KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Friday, March 2, 2012

Hidup Ini Indah.. Bila Kita Tahu Menghargai nya..

Benar bagai di kata, hidup kita sememangnya indah andai kita berada di landasan yang betul. Bersama keluarga dikelilingi kasih sayang tidak berbelah bagi, makan pakai cukup memang kita harus bersyukur.

Oleh kerana hidup ini indah, lihatlah gaya 4 ekor kesayangan saya ni, yang sememangnya menjadikan hidup saya lebih indah setiap hari. Tiada yang dapat menggantikan nya, walaupon dilanda badai mereka tetap di hati saya,.

SELAMANYA... 









MANJA : kucing betina saya yang paling tua umur nya.. 
DOB : 25.4.2011
Full vaksin, dah di "spay"
SIFAT : Sangat manja, berbaka besar,
bulu separa panjang, suka makan



KICHAN : Hero "jantan" yang tak berapa jantan.. (penakut hehe) 
DOB : Mid March 2011
Full vaksin, dah di "cast"
SIFAT : Penakut, berbulu separa panjang,
pandai tarik perhatian, cheeky boy !





TOMEI : Hero "jantan" yang sangat mendengar kata.. 
DOB : End April 2011
Full vaksin, dah di "cast"
SIFAT : Pendiam, suka makan, periang,
berbulu pendek, suka berkawan dan slamber ;)




PUTIH : Anak dara yang terakhir sekali di adopt, 
DOB : April 2011
SIFAT : Peminat kertas (habis dikoyak),
bulu separa panjang, suka melompat, aktif dan manja 









Begitulah kisah mereka, jika mereka pandai berkata2 atau mengucapkan terima kasih, pasti akan di sebut..
Kerana kita telah menjaga mereka, dari kucing tidak bertuan (bagi kucing jalanan) seterus nya mendapat rumah berteduh, makan minum yang cukup dan perubatan yang di perlukan. 

Kita sebagai manusia, punya akal dan fikiran harusla mencuba memberikan kasih sayang pada semua, makhluk Allah swt, tanpa kompromi.tua atau muda, besar atau kecil, ..





Hidup Ini Indah.. Bila Kita Tahu Menghargai nya..



6 comments:

  1. betul KM. hidup itu indah bila kita tahu menghargainya.

    Anak bulus saya...semua anak jalanan yg terbiar. yg di bawa balik sebab ibu nya tiada, melilau cari adik beradik dan ada yg sakit teruk.

    Alhamdulillah.semoga dipermudahkan usaha kita.

    ReplyDelete
  2. terima kasih Mama Tatami , semua anak2 bulus saya adopt punya. tak ada kedai mari, kesian pada mereka yak tak berumah, berhujan panas. Insyaallah mereka juga mendoakan kita, sebab tu rezeki mereka tak pernah putus.. ;)

    Mama Tatami dah baca ke pasal woood litter tu?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Hud Aikara , awak punya anak2 bulus pon comel juga ;)

    ReplyDelete
  4. semua nya comel.. boleh tak saya nak adopt?? saya suka sangat la kat kucing kak.... :) hehehehe...

    ReplyDelete
  5. YatyR : Maafla, kucing ni sume akak sayang :)
    Kalau nak adopt juga bolehla kalau terjumpa kucing jalanan tu, ambil dan jaga sebaik mungkin.Mesti boleh comel macam kucing akak ;)

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !