KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Thursday, November 17, 2011

KEMBIRI

Apa itu kembiri??
Kembiri ialah sebuah proses memandulkan haiwan. Ia bertujuan untuk mengawal populasi pertambahan haiwan terbiar terutamanya kucing & anjing. Haiwan yang di kembiri mendapat banyak kebaikan, dan mengurangkan keburukan. Antaranya :-

: Dapat mengurangkan ketidakperluan kelahiran baru : 
: Berisiko dijangkiti barah / tumor :
: Mengurangkan tahap ketidakstabilan haiwan / stress :
: Jangkitan kuman (terutamanya haiwan yang tinggal di jalanan) :
: Menghalang mereka dari menanda kawasan (Kencing merata) :
: Lebih manja, sihat dan kurang bergaduh :

Bagaimanakah proses kembiri dijalankan?

-- Bagi kucing betina, proses ini di panggil SPAY, pembedahan akan di lakukan bagi membuang "rahim". Ia melibatkan kos yang tinggi, bergantung pada klinik yang anda pilih.



- Rujuk gambar -
1) Bulu di kawasan pembedahan akan di buang / di cukur

2) 1 lubang akan di buka bertepatan di kawasan rahim setelah di pastikan.

3)Seluruh organ peranakan di tarik keluar.

4) Setelah selesai, kawasan pembedahan akan di jahit semula.

 ~~ Inilah rupa sebenar organ peranakan kucing betina yang telah dikeluarkan ~~



-- Bagi kucing jantan, proses ini di panggil NEUTER, hanya pembedahan luaran akan di lakukan bagi membuang "kantung telur". Ia melibatkan kos yang rendah sahaja, bergantung pada klinik yang anda pilih.



- Rujuk gambar -
1) "Kantung telur" di kenal pasti.

2) Selepas di sapukan iodin, kulit luaran mula di potong
dan skrotum di keluarkan

3) Ditarik hingga menampakkan urat hujung, dan dipotong.

4) Kawasan itu akan dijahit semula selepas proses selesai.



Apakah hukum mengembirikan haiwan??
Berdasarkan rujukan yang dibuat bersama pihak JAKIM, mengembirikan haiwan hukum nya HARUS, demi menjaga kesihatan haiwan / manusia am nya jika haiwan itu didapati berpenyakit atau kita tidak mampu untuk menjaga mereka andai jumlah nya bertambah kelak.



Cara persediaan, penjagaan sebelum
dan selepas kembiri.
Setelah temujanji telah dibuat, kucing perlu di puasa kan terlebih dahulu lebih kurang 8-10 jam sebelum di bedah. Biasanya pembedahan dilakukan pada waktu pagi, bermakna kucing tidak boleh diberi makan selepas pukul 9-10 malam (hari sebelumnya).
Pembedahan ini dilakukan dengan pelali anesthesia, dan perut yang berisi makanan boleh menyebabkan muntah atau sesak nafas semasa dibius. 
Penjagaan selepas pembedahan juga ringkas, hanya pastikan luka itu tidak bernanah,berikan ubat penahan sakit yang dibekalkan oleh vet dan seelok-eloknya dikurung sehingga sembuh lukanya. Jika tidak dikurung pun tak mengapa, namun biasanya kucing cenderung untuk menjilat kawasan luka kerana tidak selesa dengan luka tersebut. 
Lawatan ke klinik selepas pembedahan juga tidak perlu, dalam kebanyakan kes. Tapi pastikan anda menerima ubatan tahan sakit atau lain-lain yang mencukupi dari klinik. Pastikan juga anda mendapat penerangan dari doktor tentang apa-apa penjagaan atau rawatan khusus yang perlu diberikan sebelum dan selepas pembedahan.

Kita perlulah memantau keadaan luka tersebut setiap hari. Jika luka itu kelihatan keluar darah, membengkak atau bernanah, kucing itu perlu di bawa semula ke vet seberapa segera.
Cuba cegah kucing anda dari menjilat kesan luka tu kerana ia akan melambatkan penyembuhan (bila dijilat, luka itu akan kembali terbuka). Cara paling mudah ialah alihkan tumpuannya dengan memberikan makanan snek.
Dan jangan lupa ambil nombor telefon vet anda, sebagai langkah berjaga-jaga dalam tajuk di bawah ini.
(Credit to blog : alamkucing.blogspot.com)


Biasa nya haiwan yang di kembiri akan mengambil masa 10-14 hari untuk sembuh, bergantung pada prosedur pembuangan nya tadi. Haiwan sudah boleh di beri makan / minum beberapa jam selepas pembedahan. Berikan makanan basah (Disyorkan) dan elakkan nya bermain terlalu aktif, dikhuatiri akan menyebabkan kawasan jahitan terbuka atau berdarah.



**********************************************************************

11 comments:

  1. hi, candy here. bolehkah saya tanya pada kamu dimanakah boleh saya mendapat perkhidmatan ini bagi anjing betina saya? berapa harga pembedahan perlu saya bayar?
    kehui87@hotmail.com

    ReplyDelete
  2. salam..sy nk tnya awk beberapa soalan yg sy xtau mngenai kucing dan kembiri..soalan 1:boleh ke sy memandulkan kucing betina sy yg sdng hamil,tp masih belum pasti sama ada hamil atau pn tidak sbb ade doktor kerajaan yg boleh lakukan pmbedahan tersebut?soalan 2:jika sy belum pernah mmbuat vaksin,atau pn ubat cacing,blh ke sy mandulkan kucing tu juga?soalan 3:jika ade kutu blh ke sy mandulkn kucing sy?sy hrp dpt kerjasama n nsht dr pihak awk cz mnggu dpn temu jnji sy dgn doc kerajaan pd 3/3/13..sy xnk berlaku bende yg xelok pd ank2 sy yg sy amat syngi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Papa Bubu, menjawab bagi 3 pertanyaan di atas :
      1) TIDAK BOLEH MANDULKAN KUCING YANG SEDANG HAMIL
      -anda mesti memastikan dahulu bahawa kucing tersebut tidak hamil, selewatnya tunggu dalam masa 2-3bulan(jangka masa kucing bunting). Jika bulan ke 4 tiada tanda melahirkan, bolehla bawa ke klinik untuk dimandulkan. Pastikan dikurung dalam tempoh masa tersebut.

      2) Untuk memandulkan kucing, kucing seharusnya di vaksin sekurang kurang nya SEKALI sebulan sebelum dimandulkan. Ini untuk mengelakkan masalah kesihatan pada kucing di masa depan. Ubat cacing boleh diberi pada hari yang sama divaksin. Ianya adalah pilihan sahaja.

      3) Kucing berkutu boleh dimandulkan, tiada masalah. Sebolehnya mandikan 2-3hari sebelum temujanji kerana selepas dimandulkan kucing tidak boleh dimandikan selama 2minggu berturut. Cuba atasi masalah kutu dengan syampu kutu kucing di pasaran (Machiko brand contohnya).

      Diharap persoalan anda terjawab. Sebarang maklumat tambahan berkenaan pemandulan boleh saja cari di Google, sekarang telah ramai peminat haiwan yang berkongsi maklumat. Sekian, terima kasih :)

      Delete
  3. terima kasih banyak2..sy dh fhm di atas nasihat yg di beri..

    ReplyDelete
  4. salam..ada pertanyaan sedikit disini
    kalau kucing betina pernah melahirkan anak sesuai tak untuk di kembiri?

    ReplyDelete
  5. aaaaa : boleh, tiada masalah.. pastikan selepas sebulan @ 2 bulan melahirkan baru di kembiri. kerana anak2 nya sudah kurang menyusu dan berdikari

    ReplyDelete
  6. Salam....nak tnye...kucing betina sy br lps beranak....tp 2mggu lps dia de kuar umah maybe pergi mengawan....adakah sempat lg sy untuk mandulkan dia....anak2 nya dh umur 3 bln...huhu

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum.. di mana sy boleh dapatkan perkhidmatan kembiri kucing ini di klinik kerajaan ? sekita kuala lumpur.. terima kasih

    ReplyDelete
  8. kenapa kucing saya yang berusia 7 bulan mati selepas 3hari di spay? sy agak dy terjatuh dlm lopak air kerana bawah badan dia berlumuran air tanah.. dia tidak bermaya kemudian sy bersihkn badannya dgn mandi. dan dibawa ke vet. doktor cucuk ubat .bila balik rumah dia mati dan sebelah dada rusuk kirinya mengelembung bengkak .. adakah kerana pendarahan atau salah ubat diberi oleh vet?

    ReplyDelete
  9. Blh kah kembiri kucing yg menghidap penyakit sawan? Pls anyone help

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni saya tak berapa pasti lah pulak.. kena rujuk klinik haiwan berdekatan @ try call dulu mana2 klinik untuk info.

      Delete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !