KUCING ADALAH MAHKLUK CIPTAAN TUHAN, SAYANGILAH MEREKA KERANA MEREKA JUGA PUNYA PERASAAN, INGINKAN KASIH SAYANG, DIBELAI DAN TEMPAT TINGGAL, MAKANAN DAN MINUMAN.

TOLONG JANGAN SAKITI MEREKA !!

Thursday, June 21, 2012

Sudah Dapat Kepercayaan

Korang dah tau kan yang ibuKM bawak pindah
bebudak belakang ke rumah depan yang ibuKM
duduk sekarang ni.. yelah senang monitor
budak2 ni dan tak payah la ibuKM ulang
alik dua rumah setiap petang kan..



So, semenjak bebudak belakang duduk
dengan ibuKM ni, bebudak ni memang
susah nak dapat main luar.. maksudnya 
tak bebas macam dulu la.. sebab ibuKM 
takut diorang terkejut takut dan melarikan diri..
Yelah kawasan rumah teres tak sama
dengan kawasan rumah flat.. Kawasan flat
ni luas, banyak tempat parking kereta, 
dan juga bahaya banyak kereta lalu lalang keluar masuk.. 



Jadi ibuKM kadang2 amik pendekatan
lepaskan 4 ekor bebudak tu, dalam rumah,... ada lah 2,3jugak ibuKM buat camtu.. masa hari cuti la. 
senang sikit ibuKM nak monitor kan.. 
Bila dah dilepaskan, mula lah masing2 
tunjuk perangai, ada yang perangai jakun, 
ada yang penakut, ada yang huru hara, ada yang kelakar



Yang jakun tu biasa lah, semua jadi jakun
tercium sana tercium sini, intai sana intai sini.. 
yelah tempat baru, bau pun lain, susun atur 
barang rumah pun lain.. masing2 tersengguk 
sengguk kepala belek tu belek ni..


Yang penakut siapa lagi, KICHAN la !
Dia tu mengecut je selalu ! Pantang ada bunyi sikit dah mengecutkan badan, nampak orang tak
kenal kecutkan badan.. Hai lah kichan
memang tak pernah berubah dari kecik !


Yang huru hara, si Tomei. Dia panjat sana,
lompat sini, masuk celah tu, celah ni,
sampai ibuKM penat duk mengejar dia.. 
buatnya dia panjat dapur ke meja makan ke
pecah pinggan mangkuk orang tu siapa nak ganti?? ibuKM jugaaakkk.. 


Yang berperangai pelik ialah Manje.. 
Dia kejap bangun, kejap duduk, kejap kang dah berdiri, 
kejap kang masuk bilik air, pastu terbaring.. 
haha, kelakar pun ada . Dengan badan gemok 
dia tu.. Putih pun sama jugak macam Manje, 
cuma Putih terlebih kalut, dekat2 dengan Tomei. 



Tapi bila dah 2,3kali masuk dalam rumah
ibuKM perlahan2 ajar diorang lepas main dekat luar rumah pulak.. 
Saja nak kasi diorang biasa kan diri
dengan persekitaran. Tomei masa mula2
dilepaskan dia pergi tepi blok, ibuKM 
ikutlah dia.. Tengok dia macam nak pergi jauh,
ibuKM dukunglah dia nak bawak balik
sekali dia nampak ada 2orang bangla keluar dari celah blok tu, menggelupur dia nak lompat, habis
di cakar nya lengan ibuKM.. pedih jugak
la sekejap 1malam .. dia terus lari balik rumah. 



Manje pulak bila dah dapat je keluar,
menggeletis lah dia tak ingat diri.
Suka lari laju2 pergi main jauh2,
bila kita datang dekat lagi dia lari,
kadang2 kelakar bila ibuKM terbongkok 
bongkok lari nak tangkap si Manje tu,... 
ada sekali tu, dia lari ibuKM pun lari 
tetiba dia berhenti. Nasib baik ibuKM tak 
tersadung jatuh, betul2 dia berhenti depan
 ibuKM .. Putih okay lagi, bila keluar dia 
main depan rumah je, sebab dia belum sunat 
so ibuKM tak berani bagi dia main jauh2,
dan ibuKM sentiasa awasi dia. 
Bila ibuKM nampak dia nak melangkah jauh sikit,
ibuKM ambik cepat2 masukkan dia dalam rumah.. hehee..



Kichan pulak, jenis penakut ni susah
nak jangka.. Bila keluar rumah je, 
jalan merendahkan badan je, 
macam menyelinap la. 
Yelah ibuKM ada jugak baca tentang
cara kucing mengekspresikan perasaan
dia melalui gerakan badan. 
Dan kebanyakan gerakan menunjukkan
perasaan takut, di buat oleh Kichan. 
ibuKM tak kejar dia sangat, sebab kalau
kita kejar, dia lari masuk dalam longkang, 
malas nak paksa2 dia. Ada 1 hari tu 
ibuKM lepaskan dia, masa tu baru2 
lagi lah ajar dia lepas ke luar..
Dia punya kalut duduk dalam longkang tu
dekat setengah jam. ibuKM panggil2 menyahut, 
tapi taknak keluar. ibuKM biarkan jelah, 
tengok2 dia keluar lari pergi bawah kereta
tuan rumah lebih kurang jarak 5 rumah 
dari rumah ibuKM tu.. ibuKM perlahan2 la 
pergi dekat dia, panggil2 dia, masa tu pun nak 
dekat Maghrib orang kat masjid dah 
mengaji dia datang jugak. ibuKM dukung dia,
cepat2 masukkan dalam sangkar. 



Phew, letih tau sebenarnya nak jaga anak bulus ni,
siapa ingat senang .. 


Tapi sejak 2,3menjak ni, ibuKM berani lepaskan 
TOMEI terutama nya, sebab dia pandai, 
bila kita panggil dia datang. Tak kira lah dia jauh
ke dekat ke.. Sebab dia kan pemanja sikit, 
bila dia datang, dia bergesel kat kaki ibuKM... 
Manje pun okay jugak, tapi kena tengok2.
sebab dia suka2 pecut macam Watson Nyambek
main jauh2. Nak tangkap balik bukan senang. 
Kena curik2 tangkap dia masa dia tengah
gigit rumput ke, tengah sedap2 landing ke..



Ni gambar petang semalam, selingan untuk
korang sebab sudi baca bebelan ibuKM ni,.. hehee







6 comments:

  1. heheheh...dulu masa br bawak balik bebudak nonet camtu jugak dorang penakut nauzubillah memasing jalan rendah jer macam askar mengendap musuh, kite bukak tb pon terkejut! memasing lari bertempiaran hehe klakar sgt..

    tp lelama ok la dorang tu...cuma perlukan masa ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah, ibuKM pun harap macam tu. Even masa ibuKM keluarkan Tomei dengan Manje ni, Kichan tengok je dari dalam sangkar, macam taknak keluar je.. Dia duduk relaks atas platform.

      Delete
  2. tingat masa memule bawak sayang balik kg. yg best masa nak ajar dia berak kat luar rumah..dia ada harness lagik.

    alhamdulillah sekarang dia la antara queen kat kampung dengan mak kita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibuKM tak sampai hati nak pakai kan harness, takut dia tercekik ke apa kan masa dia berjalan. Dan buat dia rasa lagi tak bebas. Tapi alhamdulillah, bebudak KM boleh terima cara ibuKM : lepas dan tangkap kalau main jauh sangat :)

      Delete
  3. hik3...jgn bawak kichan kuar r...penakut sgt..:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye, sekarang yang boleh keluar Tomei dgn Manje je.. Kichan kalau ibuKM nak keluarkan dari sangkar pun, masukkan dalam rumah je.. Susah nak kawal dia.

      Delete

Boleh komen/share idea kat sini ye =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ ABANG KICHAN ~

~ ABANG KICHAN ~
Seekor Jantan, suka menyendiri
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ TOMEI ~

~ TOMEI ~
Seekor Jantan, Kuat Makan
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ MANJE @ ANJE ~

~ MANJE @ ANJE ~
Seekor Betina, Cantik & Manja
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

~ PUTIH GEBU ~

~ PUTIH GEBU ~
Seekor Betina, Kuat Tido, Sedap dipeluk, empuk !