KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Sunday, September 30, 2012

Cara Paling Mudah Hilangkan Kutu Kucing :)

(sticky post sampai Ahad)


Cara Paling Mudah : 
BERI LAH KUCING ANDA 
MAKAN BREWER YEAST :)


Ye, betul.. 100% pasti !!






Mana ibuKM tahu??? sebab ibuKM dah buat !
Kutu takmau dekat dah .. Padalah dah 
dekat 8bulan ibuKM tak bagi diorang 
makan BY ni, kutu masih jugak takde..
Sampai sekarang ... Bukan cakap besar.. 
Ini kenyataan. 

Walaupun bebudak tu tak mandi 
LEBIH 2bulan NO KUTU hokeh ! :)


Serba sedikit info tentang Brewer Yeast :-



VITAMIN B
Brewer Yeast dianggap sebagai penawar semula 
jadi untuk kutu anjing dan kucing 
kerana kutu mempunyai kebencian kepada 
thiamine, yang ditemui dengan banyaknya di Brewer Yeast.
Thiamine adalah sebahagian 
daripada vitamin B kompleks. 
Apabila anda beri Brewer Yeast kepada haiwan 
kesayangan anda, Thiamine akan di serap
dan kesan nya disalur keluar melalui kulit, 
salur darah dimana bau dan rasa nya akan
membuatkan kutu benci ! 


DOS
Dos yang disyorkan untuk Brewer Yeast untuk 
kucing atau anjing ialah : 1 BIJI UNTUK SETIAP
4.5KG BERAT HAIWAN.
Tambahkan dos sekiranya kucing anda hamil atau
sedang menyusukan kerana khasiat nya akan pergi 
kepada janin / anak melalui ibu tadi.


Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 
empat minggu untuk Brewer Yeast
berkesan mengusir kutu, jadi anda harus mula 
menambahkan dalam diet haiwan kesayangan anda 
sekarang.


Lebihan Brewer Yeast akan dikeluarkan melalui 
air kencing, dan pastikan JANGAN BERI melebihi
dos yang ditetapkan !



Boleh beri haiwan anda makan Brewer Yeast dengan
2 cara :-
1) terus masukkan dalam mulut, dengan cara 
menolak terus ke tekak dan tutupkan mulut 
haiwan selepas melihat dia menjilat, maksud nya 
pil sudah di telan. Jika dia masih mendiamkan diri, 
bermaksud pil masih ada dalam sekitar mulut. 
Tunggu sehingga dia telan, jika tak dia akan 
luahkan pil semula.. RUGI !

2) Campurkan dalam makanan kegemaran 
haiwan anda, sama ada makanan kering
atau basah. Mengikut kesukaan mereka.

(ibuKM biasa pakai cara no 1, lebih mudah dan
konfirm dah masuk mulut ! hehe)


Brewer Yeast boleh di dapati dekat kebanyakan kedai
haiwan, tak kisah jenama apa..semua nya mempunyai
khasiat yang sama.. 

harga dalam lingkungan RM 60-RM 70 sebotol 
ada 1,000 biji .. 


Yana pakai brand ni ::


TAK SALAH MELABUR UNTUK 
HAIWAN KESAYANGAN KAN, 
ASALKAN MEREKA DALAM KEADAAN

SIHAT SEJAHTERA. LAGI2 DIJAUHI KUTU, 




SIAPA TAKNAK ??? 
SILA ANGKAT TANGAN, 
LARI PUSING PADANG 10 ROUND. 
TERIMA KASIH :)




30 comments:

  1. budak2 kat umah ni dengar je bunyi botol ni berbondong2 datang... tak payah suap2 ke hape.. sua je kat tangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? baguslah ! bebudak ni, kalau tak dipaksa.. memang taknak diorang makan.

      Delete
    2. aku dah beli bagi mkn x de ape pun same je makin banyak kutu ade la??

      Delete
    3. Shah Zam : Cer bawak ke klinik, saya pakai okay je.

      Delete
    4. ubat tu kaler ape coklat kan bulat2 kan.aku beli yg kat kedai kucing 100biji rm 19

      Delete
    5. Sy beli rm5 je 50 biji tp mmg elok bulu dh kurang gugur

      Delete
    6. Sy beli rm5 je 50 biji tp mmg elok bulu dh kurang gugur

      Delete
  2. As salam cik yana...boleh saya tahu berapa harga untuk brewers yeast untuk 500 biji ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumsalam, harga untuk 500biji RM 45. post tidak termasuk, bergantung pada kawasan dan jenis pos.

      Delete
    2. aku dah beli bagi mkn x de ape pun kucing aku kutu makin banyak ade la.betol ke nie

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. adakah brewers yeast membahayakan kita(tuan punya kucing)??? seperti kita bermain @ mencium kucing setelah dia mengambil pil ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazzdin : ubat ni tak bahayakan kita, dan kucing. sama macam kita makan ubat, takde effect pada haiwan kesayangan :)

      Delete
  5. Assalamualaikum, klau utk kittens or any cats under 4.5 kg tkboleh makan eh? Harap reply. Thank you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau under 4.5kg, bahagikan ubat tu. dalam saiz lebih kecil ikut berat.

      Delete
  6. Replies
    1. saya dah tak jual.. boleh cari di kedai2 pet terkenal macam Petsmore, Petsafe..online pn ramai yang jual.

      Delete
  7. Replies
    1. Awak boleh add Facebook "Dearcats Pethouse" dekat sana ada jual..

      Delete
    2. sy bru je beli..nak try yg cra no.1 p tgk pil tu mcm besar sgt..xsmpi ati lak nak paksa diorg telan..jd sy hancurkan gaul dgn mknn diorg..huhuhu~

      Delete
  8. Nak cubala..terima kasih info...

    ReplyDelete
  9. saya cari pat fb tak da pon...

    ReplyDelete
  10. ermmm nak jugak...huhu

    tq ibukm,,in4 yg sgt bguna ni!!

    ReplyDelete
  11. ubat dia kaler ape coklat kan bulat2 kan.aku beli kat kedai kucing 100 biji rm 19 tapi kat botol memang ade tulis la bahan2 dia mngkin mkn masa kot.sebab tenguk hari2 kucing aku duk garu2 bila chek kat badan dia berlambak plak kutu.tu yg pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shah Zam : Boleh cek link ni untuk gambar BW ni. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=101682199948458&set=a.190406667742677.41298.101600246623320&type=3&theater

      cuba lah bawak gi vet, kot teruk sangat

      Delete
  12. tq yana tol la same.tapi pelik plaknape stil masih ade kutu yg lagi pelik kutu makin banyak ni dah masuk 5 minggu dah kasi mkn.tapi kat botol kalu ikut dia suruh kasi 2 biji

    ReplyDelete
  13. Bole tlg bgtau kat mana nak beli brewers yeast online...

    ReplyDelete
  14. Saya nak order brewers yeast n troy nutripet...mcm mane nak contact ibuKM.. .pm sy cndr81@gmail.com

    ReplyDelete
  15. Sye ade beli haritu tpi dlm bentuk repack, sye nak tahu nak bgi mkn ubat ni berape biji seminggu?...

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !