KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Monday, April 22, 2013

Perkenalkan AHLI BARU (Putih Babies)

Assalamualaikum,




Ye, tengok tajuk pun dah tau..Putih dah beranak. Subuh Jumaat hari tu... Malam Khamis tu lah, ibuKM dah tido.. dalam kul 11 camtu suami kejutkan, kata Putih ni macam dah beranak. Baring je keletihan kat lantai sangkar, nafas laju2 pastu perut pun macam mengeras. ibuKM dalam mamai, suruhla dia pergi cari kotak nak standby tempat Putih beranak dia pulak kata dah malam kedai dah tutup mana nak cari kotak lagi.. nasib baik ibuKM ada satu sangkar medium saiz, memang dah lama ada. Sebelum ni guna untuk kuarantin kucing sakit atau mandikan kucing degil. So, malam tu jugak basuh bersih2, spray dettol, keringkan sikit2, lapik dengan surat khabar dan kain tuala. Masukkan Putih dalam tu, ingatkan dah selesai lah rupa nya dia taknak duduk dalam tu. yelah selama ni duduk dalam sangkar lain, bau lain, persekitaran lain, ni duduk dalam sangkar ni sekor2 letak dalam rumah pulak. Ahli keluarga lain dah tido.. So, ibuKM pun teman lah Putih dulu. Dia dah mengiau bising2 nak keluar, dalam masa sama nampak aktif tak macam nak beranak pun. ibuKM kesian keluarkan lah dia, dia pun baring2 atas lantai golek2 kat simen, ibuKM gosok2 perut dia.. Dalam setengah jam, ibuKM pun dah terlelap sambil duduk tinggalkan dia (sangkar terbuka pintu nya kot dia nak masuk)... masuk bilik tidur. TAK DISANGKA, setiap 30 minit dia mengiau kat luar bilik, cakar2 pintu bilik, last sekali dekat pukul 4pagi dia rempuh2 pintu bilik tu. taktau lah dia buat macam mana tapi ibuKM takut orang lain terjaga ibuKM pun keluar bilik bawak bantal toto bentang situ teman kan dia. Dalam pada nak lelap, ibuKM nampak Putih duk jilat2 kawasan vajayjay dia, lepak plak atas selimut memang port baiklah kalau dia nak beranak kan.. Apalagi, ibuKM bangun masukkan dia dalam sangkar. Masa tu pun dia dah tak berapa larat, dia banyak baring je sambil nafas laju2.. ibuKM tunggu2 jugak kot dia nak beranak dah. Last2 tertidur ayam.. 
Dalam kul 5.30 ibuKM terjaga tengok dia dah tak senang duduk.. Ke kiri, ke kanan cuba cari posisi selesa agak nya.. So ibuKM tunggu lah,, dan betul2 azan Subuh berkumandang lahirlah anak Putih yang pertama. Itu pun songsang, keluar kaki dulu kepala tersangkut dekat vajayjay, ibuKM ambik plastik tolong tarikkan perlahan2 baru boleh keluar.. Risau gak tercabut kepala dia kan. Alhamdulillah, takde pape.. Pastu selang 30-40 minit setiap anak Putih dilahirkan. 4 ekor semuanya.. Yang bongsu sekali lahir kul 8 pagi. ibuKM ambik cuti hari Jumaat tu, semata mata eksaited Putih dah beranak :)
Lega semua nya dah selesai, ibuKM sediakan air je mula2 tu.. Bila dah petang baru ibuKM letakkan makanan. dia pun pergi tandas hari ke3, hari pertama dan kedua asyik menetekkan anak2 dia. Makan pun dha ok sekarang, selera ada, minum ok.. Baby2 pun okay. Seronok pulak ada anak kecik kan :)
So, untuk tatapan kawan2, janganlah muntah tengok gambar Putih dengan anak2 nye yang bakal ibuKM tepekkan ni......





Putih with babies DAY 1 (19.4.2013)



Anak ke 1 warna Putih bertompok Oren




Anak ke 2 warna Putih 




Anak ke 3 warna Putih bertompok Hitam





Anak ke 4 warna Kelabu








Putih with babies DAY 2 (20.4.2013)





Putih with babies DAY 3 (21.4.2013)







Putih with babies DAY 4 (22.4.2013)







Tali pusat bebudak ni pun dah nak kering... Insyaallah minggu ke3 nanti nak 
bawak diorang pergi vaksin. 

10 comments:

  1. wahh bestnyer dpt cucu baru..seronok kan dpt tgk dorg beranak... saya dulu alhamdulillah berkesempatan tgk si Rusty beranak..dari mula sampai baby keluar siap rakam bidio sampai bateri camera abis..hehehe

    ReplyDelete
  2. tahniah..4 babies 4 kaler..hehe

    ReplyDelete
  3. comel sgt nih.......congrats dapat cucu? eh??? hahahahhaa...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dah selamat :)

    bestnya ada babies jelessssss......

    ReplyDelete
  5. Wahh bestnya dpt baby.. Yang lagi best putih lawa laa.. Mata warna BLUE.. Flirting!!

    ReplyDelete
  6. wahhhhh xctednya tgk baby diaaaaa~!!!!
    berani ibuKM jd bidan dia yer..uni ni penakut sikit...huhu

    semua comeyyyy!!
    smoga smuanya sihat selalu...amin...:)

    tumpang xcted!

    ReplyDelete
  7. wah2....thniah dh de bby...hahaha...

    bru je aritu kita ckp psl ibuKM ngn putih kan..alik2 jumaat dh branak..hehe..

    msti asyik duk belek je ank2 dia ...

    ReplyDelete
  8. tahniah ibu km..dpt jugak beby kecik..nnti lau nk wat adopt azza nk 1..he3..mesti jd bidan trjun kannnn...

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !