KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Thursday, April 18, 2013

Muka Kesian ??








Kenapa si Kichan bermuka kesian ni?? 
Ini lah muka MINTA SIMPATI dari Kichan..

Dia ni memang suka wat muka camni... sebab apa? 
Sebab dia suka minta2 makanan dari kita..
Tak kira makanan ape. Asal nama nya makanan 
dia mesti nak datang ambik bau atau sanggup tunggu 
kita hulur sikit. Masa ni ibuKM tengah makan laksa, 
yelah ada bau ikan kan kuah nya tu.. Tu yang dia 
tunggu je kat tepi sofa. Selalu sangat dia wat perangai 
macam ni. Biasa nya dia akan merengek minta kita 
bagi dia, tapi kalau dengan ibuKM mesti ibuKM 
akan tegur dia macam marah sikit lah cakap 
"tak boleh, bukan makanan awak, hep !" so dia pun 
akan tunggu je dengan muka kesian ni.. Dia ni 
jenis suka makan makanan manusia, ikan ayam 
daging udang etc. Kira kita masak kicap ke, 
masak sambal ke, mesti dia nak jugak. IbuKM 
memang ta biasa kan budak2 ni makan makanan camtu, 
bukan pe.. Satu memang dah bukan makanan dia, 
tak elok bagi.. Pastu taknak depa belajar selongkar 
meja makan. Yelah, kang dah biasa makan makanan 
manusia asal ada atas meja je dia pun sibuk. 
Sanggup ibuKM tengok dia bermuka kesian ni 
daripada tengok dia jadi nakal nanti. Takkan 
nak rotan kan.. Setakat jentik2 telinga tu ada lah 
kalau tak dengar cakap sangat. 

6 comments:

  1. sama lah...anak2 kite pon ada yg mcm ni, kadang tu terpaksa basuh ayam tu dulu sbb nak kasi dia

    ReplyDelete
  2. hehehe sama la ngan meow2 uni..bila xbagi,,mula la wat muka cmnie..aummmm

    *slalunya taktik dyekor bkesan..hik3

    ReplyDelete
  3. sape x terliurrr..?? bau laksa tuuuuuuuuuuuu!!!!

    yummyy!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. hehehehe...muka mencairkan hati...

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !