Si Putih masuk harini dah lebih seminggu on heat..
Memekak je lah asyik dengar suara dia yang
sumbang kegersangan !! Geram betul lelagi
bila dengar orang kat rumah tu sibuk suruh
kasi Si Putih main je dengan kekucing jantan !
Eee, sedap2 je.. Kang lahir anak luar nikah siapa nak bertanggungjawab? IbuKM?? ah, malas lah ..
Sebab kesian nanti diorang terabai !
Yelah anak kecil perlukan penjagaan rapi
bukan macam kucing dewasa..
Kita setakat bagi makan minum cebok berak
(eh kena cebok eh?) pastu main2 dengan diorang..
Anak kucing ni, senang sakit.. sakit mata lah,
sakit perut lah, sakit telinga la... Leceh !
Bukan ibuKM tak suka anak kucing,
tapi keadaan belum mengizinkan
ibuKM "beranak" kecil.. Yelah, kalau dah
rumah sekangkang kera nak berhimpit
ramai2 kan dah tak selesa Putih dan anak2 nya nanti..
Sekarang je dah 5ekor sumbat 1 rumah..
Kalau dia beranak sekali 4 hekor??
9 hekor 1 rumah !! Mati tak bernafas anak2
kucing tu nanti ! Nak beli rumah baru,
takde tempat ibuKM nak letak..
Yang ada sekarang pun bersyukur sangat,
sebab selalu stress dengar Putih merengek gatal !
IbuKM tengah berkira2 nak SUNAT,
taknak SUNAT, nak SUNAT, taknak SUNAT
...... KENA SUNAT JUGAK (akan tiba masa nya)
Eee, kalau duduk rumah sendiri memang
ibuKM biar je Putih tak bersunat, sebab
dia betina. Kalau jantan yang tak sunat,
alamat nya hari2 ibuKM jentik2 telinga dia !!
Yelah, kalau jantan dah "baligh" ni kan
dia suka MEMANCUT sana sini, buat tanda !
Habis semua benda di pancut ! Kat rumah tu
pun ada sekor jantan, kepunyaan adik ipar..
Suka pancut sana sini.. TV, komputer, pintu,
pendek kata SEMUA lah !! sampai ibuKM geli
dan takut nak pegang sesuatu benda kena
tengok betul2 dulu.. Konfirm takde kesan air "mazi"
dia baru pegang .. Huhuuu. Adik ipar belum ada
bajet nak sunatkan dia, taktahula sampai bila
akan berlarutan..
Harap2 dia dimurahkan rezeki lah,
sebab lepas jantan sekor tu disunatkan,
ada 3ekor jantan lagi menunggu masa
menjadi "dewasa" Cuba bayangkan
kalau 4ekor jantan MEMANCUT sehari???
Aiyyooooh, silap hari bulan rumah tu menjadi
LAMAN BERSENI... huhuu, sebab banyak
HASIL PANCUTAN...
Yang betina pun ada jugak, dah matang
ada yang dah beranak.. Eeee, nasib baik
ibuKM dah "sunatkan" anak2 ibuKM awal2,
kalau tak, sekarang TAK MUNGKIN diorang
dapat bebas bermain luar rumah..
Macam sekarang PUTIH dikawal ketat !
Mana dia pergi ibuKM ikut, perhati je..
Macam Manje dulu2 lah, korang ingat tak
entri dia bersoka ria atas bumbung tu,
di apit beberapa ekor jantan gersang tu??
kot2 dia kena "rogol" dengan jantan
durjana sia2 je dapat cucu LUAR NIKAH !!
Tapi sekarang Manje rileks je boleh main jauh2,
selamba je ibuKM tengok kalau ada kucing
jantan dekat dengan dia.. Kalau Putih la,
menggelupur ibuKM tangkap dia masuk
dalam sangkar ! Mana tak nya, dia dah
dok menari nari, bergolek golek depan
jantan tu... !!! SERAM !!!
Patut lah ramai orang sokong
"PEMANDULAN" haiwan ni kan..
HATI TAK SENANG WOOO !
Kesian memang kesian, tapi kalau dah beranak
pinak ko mampu dan sanggup nak jaga
takpelah kan.. KALAU KO ABAIKAN???
NAUZUBILLAH, lagi kesian ..........
Kawan2, sila lah "SUNAT"kan kucing
anda jika berkemampuan, kalau tak mampu
sunat (betina kos dalam RM 140 : swasta, RM 70 : kerajaan),
sila sediakan duit poket yang lebih lagi
untuk kos penjagaan anak kucing anda yang
bakal lahir nanti..semua pun duit beb,
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tidak berguna..
mak kucing beranak 6hekor,
lusa tinggal 5 hekor, 2minggu lagi tinggal 4hekor,
bulan depan nya tinggal 3hekor
4bulan lagi terbunuh lagi sekor dan tinggallah
sekor anak kucing tu.. ANDA LAGI ZALIM
sebab tak menjaga KEBAJIKAN
anak kucing itu.. sob sob sob =(
Okaylah, dah jauh tersasar ibuKM membebel...
Kita jumpa lagi di lain entri.
*urut dada bila tengok kucing kat rumah tu kena rogol*
p/s: ni entri marah ke apa ni??
haha, lepas geram kot.. laju je tangan menaip.. terus publish.
apa lagik..call la spca-dbkl kat setapak buat appointment. :)
ReplyDeletetapi utk kucing on heat ada few puloh renggit extra charge :)
agree ngan cik marie..KKS sedia menunggu sape2 yg gatai utk di snip :p
ReplyDelete