cuba percayakan dia jaga
bebudak KM dengan baik,. walaupon dalam
hati ni sendu... nak tinggalkan bebudak tu.. =(
alhamdulillah
ReplyDeletemoga bebudak tu baik-baik saje nanti
ReplyDeletekalau rindu-rindu mintak la izin ber-3g dgn bubdk tu hehe..