KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Thursday, May 31, 2012

YEAY ! Dah beli... ;)

Korang ingat tak entry ni Nak Beli..


Alhamdulillah, berkat duit simpanan hasil meniaga wood litter, ibuKM dah berjaya beli sebuah "kondo" untuk bebudak KM.. bebudak belakang semua ibuKM dah bawak tinggal sekali.. Senang setiap hari ibuKM boleh monitor, dorang sakit ke, tak makan ke apa ke biar ibuKM yang tanggung. Kadang2 bebudak belakang ni boleh tahan nakal, dah lewat senja pun masih ada yang tak nampak muka..Macam Kichan. Suka melepak kat atas bumbung la, atas pokok la.. Bila kita nak tangkap dia lari panjat lagi tinggi.. 



Jadi sekarang diorang dah ada depan mata, jadi lah walaupun dah takde kawasan depan rumah diorang leh santai2, (ibuKM menetap di flat, sebelum ni bebudak belakang tinggal rumah teres) janji diorang selesa sikit..
ibuKM letakkan "kondo" dorang depan rumah, sebelah "kondo" Lily (anak bulus adik ipar)



ibuKM beli rantai dan mangga supaya takdelah kecurian senang berlaku. kalau pencuri jahat tu nak curi jugak, lebih kerja lah sikit dia kena buat. dan canvas plastik supaya bebudak ni tak kena hujan..



Malam tadi lah, suruh husband pasangkan, kemas2 apa yang patut, ibuKM jemput bebudak belakang,
setting "kondo" siap2, masukkan bebudak KM pastu belek diorang sampai jam 11 malam..



Dengan mandi balik kerja pun belum, penat berkejar ke sana ke mari, tapi ibuKM tak kesah, janji bebudak KM dah depan mata. 



Diorang masih takut2 lagi, terutamanya Kichan. Malam tadi, Tomei hissing dekat semua beradik dia, ingtakanorang lain..yelah, kita pun kalau pindah tempat abru, tengok jiran tu tak kena tengok benda ni tak boleh.. Semua jadi tak selesa kecuali si Putih. Macam ibuKM pernah cerita Putih ni langsung tak heran, kat mana pun sama je bagi dia, janji ada tempat selesa, ada makan minum dah settle.. Dia relaks je, macam masa memula ibuKM bawak doa dari kampung tu lah..Tak bising langsung naik kereta.. 



Jom tengok gambar "kondo" & gelagat bebudak KM di tempat baru :-




Taraaaaaa.. ni lah "kondo" bebudak KM.. oklah kan dari duduk rumah setinggan dulu, diorang pun dah besar2 belaka..Kesian tengok bila waktu tido, 2ekor tido para atas, 2 ekor tido kat lantai.. Sekarang masing2 dapat sorang para, dan akan dibelikan buaian supaya sekor lagi boleh tido dalam buaian tu.. Jadilah 4 tempat kan ..





Pemandangan dari dekat ..Litter box langsung tak berusik, walaupun ada bau diorang (ibuKM tak basuh masa tukar pasir tu semalam, sebab nak bagi diorang kenal bau, dapat 1 barang pun jadilah kan..)




Kichan masih lagi takut dan tak selesa...Mengiau 4,5kali sambil buat muka sedih




ha, betina sekor ni langsung tak heran..Tengoklah muka dia / gaya dia, steady je..




Tomei pun masih belum dapat menyesuaikan diri, yelah tempat baru, orang baru, bau baru semua baru...
Mesti ambik masa ,...




Manja dah okay sikit, pagi tadi ada jamah makanan sikit.. Air belum nampak dia minum




Tengok, sampai 3 bekas ada bergantung (Tingkat pertama : RC catfood, bagi diorang berselera sikit.yelah RC kan bau nya kuat, Manja dan Putih dah makan, baru letak pagi ni.. Tingkat kedua : BW Adult, tak berusik.. Letak malam tadi, mungkin diorang takde selera lagi.. Tingkat bawah sekali : air..)




ibuKM letakkan alas kotak sebagai dinding untuk elakkan bebudak KM ni tak tido atau tak selesa sebab ternampak muka jiran sebelah.. Kalau dah setiap masa bertentang mata, macam mana diorang nak tenangkan?? Lagi2 si Kichan tu, tengoklah muka dia, muka kesian je... 




Mungkin ibuKM akan kurung mereka dulu dalam seminggu dua.. Biar diorang biasa dengan keadaan persekitaran dan bauan, baru lepaskan sekor2 nak tengok macam mana penerimaan diorang dengan tempat baru. Tapi yang paling behave buat masa ni Putih, yang lain kalau ibuKM bukak pintu macam laju je nak melompat keluar.. Dan ibuKM akan topup la aksesori sikit.. Mungkin lebih toys,.. Supaya diorang tak rasa stress duduk dalam tu kan. Mandi pun belum boleh lagi, walhal bebudak KM dah dekat 2 bulan tak mandi.. heheee, jangan marah,ibuKM sibuk.. ada masalah lain,. lagipun bebudak KM masa tu kat rumah belakang, susah sikitla ibuKM nak balik sana nak mandikan ambil masa lama... 4 ekor.. Ramai tuuuuuu... hehee



Insyaallah, nanti ibuKM update lagi pasal diorang ni. Brown belum boleh masuk, kena bagi kenal2 dulu, dah ok nanti baru masukkan. Sekarang ni dia asyik nak manja2 je, ikut kemana ibuKM pergi, celah kaki pulak tu, kot tersepak dah naya budak tu... Hei cari pasal ! 



Nak mintak kawan2 bagi idea kot2 kalau boleh percepatkan proses menenangkan bebudak ni??
Takdela lama sangat diorang dalam "kondo" ni kan..





Oklah, sekian :)

11 comments:

  1. Alhamdulillah..nampak selesa kondo baru..biasa laa tu..utk tenangkan bebudak ni..'masa' jer ubat dia..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang selesa rasa nya, tadi lunch time saya balik rumah bagi diorang wetfood, Alhamdulillah dorang makan.. Kichan terutama nya memang suka wetfood, makan dengan lahap nya. Yelah, bape jam tak makan, start dari petang semalam.

      Okay, insyaallah plahan2 diorang akan biasa kan diri

      Delete
  2. yeyehh dapat ghumah baru hikhik~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeyeh !! So far diorang dah poo2, pagi tadi penuh 1 tray ! Agaknya dah penuh sangat tak berak2, membuang dengan jayanya !! hehee

      Delete
  3. Wah!! kondo baru ye bebudak..amacam best tak? hikhik... harap2 semua akan dpt sesuaikan diri tak lama lagi.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah la Mama Mya, rumah lama tu dah sempit. Bebudak KM ni sihat2 belaka.. Baka besar.. Harap2 nya cepat lah diorang sesuaikan diri.. ;)

      Delete
  4. kucing pun tinggal kondo, kelas la ;)

    ReplyDelete
  5. nak tanya kalu 7 ekor kucing sesuai tak kondo mcm ni? brpa harga ek Mrs. Yana@K.M? sbb sy pun berminat nak beli mcm ni...

    ReplyDelete
  6. Hai anis.. kalao sume 7 bulus adult tak sesuai .. max pun rasa nya 4 adult 3 kitten.

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !