KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Friday, September 21, 2012

I Miss My Baby !!





Hanya Tuhan yang tahu betapa ibuKM rindukan budak ni, gelagat dia, gedik dia, manja dia, suara dia, keletah dia, kecomelan dia, mengada ngada nya dia, sampai pernah satu2 masa bila teringat kat dia rasa down sangat. bersalah. sebab tak vaksin kan dia seawal2 nya ! padahal bebudak KM yang lain cukup masa je vaksin, deworm. tapi dengan dia, entah. mungkin dah tersurat. dia datang dalam hidup ibuKM sekejap je.
tak sampai 5bulan rasa nya. sampai hari ni hati masih rasa perit setiap kali teringat kat dia, tengok gambar dia, baca balik cerita dalam blog ni pasal dia.. terus terngiang ngiang dalam kepala ni. kadang2 dekat rumah
lepask2 atas katil, teringat kat dia. menangis sendiri. pegang gambar dia, belek2 sambil imagine dia gedik2 dekat sebelah. sambil 'mengurut'.. Brown anak yang baik, comel,..
setiap kali ibuKM dapat gomol2 dia, dia akan duduk diam2, sambil dengar ibuKM cakap
"brown sayang, manja, busuk masam, budak baik, cantik, dengar cakap, nakal, gedik, suka kacau orang, suka urut2, suka lompat2, suka ngade2, sayang tatak, sayang semua..ulang3"
mungkin apa yang ibuKM selalu cakap, dia dengar dan ikut.. jadi anak yang manja gedik tu semua.
Dan tak pernah ibuKM rasa nak marah dia kuat2, paling teruk pun ibuKM babap punggung dia 
setengah kuat kalau dia degil sangat macam duduk ulang alik depan laptop, asah kuku dekat sofa atau 
panjat badan bila ibuKm tengah makan. Ye, ibuKM tahu, dia dah tenang kat 'sana'..

Dan ibuKM nak dia tahu, ibuKM sayaaaaannnggg dia sangat!
tak pernah lupa walau sesaat. dia dah macam anak yang sebenar.
yang ibuKM dodoikan sebelum tidur masa dia kecik dulu, ibuKM suapkan wetfud,
ibuKM bersihkan montot yang kotor sebab terkena 'shit' ..macam2 lagi.


p/s: Ada jugak ibuKM usha2 petfinder nak cari kot2 ada kitten yang berkenan, tapi setiap
kali teringatkan TANGGUNGJAWAB menjaga kitten.. Ya Allah, tak sanggup kejadian sama berulang.
Semoga kitten2 yang terabai di luar sana, bertemu penjaga sebaik2 manusia. Aminnn

10 comments:

  1. saya pun tumpang sedih. asal saje pasal anak bulus yang dah tiada, pasti mama tatami sedih sgt.anak saya pun 3 dah pergi, datang sekejap dlm hidup tapi memberi kesan yang mendalam bila mereka dah tiada. semoga mereka semua aman di sana di sisiNya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, walaupun diorang hanya haiwan belaan tapi diorang dah jadi sebahagian dari hidup kita. dah sayang sangat kat dia. takde pengganti

      Delete
  2. Saya fhm prasaan ibuKM...sbb sy bce entry psl budak brown ni dr mula...tk sngka kjap je jdoh dia ngn ibuKM..tkpela...mgkin itu yg terbaik utknya...insyaAllah..
    Kdg2 buka blog ibuKM...bce berulg kali psl Brown..mcm dia msh de..
    Saya pn pnh kehilngn sbyk 4ekor...smpai skrg msih teringt2...belek2 gmbar...kdg2 b'borak ngn adk2 psl dorg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sebab selalu ingat kat Brown..
      tu lah, sekejap je ibuKM dapat rasa kasih sayang dia. Rasa perit sangat bila teringat kat dia. Bau dia yg wangi je selalu.. ibuKM pun selalu sembang dgn suami pasal dia

      Delete
  3. Dia pasti juga merindui ibu KM tp Allah lebih menyanyanggi dia..

    ReplyDelete
  4. sedih baca entry ni. tumpang menitiskan air mata gak.

    sabar ye Yana...insyallah onefine day kita akan berjumpa dengan dia di Sana.

    baby girl dah happy now...dia sihat n cukup segala benda...walau baby girl takde depan mata tapi dia tetap kekal di hati Yana dan kami semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Mary, harap2 masa jumpa dia kat sana nanti, dia tak marahkan ibuKM sebab tak vaksin dia awal2 sampai dia jatuh sakit..

      Delete
  5. memula tgk gmbr jer dah sedih, teringat cerita2 Brown dulu2 :(

    tabahkan hati yer ibuKM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi cerita pasal dia belum berupdate.. insyaallah 1 hari nanti

      Delete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !