KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Tuesday, November 15, 2011

JUMPA ANAK KUCING DMH

UPDATE : 11.11.2011
Hari tu, jalan2 nak g kedai kat area office, terjumpa dak kecik ni mengiau2 di bawah kaki seorang APEK yang sedang makan. Ooh sangat tak sampai hati, ambil dia bawa balik office dan mandikan. Dia sangat kecil, mungkin dalam lingkungan 1 bulan umurnya.. Bulu tak kemas, masa mandikan pun keruh je air yang turun.

Meh tengok gambar dia dulu, 



Kesian kan, kecik2 dah hilang mak ayah,... Sekarang masih di bawah penjagaan saya. Belum pandai makan kibbles, masih makan wet food. Harap dia boleh survive. Insyaallah dia dah besar and sihat nak put for adoption. 


UPDATE : 13.11.2011
Tadi masa nak beri dia makan, nampak ada sesuatu kat celah ekor dia.. Hurm, jom tengok. 
(GAMBAR ADALAH 18SG)

*


*


*


*




NAMPAK TAK YANG BERJUNTAI TU ???
CACING KERAWIT HOKEY !!! Hadoi, kesiannya dak kecik ni.



 Ni gambar saya ambil, lepas tarik keluar dari bonbon dia, ada 3 ekor berjaya dikeluarkan.
Agaknya cacing2 ni mati sebab lepas saya mandikan budak kecik ni, saya letakkan ubat telinga, ubat mata, ubat kutu dan TROY Nutripet baru saya bagi makan. 
Tapi baguslah, sekurang2 nya terkuranglah sikit azab budak ni, patutlah kembung je perut dia.
Saya nak deworm kan dia minggu depan. Kesiaaaannnn...



*****************************************************************************

Petang tu, bila dia dah selesa sikit, saya bawa dia berkenalan dgn Kak Manje, Abg Kichan n Abg Tomei.
Macam biasa, ada hissing2, tapi lebih banyak kepada mereka memerhatikan dia dari jauh. Yelah, budak baru, kecik pulak tu. Mungkin mereka pun kesian kan dia. Jom tengok gambar..


(sperti biasa, Kichan sangat suka memerhatikan dari jauh. Jadi dia tak ada dalam gambar)





Sementara tu, nak shar gak.. Manje ada sifat keibuan, dia tak hissing pada si kecil. Tapi dia terintai2 dan cuba memegang si kecil. Tengok saja gambar tu, dan fahami gerak geri dia. Saya terharu...






Nanti kalau ada cite terbaru pasal dak kecik tu saya update ye.



********************

2 comments:

  1. aaa..takutnya tgk gambar cacing tuh...insyallah dia blh survive sbb dia dh blh mkn sendiri...masa rina kutip nomel dulu..umo dia baru nk masuk 1 bulan...bawa jpe vet, vet kata klo dia blh mkn sendiri, jgn risau...shd be ok..be strong ya budak tecit...auntie yakin budak tecit blh survive

    ReplyDelete
  2. ya, insyaallah harap2 nya camtu la. tapi dia mmg nampak ok, selera makan sungguh. Cuma masih belum pandai makan kibbles.

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !