KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Wednesday, April 24, 2013

Putih & Anak2

Assalamualaikum,



Sehari dua ni anak2 Putih dah pandai menangis kuat2.. Terutama nya yang bertompok oren tu. Pantang bergerak sikit, mesti dia nangis pastu melilau dalam cage macam kan Putih takde kat situ. Macam anak kehilangan ibu. Dah la buta lagi, lagilah kuat dia menangis .. ibuKM memang geram, sejak ada budak2 ni memang asyik duk belek je. Dapat yang pendiam macam si tompok hitam dengan kelabu tu 2ekor selalu kena kacau. Semalam duk gosok2 perut anak yang putih tu, ada ke patut tau2 dah basah je tangan ibuKM, diKENCING nya ! hahahaa.. hampeh punya cucu. tapi takdelah banyak. baby lagi kan. Putih tu yang paling besar dalam 4 ekor tu, entah ikut baka sapa..Kelabu mengikut no 2, yang oren pastu tompok hitam. Nampak nya 2 jantan 2 betina. Pasal nama & mana satu jantan betina kita cerita kemudian. Tunggu depa dah besar sikit, dah bukak mata & private part dah jelas.

Cerita penting harini, si Putih bila anak2 dia dah pandai menangis meratap gitu, dia pun dah tak senang duduk. Asyik mintak keluar dari cage, pastu dia sibuk eksplore bawah katil. Dah 4,5 kali dia wat camtu. ibuKM ada jugak dengar dia duk keruk2 apa ntah, memang dah agak dia sediakan port. So, pagi ni dia bising2 nak keluar lagi. . ibuKM bukak lah pintu, tengok2 dia belajar2 nak gigit leher anak dia dah nak angkut keluar. Eh tak boleh jadi, terus ibuKM ambik cepat2 letak dalam sangkar balik kunci pintu ! Lantaklah ko nak nangis dalam tu.. Bukan apa,bawah katil tu kan banyak khazanah. Nanti susah nak cari balik. Lebih baik duduk diam2 dalam sangkar tu. Senang hati den. Kalau nak keluarkan Putih cuma nak bagi dia pergi toilet. Sebab makanan dengan air ibuKM dah letak dalam sangkar tu sekali. Anak2 dia dah besar nanti 2bulan ke dah boleh join pokcik mokcik dia dalam cage besar ye. Takde asing2,, all in 1. Nanti ibuKM ada rumah sendiri baru kita fikir cara lain.. Sekarang dalam proses nak beli. Insyaallah ada rezeki, bebudak KM akan dapat bilik sendiri.

1 comment:

  1. heheheh msti asyik sibok nk belek2 je kn?

    hehhe...tk sbar bila nk tggu dorg dh mula nk bjln...time tu mmg sgt2 chomell..

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !