KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Thursday, May 31, 2012

PERSOALAN - KUCING & WANITA HAMIL

**sticky post until 31st May 2012**
scroll down for new entry





Persoalan ni selalu bermain di fikiran ibuKM, berkaitan kucing sebagai haiwan peliharaan.


Tapi sebelum tu, kita baca "copy" entri di bawah :-



Kucing Dan Wanita Hamil

Membela kucing boleh memberikan kesan negatif kepada kandungan. Ia berkait dengan sejenis parasit iaitu protozoa Toxoplasma gondii yang membiak di dalam usus kucing dan didapati di dalam najisnya dan tanah.



Parasit ini menyebabkan sejenis jangkitan yang sering ditemui – toksoplasmosis yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada bayi di alam kandungan.

Ibu yang mengandung boleh mendapat jangkitan apabila menyentuh najis kucing. Jangkitan ini boleh juga timbul akibat memakan masakan yang tidak dimasak dengan sempurna.


Wanita yang mula-mula mendapat jangkitan toksoplasmosis semasa mengandung mempunyai lebih kurang 40 peratus peluang memindahkan jangkitan tersebut kepada bayi di dalam kandungannya.


Apabila ibu dijangkiti dalam trimester (kehamilan berusia tiga bulan) pertama, sebanyak 15 peratus daripada bayi mereka turut dijangkiti berbanding 30 peratus semasa trimester kedua dan 60 peratus trimester ketiga.


Kesan akibat jangkitan adalah lebih teruk jika ia berlaku di peringkat awal mengandung. Adalah dianggarkan, satu dalam 10 daripada bayi yang dijangkiti mengalami toksoplasmosis yang teruk.


Mereka mendapat jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta, pembengkakan hati dan limpa, penyakit kuning dan jangkitan paru- paru. Sebahagian mereka mengalami kehilangan deria pendengaran.


Janin yang mengalami jangkitan toksoplasmosis yang terlalu teruk boleh meninggal dunia semasa dalam kandungan atau ibu mengalami keguguran. Jika dilahirkan hidup, mereka akan menderita kecacatan otak seperti palsi serebral dan sawan.


Jika doktor mengesyaki yang ibu mempunyai jangkitan toksoplasmosis aktif, ujian darah boleh dilakukan untuk mengesan kehadiran antibodi yang mengesahkan jangkitan ini.


Jika ibu disahkan mendapat jangkitan, ujian lanjutan seperti amniosentesis dan ultrasound dilakukan untuk memastikan sama ada bayi dalam kandungan juga telah dijangkiti.


Ibu akan diberi ubat khusus jika bayi disyaki telah dijangkiti, agar gejala-gejala yang akan dialami oleh bayi apabila lahir dapat dikurangkan. Rawatan ini diteruskan ke atas bayi selepas dilahirkan.


Sebaliknya, jika bayi dalam kandungan belum dijangkiti, ibu akan diberi ubat antibiotik khusus supaya risiko jangkitan kepada bayi dapat dikurangkan sehingga 50 peratus.


Bayi-bayi yang baru dilahirkan oleh ibu-ibu yang mendapat jangkitan toksoplasmosis haruslah diuji agar bayi-bayi yang tidak mempunyai sebarang gejala semasa dilahirkan tidak akan tercicir daripada menerima rawatan khusus, jika mereka sebenarnya juga telah dijangkiti.


Ini kerana mereka mungkin dianggap sihat sehinggalah mereka mendapat jangkitan mata dan sebagainya setelah berusia beberapa bulan mahu pun beberapa tahun selepas dilahirkan.


Oleh kerana toksoplasmosis merupakan penyakit jangkitan yang boleh menjejaskan kesihatan bayi dengan serius, langkah-langkah pencegahan seperti berikut dapat mengurangkan insiden ia berlaku. Antaranya:
* Membasuh tangan sebelum mengendalikan makanan
* Mengelakkan pemakanan daging mentah atau tidak sempurna dimasak
* Membasuh dengan teliti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak sebelum dimakan
* Menggunakan sarung tangan semasa berkebun atau semasa mengendalikan tanah dan akhir sekali elakkan daripada menyentuh najis kucing.



Sebaik-baiknya, elakkanlah daripada membela kucing semasa mengandung, tetapi jika ini amat sukar untuk dilakukan, hendaklah berhati-hati dan mempraktikkan langkahlangkah pencegahan seperti di atas agar risiko jangkitan berada pada tahap minimum.








Untuk pengetahuan kawan2, ibuKM dah 2X keguguran, dan tak tahu apakah punca nya.. Bila terbaca tentang entri macam ni, sedikit sebanyak menganggu emosi. ibuKM sayang bebudak KM semua, tak mungkin ibuKM akan LET GO dorang pada sesiapa pun !! 


Ada suara juga yang mengatakan salah satu punca ibuKM sering keguguran
: SEBAB IBUKM DAH KASI / MANDULKAN bebudak KM dan Allah swt telah murka.


ibuKM sangat berbesar hati andai kawan2 semua dapat share info terutamanya dari segi penjagaan / cara mengelakkan perkara sebegini
berkait dengan keguguran yang ibuKM alami.. 


Mohon jasa kawan2 KM yang membela kucing dan pernah melahirkan 
berkongsi cerita dengan saya...








Salam sayang, 
ibuKM yang sedih hati.......

36 comments:

  1. mak saya bela kucing masa mengandungkan adik2 saya lagik.. sampai sekarang alhamdulillah okay je semua. belajat kat U lagik :)

    apa2 orang kata tu jangan amek port sangat sebab rezki d'tangan Allah. hanya Dia yang tahu napa KM belum d'kurniakan anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama Mary : macam mana dengan pembersihan najis? ye, saya cuba untuk tak menyalahkan takdir, dan saya tahu Allah dah atur yang lebih baik untuk saya. Cuma saya sikit sedih..

      Delete
    2. kucing saya outdoor. alhamdulillah xde problem :)

      Delete
  2. hai ibuKM. saya ni kira lambat gak lah mengandung. maybe tak lambat bg saya, tp org sekeliling dah mula bertanya. well, sakit hati kan. tp nk buat camne, mulut org. paling sakit hati, kawan kawan cakap sebab saya bela kucing, so saya susah nk mengandung. tp masa tu, terdetik jugaklah pasal kucing ni. pada kawan kawan saya mengadu. pada suami tak berani nk suarakan hal ni, takut dia menyokong sebab dia pun tak lah berapa suka kucing ni. tp alhamdulillah, Allah bg saya rezeki anak. saya mengandung juga akhirnya. first time check up, saya suarakan kt nurse. bgtau saya ada bela kucing. saya cakap pasal virus ni. tp nurse cakap, selagi saya jaga kebersihan takde apa apa. sama jugak pada kawan saya. tp dia buat ujian darah tu, saya tak. ujian darah tu, negatif. saya tumpang gembira.
    sejak mengandung, jaranglah saya uruskan litter box. mak ng adik adik je yg buat. hehe.
    tp kalau saya buat, even tak pregnant pun, saya akan basuh tangan lepas tu. dapat pulak saya memang guna shower gel dettol, mmg senanglah kan.
    lagipun kucing kucing saya semua jenis indoor. kalau keluar pun, keluar lepas pintu je. rumah flat maklumlah kan. memang tak bawak turun tanah. sebab jakun dorang tu ng tanah, kang lari mmg susah saya nk kejar.
    alhamdulillah, skrg dah minggu ke hujung hujung pun. tapi dalam masa yg sama, saya tetap berdoa semoga takde apa apa terjadi pada anak saya semasa dalam perut dan juga selepas dia lahir nanti. saya tak maulah dia kena alergic ke asma ke kan. saya tetap doakan kucing kucing saya bukanlah penyebab penyakit tu.
    tp kalau ibuKM nk lagi maklumat lanjut, better pergi jumpa doktor. try buat ujian darah.
    tu jelah rasanya nk saya boleh share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan tahniah atas kandungan awak..

      Terima kasih sangat sebab sudi kongsi cerita awak dengan saya. banyak bagi saya semangat semula. dan saya juga akan praktikkan apa yang awak dah praktik (basuh tangan, suruh orang lain handlekan litter box dan ujian darah)..

      Buat masa ni saya dalam tempoh berpantang lagi, mungkin selepas 2/3 bulan saya cuba TTC .. tapi akan mula praktik dari sekarang. Semoga Allah kurniakan awak, saya dan sesiapa juga yang punyai kisah yang sama dengan zuriat yang sihat. Boleh buktikan pada mereka yang pandai2 keluarkan kenyataan tak baik tu kan :)

      Terima kasih sekali lagi,
      salam sayang..
      ibuKM

      Delete
  3. saya sekrang mengandung (msh 1st trimester )dan kat rumah ada 9 ekor kucing. mmg nak let go tu..xdpt..syg sgt kt mereka. so skrg najis2 suami yg urus..main kucing pun..jarang..klu nk pegang..lps tu basuh tgn..ada la sekor ni yg msh xdpt buang tebiat msh nak tdo sama setilam. tp die mmg indoor. bersih.. so tak sampai hati gak nak kick out dr bilik. mcm tawakal jer..nnti cek up nak tnya doc or buat ujian lanjut ttg jangkitan ni..mmg takut gak.tp tu jer yg saya mmpu buat skrg..huhu


    sorry..panjang pulak komen..

    ReplyDelete
  4. sbnrnya kucen x salah lam hal nih & org yg ckp cam tu sbnrnyer kene baca @ kaji balik...mungkin xde rezeki lagi tp dinasihatkan bab2 najis kucen tu, elok ler suami yg tlg bersihkan litter tray dorg...

    klu terpaksa jugak, kne pakai sarung tangan yg getah tu ke utk cuci tray dorang.. yang penting jaga kebersihan...

    ramai jgk yg bela kucen sampai berbelas2 ekor, still beranak pinak..

    ape2pun rezeki di tangan Allah.. x mo sedih2 ok.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyela kak, saya pun harap macam tu. Insyaallah ada rezeki lebih baik untuk saya. Tq ya ~

      Delete
  5. salam. . sis. . kin bela 6 ekor kat rumah ni. . 4 indoor n 2 outdoor. . mule2 mmg sgt kuat fbaran sbb my mum sendiri x suka kucing n asyik ckp kucing penyebab x blh mengandung la. . x kawin2 la. . tp kin percaya pd ketentuan Allah. .Alhamdulillah kin hamil selepas setahun berkahwin. . n alhamdulillah bby sihat n now 7 bln pregnant. . mmg start kahwin hubby yg kemaskan litter tray. . kalau terpaksa pun kin akan basuh tgn sebelum mkn sgt2 penting. actually bkn dr kucing shj kuman tu. . if addicted to sushi pun blh jd cause jugak n sometimes org suka mkn ayam yg still ade drh2 lg. . daging yg x ckup msk. . not really drpd kucing. . percayalah. . rezeki tu drpd Allah. . kin still tdo lg dgn all da cats. . n my life is theirs. . huhu. . Alhamdulillah. . bila kita kongsi dgn kawan2 yg punya minat yg sama sedikit sebanyak akan membantu kita. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam Kin, thanks a lot.. Sedikit sebanyak Kin bantu redakan keresahan hati ibuKM ni.. Yelah, siapa yng dah kawin takmau anak kan, kira macam kita di letakkan harapan oleh semua orang. Apa pun, ibuKM bersyukur rupanya ramai juga sahabat ada masalah sama, ibuKM tak keseorangan. .

      Insyaallah ada rezeki nanti ada lah kan :)

      Delete
  6. salam ibukm.
    saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pendapat pada ibukm.
    saya mempunyai 8ekor kucing....semuanya dah dikasi..saya bela start bujang hinggalah sekarang sudah berkahwin...saya uruskan sendirie litter box. kini saya mengandng 6bulan..masa kandungAn usia 6minggu hingga 3bulan..saya bleeding..saya tawakal..tak sedikit pon menyalahkan kucing2 saya.

    saya masih uruskan litterbox bergilir dengan suami..hinggalah kandungan genap 3 bln bleeding pon stop..perot makin lama makin besar..jadi sekarang suami uruskan semua..
    sy pernah tanya doktor ttg isu nie...yerlah sy taknak sbb pregnant kucing semua kena letgo..syg woo..
    aperpon kena yakin dengan rezeki yang Allah bagi..kucing pon mahkluk Tuhan...syukur suami sgt menyayangi kucing..kami akan sama2 duduk dalam bilik kucing...hingga kucing kami puas bermain.

    selepas itu saya akan mandi bersihkan diri..dokor ckp kalo kucing dah vaksin tak perlu risau..andai kita terhidu taik kucing pon jgn risau..kutu kucing pon jgn risau...cuma najis kucing kita jgn pegang..
    ibukm jgn risau yerk..saya doakan ibu sentiasa diberi kesihatan yg baik dan jgn pk bukan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah buat kandungan kamu :)
      Alhamdulillah, saya masih belum berhasrat nak let go kucing2 saya walaupon orang kata macam2. dan saya masih uruskan litter box sendiri sebab suami balik lewat kesian anak bulus kalau litter box penuh ..

      Ya, kucing saya semua dah di vaksin, dan saya dah ambil pendekatan cuci tangan selepas bersihkan litter box.

      Mungkin belum rezeki saya, terima kasih ~

      Delete
  7. Hai ibukm, saya pon berpendapat lbh kurang sama dengan misspinkie n etty tu. Pada saya kebersihan je puncanya. Lagipun kita sendiri tau kan tahapmkebersihan takkan le lepas pegang poopoo meow kita nak trs mkn pulak, harus basuh tgn bersih2, ye tak? Rasanya takde masalah la, ramai je yg bela kucing tapi elok je. Orang yang takde kucing pon tak semestinya 100% sihat kan. Ni bukan pasal nk sokong bela kucing ke tak, tapi dari segi logik, if kita jaga kebersihan insyaallah, semua ok. Mcm saya pon si nezha mmg duduk dalam rumah je 24jam. Kot nak terdedah dengan bulu dia pon mmg sesuai sangat tapi tu le kena extra rajin vacuum dan lap apa yg patot. So ibukm, jangan risau ye...

    ReplyDelete
  8. Takderlah dik,.. semuanya ketentuan Allah. Walaupun kuman sebesar gajah, klw Allah utuskan jadi, jadilah dia..Kun Fa Ya kun.. kuat semangat, kuat iman. Bukan sbb ada kucing kita takder anak, bukan sbb takder kucing kita ada anak. Byk org yg takder kucing, pun tak beranak2.. he.. he

    ReplyDelete
  9. Assalam ibu KM..
    Nak tanya, kucing kena vaksin ape ye? Saya ade bela sekor, kucing indoor. Saya plak da pregnant 7 minggu, org kata tak elok pegang kucing time pregnant, takut kenan kata nya.. Ape komen ibu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam An-Li, thanks sudi jenguk sini. Setiap kucing biasa nya di beri vaksin sebanyak 3x pada awal nya, dan sekali setiap tahun berikut nya.

      Jadual vaksinasi kucing :
      Umur 8-9 minggu
      Pemeriksaan umum
      Vaksinasi TRICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)
      Pemberian ubat cacing

      Umur 12-14 minggu
      Pemeriksaan umum
      Vaksinasi ulangan RICAT (Feline Panleucopenia, Rhinotracheitis, Celici) atau Tetracat (Tricat+Chlamydia)

      Umur 20 minggu
      Pemeriksaan umum
      Vaksinasi Rabies

      Jika kucing awak dah berusia setahun ke atas, kemungkinan dia hanya mendapat 1/2 suntikan sahaja, berbanding di suntik dari kecil.

      Kucing mudah sakit / mati jika tidak di vaksin.

      Berkenaan kandungan awak, semua nya kerja Allah swt. Kalau Allah swt izinkan kandungan awak sihat, insyaallah semua nya baik2 je. Awak ambil langkah berjaga2, spt KALAU Boleh minta suami yg buangkan najis kucing/bersihkan sangkar..
      Selain nya takde masalah, setakat awak nak belai peluk cium.. Yg menjadi punca ialah NAJIS itu sendiri, virus TOXOPLASMASIS.. Basuh tangan guna Dettol setipa kali lepas pegang kucing. Insyaallah kandungan awak sihat.

      Delete
  10. Salam semua... Saya pun ada kisah yang sama dengan ibuKM... Perkahwinan saya baru nak cecah setahun , tapi suami saya dari mula kawin memang nak anak cepat apatah lagi kawan2 duk tanya... Saya bukan x mau tapi rezeki belom ada dan saya rasa masih terlalu awal lagi.. Kami pernah merancang untuk dapatkan anak 2tahun selepas berkahwin, tapi atas desakan kawan2 suami saya nampak terlalu stress dan selalu berkata2 tentang itu hinggakan sekarang dia salahkan kucing kononnya kucing penyebab saya tidak hamil.... Nauzubillah... Saya takot kalau2 dia tidak sedar yang rezeki itu datang dr Allah s,w,t... Saya mempunyai 14 ekor kucing dan saya yakin itu bukan penyebab nya.. "usaha tangga kejayaan" ... Saya cakap dengan husband sy, kalau buang kucing tu usaha yang memang x akan beri kejayaan langsung malah di murkai Allah s.w.t.. So that, kita harus berusaha dengan cara lain contoh mengurut dan amik supliment untuk kuatkan rahim ...

    Saya sayang kucing saya, jaga dari bujang lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, mula2 saya macam terfikir ada betul kot berkenaan kucing syaa susah dapat anak.. tapi bila fikir positif, Allah swt punya kuasa nak bagi atau tidak, melihat dari persediaan kami dari segi fizikal dan mental. dan harap nya kita yang belum ada rezeki beranak, dapat melalui saat tu walaupun sekali. Insyaallah. Ye, saya ada berurut dan makan makanan tambahan :)

      Delete
    2. Betul tu... sama la ngan saya... sya dh 2 tahun kawen sampai skrang belum dikurniakan anak.. sya ade bela 2 ekor kucing.. kawan2 sume marah suruh buang, mmg x sampai hati lah kan nak buang..kite bela dr kecik kot..
      Makcik Pakcik kawan2 sya sume kata, kalau kita bela kucing dah sayang dier..kucing2 ni akan doakan kita supaya xde anak dan sayang mereke je... tp ade gak sepupu sya bela 10 ekor kucing,mengandung jugak..dan ade gak kawan sya dh 6 tahun kawen xde anak gak..lagi lah dia x bela kucing pun...kalau mcm tu apa lak punca nya...sya dh pening pk pasal ni...

      tp pd saya semua terserah pada Yg Esa Allah S.W.T...kalau Dia nak bg sekejap je dia bg kan...

      sya tetap sayangkan kucing... :)

      Delete
  11. assalammualaikum ibukm..
    nk citer skit..sy dh hampir 4thn kawen..masih belom ada rezeki anak pon lg..mmg sy ada bela 3 eko indoor cats..tk penah kuar rumah,vaksin dorang pon complete,siap dorang ni vegetarian lagi..hehehehe..
    tp bab2 hamil ni,mmg sy bulat2 serahkan pada yg di ATAS..usaha tu mmg la,tp kalo DIA ckp belom masanya lg utk sy hamil,kita kena redha je la kan..sy mmg tk nak salahkan kucing2 sy kalo sy tk hamil lg..sbb tu sume bkn keje kita kan..
    bg sy,kita just usaha mana yg mampu..selebihnya DIA yg tentukan..kalo ada rezeki,takkan kemana..mungkin tuhan ada perancangan yg lebih baik utk kita,sape tau.. :)
    apepon,mesti tawakal..jaga kebersihan & sayangilah anak2 bulus kita..hehehe :)

    ReplyDelete
  12. Salam all friends I nak sare juga ni kita jgn salahkan kucing dia ciptaan allah juga Dan nak menikmati hidup seperti kita juga, butuh Belgian kasih sayang , bkn pasal kucing sampai kita takle mengandung ,Allah menguji kita setakat mana kesabaran kita menghadapinya, sebab rezeki tu dari yg mahakuasa jgn risau yg tawaqal kpd Allah dan berdoa, I pun dah Lima thn menikah blm do berikan momongan, sejak thn 2012 I start belah kucing 3 ekor 2 betina 1 jantan so mengandung hingga jadi 7 ekor tiga ekor I jumpa kat jln kasihan ibunya tinggalkan mrk so I ambil Dan bela kat so I buat cam anak sendiri dan sayang mrk, alhamdulillah singkat cerita skrg I dah mengandung dua bln, I selalu cakap dgn kucing I doakan ummy supaya ummy mengandung so walaupun mrk tak blh cakap mrk tau apa yg kita cakap dgn mrk, so buat ibu ibu yg blm dpt momongan tu baik yg belah kucing Dan tak bela kucing jgn putus harapan ok, kalau yg tak bela kucing try la bela kucing cam bela anak manusia sendiri insyaallah manatau dpt mengandung sebab I yg alami sendiri, semoga bermanfaat buat ibu ibu yg merindukan momongan, amin

    ReplyDelete
  13. Salam all friends I nak sare juga ni kita jgn salahkan kucing dia ciptaan allah juga Dan nak menikmati hidup seperti kita juga, butuh Belgian kasih sayang , bkn pasal kucing sampai kita takle mengandung ,Allah menguji kita setakat mana kesabaran kita menghadapinya, sebab rezeki tu dari yg mahakuasa jgn risau yg tawaqal kpd Allah dan berdoa, I pun dah Lima thn menikah blm do berikan momongan, sejak thn 2012 I start belah kucing 3 ekor 2 betina 1 jantan so mengandung hingga jadi 7 ekor tiga ekor I jumpa kat jln kasihan ibunya tinggalkan mrk so I ambil Dan bela kat so I buat cam anak sendiri dan sayang mrk, alhamdulillah singkat cerita skrg I dah mengandung dua bln, I selalu cakap dgn kucing I doakan ummy supaya ummy mengandung so walaupun mrk tak blh cakap mrk tau apa yg kita cakap dgn mrk, so buat ibu ibu yg blm dpt momongan tu baik yg belah kucing Dan tak bela kucing jgn putus harapan ok, kalau yg tak bela kucing try la bela kucing cam bela anak manusia sendiri insyaallah manatau dpt mengandung sebab I yg alami sendiri, semoga bermanfaat buat ibu ibu yg merindukan momongan, amin

    ReplyDelete
  14. Salam all friends I nak sare juga ni kita jgn salahkan kucing dia ciptaan allah juga Dan nak menikmati hidup seperti kita juga, butuh Belgian kasih sayang , bkn pasal kucing sampai kita takle mengandung ,Allah menguji kita setakat mana kesabaran kita menghadapinya, sebab rezeki tu dari yg mahakuasa jgn risau yg tawaqal kpd Allah dan berdoa, I pun dah Lima thn menikah blm do berikan momongan, sejak thn 2012 I start belah kucing 3 ekor 2 betina 1 jantan so mengandung hingga jadi 7 ekor tiga ekor I jumpa kat jln kasihan ibunya tinggalkan mrk so I ambil Dan bela kat so I buat cam anak sendiri dan sayang mrk, alhamdulillah singkat cerita skrg I dah mengandung dua bln, I selalu cakap dgn kucing I doakan ummy supaya ummy mengandung so walaupun mrk tak blh cakap mrk tau apa yg kita cakap dgn mrk, so buat ibu ibu yg blm dpt momongan tu baik yg belah kucing Dan tak bela kucing jgn putus harapan ok, kalau yg tak bela kucing try la bela kucing cam bela anak manusia sendiri insyaallah manatau dpt mengandung sebab I yg alami sendiri, semoga bermanfaat buat ibu ibu yg merindukan momongan, amin

    ReplyDelete
  15. Salam all friends I nak sare juga ni kita jgn salahkan kucing dia ciptaan allah juga Dan nak menikmati hidup seperti kita juga, butuh Belgian kasih sayang , bkn pasal kucing sampai kita takle mengandung ,Allah menguji kita setakat mana kesabaran kita menghadapinya, sebab rezeki tu dari yg mahakuasa jgn risau yg tawaqal kpd Allah dan berdoa, I pun dah Lima thn menikah blm do berikan momongan, sejak thn 2012 I start belah kucing 3 ekor 2 betina 1 jantan so mengandung hingga jadi 7 ekor tiga ekor I jumpa kat jln kasihan ibunya tinggalkan mrk so I ambil Dan bela kat so I buat cam anak sendiri dan sayang mrk, alhamdulillah singkat cerita skrg I dah mengandung dua bln, I selalu cakap dgn kucing I doakan ummy supaya ummy mengandung so walaupun mrk tak blh cakap mrk tau apa yg kita cakap dgn mrk, so buat ibu ibu yg blm dpt momongan tu baik yg belah kucing Dan tak bela kucing jgn putus harapan ok, kalau yg tak bela kucing try la bela kucing cam bela anak manusia sendiri insyaallah manatau dpt mengandung sebab I yg alami sendiri, semoga bermanfaat buat ibu ibu yg merindukan momongan, amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ada pandangan..tetapi tidak pula sy meminta kalian mempercayainya kerana ini sekadar pandangan peribadi..namun begitu kuasa allah tiada tandingannya.rezeki yg diberi adalah rahsianya..banyak sy tgk rakan sy yg membela haiwan kesayangan khusunya kucing masih belum dikurniakan cahaya mata walaupun lama berkahwin.bukan mahu salahkan kucing..tetapi apa kata kita ikhtiar cara org tua..beri lah kucing tu kepada org lain untuk dijaga rapi.cuba tumpukan kasih syg kepada suami isteri.. Sebab org kampung kata kucing tu dia berdoa agar tuannya agar syg dia shj.memang mcm lucu.biasalah org kampung.tapi tiada salahnya mencuba.tak menganiaya sesiapa mahupun binatang.bukan meminta selain allah.bukan menyekutukannya.tapi ikhtiar mudah. Saya juga penah dgr petua mengalahkan ilmu.wallahualam.

      Delete
  16. Slm. Sy ada 3ekor kucing. In door n outdoor. Tp bulu sllu gugur. Ada kemungkinan xbulu2 kucing ni bahaya jika termasuk dlm mknn or termasuk hidung or mulut

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Salam
    Saya pernah keguguran sbyk 4x. Doc tak tahu puncanya. Mmg tak Bela kucing pun masa tu. Anak yg sulung Dah Tadika saya mula bosan duk Rumah. Akhir dtg seekor anak kucing liar sesat. Sy pun Bela sehinggalah kucing sy beranak. Sy tgk kucing beranak secara tak sengaja. Rupanya saya disahkan Hamil anak kedua. Dan kandungan sudah masuk 3 bulan Dan kandungan saya sihat. Sy masih Bela kucing tu. Tak smpai hati Nak buang. Alhamdullilah rezeki Allah BG. Jgn salahkan kucing

    ReplyDelete
  19. Salam
    Saya pernah keguguran sbyk 4x. Doc tak tahu puncanya. Mmg tak Bela kucing pun masa tu. Anak yg sulung Dah Tadika saya mula bosan duk Rumah. Akhir dtg seekor anak kucing liar sesat. Sy pun Bela sehinggalah kucing sy beranak. Sy tgk kucing beranak secara tak sengaja. Rupanya saya disahkan Hamil anak kedua. Dan kandungan sudah masuk 3 bulan Dan kandungan saya sihat. Sy masih Bela kucing tu. Tak smpai hati Nak buang. Alhamdullilah rezeki Allah BG. Jgn salahkan kucing

    ReplyDelete
  20. Hi saya baru baca blog ni, sekarang dah tahun 2015 hopefully ada yang sudi jenguk my entri pasal kucing ni

    http://www.syafierayamin.com/2015/11/bela-kucing-waktu-hamil-help-me-help-me.html

    risau juga pasal kucing time hamil ni.. harap sudi bantu

    ReplyDelete
  21. sy da seekor kucing liar di ambil dekat parking dan isteri sy mgdung selepas sebulan kami kawen.kucing binatang kesayagan nabi Muhammad SAW.kucing nabi nama Mueeza dia tido tas jubah nabi pon nabi potong xnk kaco dia tido.Apa y nabi buat adalah sunnah untuk kita.Berdoa dan bertaubat lah.
    Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu heran?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW prnh bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (H.R At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

    ReplyDelete
  22. Saya dah pregnant 7 bln...dah 3 bln membesarkan anak kucing persian mix...masa ambik terus bawa vaksin dan setiap mggu cucuk ubat hama...di usia 7 bln pregnant...sy ambik lg 2 anak kucing org xnak...dua2 ada masalah cirit birit dan kurus....kesian...terus bawa p vet tuk sptkn ubat cacing...balik rumah mandikan dan bersihkan telinga kuku bg makan dn tmpt tidur...keesokkannya dia dah xberak cair...berak dah ketul2 tp ada cacing panjang dekat bontot...terpaksa tarik keluar pakai tisu...pasir dan najis terus sy salin...lps tu basuh tgn dan bersihkan diri sndr plak...harap2 minat pada kucing tidak memjejaskan sy dan kandungan sy sekarang....

    ReplyDelete
  23. Saya nk share cerita, sebelum ni saya takut dgn kucing nak pegang pun x berani. Entah kenapa sejak hujung tahun lepas sya rasa suka jer n after husband amik seekor anak kucing yg terperangkap dlm longkang n kami bela sebaiknya. Saya x membantah n terima dgn hati terbuka. Now sya pregnant 6 bulan after 8 years menunggu lps dpt ank ke 2, sya pun dh berani pegang n belai kucing mcm x percaya pulak, lately ni dgr org kata perempuan pregnant x elok pegang kucing n ada jangkitan kat baby nanti....saya rasa sedih n keliru....x sampai hati tengok kucing tu dr jauh tp x pegang....rasa sakit hati sgt....skrg bykkn berdoa n mohon petunjuk dari Allah agar diri ini, baby n kucing peliharaan dilindungi Allah n jauhkan dari bahaya.......

    ReplyDelete
  24. Saya nk share cerita, sebelum ni saya takut dgn kucing nak pegang pun x berani. Entah kenapa sejak hujung tahun lepas sya rasa suka jer n after husband amik seekor anak kucing yg terperangkap dlm longkang n kami bela sebaiknya. Saya x membantah n terima dgn hati terbuka. Now sya pregnant 6 bulan after 8 years menunggu lps dpt ank ke 2, sya pun dh berani pegang n belai kucing mcm x percaya pulak, lately ni dgr org kata perempuan pregnant x elok pegang kucing n ada jangkitan kat baby nanti....saya rasa sedih n keliru....x sampai hati tengok kucing tu dr jauh tp x pegang....rasa sakit hati sgt....skrg bykkn berdoa n mohon petunjuk dari Allah agar diri ini, baby n kucing peliharaan dilindungi Allah n jauhkan dari bahaya.......

    ReplyDelete
  25. sy ada kucing masih bby tp xde ibu n saya dah ada tanda pregnant. sy yg buat penyediaan mkn minum kucing tp anak2 sy yang handle termasuk bersihkan tempat najisnya. sy risau jugak pasal kes kuman kucing ni yela sekarang penyakit semakin moden xkira kat manusia atau haiwan... mungkin sy akan minta ipar sy bela utk 4,5 bulan...

    ReplyDelete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !