KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Tuesday, June 19, 2012

Brown Dah Mula Redha..

Brown dah redha yang dia kena duduk dalam "kondo" dengan abang kakak sewaktu ibuKM keluar bekerja..
Lepas balik kerja baru ibuKM akan keluarkan dia, dan biarkan dia main dalam rumah..
Kadang2 ibuKM ada jugak lepaskan dia waktu lunch, sebab ibuKM balik rumah..


So, ada suatu hari tu, ibuKM balik rumah masa lunch, dari dalam kereta dah nampak Brown bersidai atas platform "kondo' tu.. Saja je ibuKM duduk dalam kereta sambil tekan2 horn, tapi Brown masih tak peduli..
Mungkin dia ingat horn kereta orang lain...



(tu, nampak tak Brown masih lagi terbaring tak pedulikkan ibuKM dalam kereta)


Jadi, ibuKM pun keluarlah dari kereta perlahan2 terjengket2 nak amik gambar budak kecik ni dari dekat pulak, siap bukak selipar lagi tau,, 


(ha, ni masa dah dekat sikit.. Brown masih belum perasan lagi)



(tapi masa ni Kichan dah perasan, meluru dia turun konon nya nak mintak ehsan lepaskan dia, Brown masih dalam posisi yang sama.. ibuKM jalan depan sikit lagi)


Tapi si Kichan buat bising pulak sambil jalan tak tentu arah dalam sangkar tu, terus budak kecik ni
terperasan pulak. Agaknya Kichan membebel, "ibu, bukak la pintu, Kichan nak keluar.."



(NAH ! kantoi sudah,, budak ni dah nampak ibuKM..Dia dah standby nak bangun..
Tapi ibuKM cakap dengan dia " sayang.. tak boleh keluar sekarang ye. petang nanti Brown keluar ye)


Terus budak kecik ni palingkan muka, macam dah taknak tengok ibuKM lagi.. 




huhuuu.. macam2 pe'el budak ni tau.. dia faham pulak tu apa kita cakap..

4 comments:

  1. hehehheeee

    muka cantik brown dah tak lut :P

    ReplyDelete
  2. tu lah pasal ! tapi ada jugak masa2 yang ibuKM terKENA !
    nanti ibuKM cerita :)

    ReplyDelete
  3. hehe...hari-hari kena bebel mesti boleh faham :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyelah, kadang2 rasa geram. macam mana agaknya cikgu2 di sekolah mengajar anak murid nakal kan?? huhu

      Delete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !