Majlis makan2 berjalan dgn lancar, bbq pun habis di makan dan kami semua happy. Yang penting birthday boy lagi happy..
Otw balik KL Ahad, kami singgah beberapa buah rumah (pengantin baru kata kan..hehe)
Destinasi ke2 terakhir, hati terpaut melihat seekor "awek" putih gebu.... Ish, memang comel.
Muka nya nerd, langsung tak bersalah. Sangat manja, bermain di kaki macam di minta bawa balik.
En Suami pula menggalakkan, hurm memang konfirm lah jadi "minah" KL pastu.. huhu,
belum ada nama lagi. Usia dalam lingkungan 4-5 bulan.
Tak betah tinggal dalam kurungan, mengiau tak henti. Seekor kucing yang bijak, tahu menggunakan litter box, dan tak banyak kerenah. Nak tidur bersama tuan nya, sama ada di katil / tilam. Mana2 asalkan selesa dan bukan kurungan..
Cer tengok sikit, siapa kah "awek yang di maksudkan,...
(Dalam kereta, sewaktu nak di bawa pulang ke KL)
(Sampai rumah, dia pun penat agaknya 5 minit je ambil masa, pastu zzzzzzzzzzz dgn kita)
(Sememeh je muka mintak kesian kan, tu yang wat dia lagi comel tu)
(Keunikan : belakang telinga kanan dan ekor ada bulu warna grey sikit)
*************************************************************************************
Update MANJE : Manje dah di hantar ke klinik petang tadi untuk di SPAY kan esok.
Harap operation berjalan lancar, dan Manje selamat. Tak sabar nak jumpa Manje esok petang..p/s : Jangan ingat saya kejam sebab mandulkan Manje, saya cuma mahukan yang terbaik untuk kucing2 saya. Saya tak sanggup andai Manje melahirkan, dan anak2 nya terbiar. Kemungkinan dia dijangkiti penyakit adalah salah 1 penyebab saya ambil keputusan ni.
Ni gambar Manje yang saya ambil sebelum di hantar ke klinik.
(Muka macam redha je nak kena mandul...Takpe lah sayang, ini untuk kebaikan kamu)
Sejam sebelum ke klinik, saya bagi Manje dan adik2 makan wetfood QIUT,
supaya Manje kenyang dan rasa di hargai.
No comments:
Post a Comment
Boleh komen/share idea kat sini ye =)