Semalam petang, Kichan nampak okay, biasala dia duduk dekat ceruk cage tu sebab masih tak selesa..
Tapi taktau lah kenapa. Dalam jam 8malam, suami ibuKM tengah makan, kami dengar bunyi kucing megiau tapi bunyi nya sengau "ngau ngau ngau" macam tu.. Suami suruh ibuKM pergi jenguk siapa yang berbunyi..
Bila ibuKM jenguk je, nampak dekat tingkat atas sekali ada pee dan poo yang berteraburan atas platform cage tu.. Dan nampak Kichan sedang me"Ngau" dekat lantai cage SAMBIL MULUT BERBUIH !!!
Subhanallah, kenapa jadi macam ni?? ibuKM terus kelu, panik dan macam2 lagi...
Panggil suami cepat2 tolong tengok sambil Kichan terus menerus muntahkan air2 berbuih tadi.. Sedih nya hati ibuKM Tuhan je yang tahu, tapi ibuKM tak nangis sebab kena kuat..
Suami dah minta ibuKM keluarkan Kichan dari cage, yang dah lembik muka pucat dan terus terusan muntah.
ibuKM jadi blur !! Terus suami macam marah2 suruh ibuKM cepat bertindak ... ibuKM amik platform tadi basuh dulu sebab takut ada virus yang lain dok pijak atau pun baring atas nya..
Adik ipar datang menolong, dia keluarkan Kichan dari cage dan letakkan atas surat khabar depan rumah..
Kichan terus lembik ! Tak mampu nak duduk apatah lagi berdiri.. !!! Ya Allah, kuatkan lah anak ku..
Adik ipar ibuKM suapkan air ke mulut Kichan yang berbuih dan pucat tu, tanpa apa2 respon dari Kichan, air terbuang macam tu je.. Semakin lama lidah Kichan semakin senget, sambil terjelir jelir !
ibuKM takut ! TAKUT KEHILANGAN KICHAN !! Anak yang ibuKM ambil dulu nya sihat walafiat dan dah divaksin cukup 3x, diberi makan baik2, dijaga dibelai macam baby, kini terlantar baring menahan sakit ..
ibuKM rasa bersalah, adakah dia keracunan makanan? Atau diracun?? Atau sakit dalaman??
TErus ibuKM buangkan air dan makanan dalam cage supaya yang lain tak kena sakit yang sama !
ibuKM risau !! masa tu ibuKM tatau nak buat ape. Kichan DAH NAZAK !!!
Adik ipar cuba letakkan Kichan di atas rumput kalau2 dia ingin menggigit gigit rumput tu supaya sedikit aktif..
Langsung tidak !! Kichan terbaring lesu !! YA Allah, dugaan apa ni !
Suami ibuKM terus ajak ke veterinar terdekat, paling dekat di Sentul... Kami mesti bawa ke vet !
Suami ibuKM mandi cepat2 dan kami letakkan Kichan dalam carrier (tidak bertutup) dan masukkan dia ke dalam kereta..
Suami ibuKM memandu laju sambil menyalakan lampu emergency .. Dalam perjalanan Kichan mem"bewok"
keluar darah dan lendir sekali.. Bau jangan cakapla... ibuKM sangat takut ! Setiap masa ibuKM perhatikan perut Kichan supaya dapat tengok nafas nye.. Nafas Kichan laju sangat dari start dia muntah2 sampai lah jumpa doktor..
Sampai je dekat vet clinic tu, ibuKM register dan tunggu.. Dalam pada tu, Kichan "bewok" lagi, kali ni lebih banyak lendir dan darah yang keluar, habis kotor seluruh badan belah bawah Kichan, dari pinggang ke ekor..
Dan ada keluar segumpal "benda" iaitu buluan + najis.. Yelah kucing kan menjilat bulu untuk membersihkan diri, jadi tak hairan lah bulu2 ni tadi masuk ke dalam perut dia.. Dan dikeluarkan sebagai najis.
Masa di clinic ni, Kichan dah boleh bangun, nampak macam dah kuat sikit.. Yelah kucing kan tak suka pergi klinik. Tapi dia tak melompat atau lari2 macam masa dia sihat tu, cuma baring dan duduk je.. lepastu menyandar, .. Kalau masa dia sihat pergi vaksin dulu, bukan main melompat lari sana sini sambil mengiau suara dia paling kuat .. Ni sebab sakit punya pasal, duduk la dia diam2 dalam carrier tu..
Dekat 15 minit jugakla tunggu doktor, bila dipanggil masuk,.. doktor tanya serba sikit latar belakang, vaksin bape kali bla2.. doktor pun amik sampel najis Kichan untuk ujian FPV dan urea.. ibuKM pun tak bape faham sangat prosedur nya.. Tengok aje, dan doktor juga ada ambil sikit sampel najis untuk di teliti bawah mikroskop untuk mengenal pasti bakteria / virus apa yang menjangkiti Kichan ..
sambil tunggu keputusan ujian FPV, ibuKM dan suami duduk dekat kerusi yang disediakan, sambil tu doktor explain sikit2 pasal keadaan Kichan ni, dan rawatan yang perlu di beri..
Kata doktor : Kichan mungkin ada masalah dengan usus..
Kos rawatan : RM 4++ belum masuk ubat,
Lepas 1jam dekat sana, kami bawa Kichan balik. Kami asingkan dia dengan yang lain, dalam sangkar kecil, letakkan air dan makanan terus dia minum dan makan dengan lahap nya. Agaknya kan, Kichan takde mood nak makan dan minum dalam "kondo" diorang tu, tu yang perut masuk angin sampai muntah2,. Kena pulak ada masalah usus, terberak2 sampai keluar darah.. Adui Kichan, seriau ibuKM jadi nya..
Pagi ni, ibuKM jenguk Kichan nampak dah ok, takde berak darah lagi, hanya ada macam cirit + air ..
ibuKM nak minta kawan2 semua doakan Kichan supaya cepat sembuh.. Japgi ibuKM nak bawa Kichan ke vet yang biasa ibuKM pergi tu, mana tau dapat murah sikit kos nye..
ya Allah kesiannya Kichan..dpt bayangkan keadaan dia :(
ReplyDeletekos rawatan dan ubat utk kcg mmg mahal kan tp takan kita nak biarkan mcm tu jer..nak tanak terpaksa juga dptkan rawatan utk mereka
sy doakan moga tiada yg serius dgn Kichan dan smoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan, amin...
Ye betull sedih sangat Yana rasa, dalam perjalanan ke klinik semalam nangis2 Yana sambil usap2 dia.. Minta dia be strong, terbayang dari saat dia kecik, sampai la ni dah besar panjang..
Deletecian kichan..:'(
ReplyDeletekichan cpt smbuh yer...sobs~
siannyer Kichan..hope dia cepat sembuh..kucen sy (Chello) pun pernah sakit..bila dia dlm RM400+++ jugak time tu...12 hari kat klinik...
ReplyDeletetp masa tu x fikir dah pasal duit, yang penting saya x bleh kehilangan dia.. x boleh...
Alhamdulillah sekarang dah sihat..
Kichan be strong ok..!!
ye, ibuKM takleh bayangkan kalau Kichan takde.. Insyaallah dia akan ok . Terima kasih !
DeleteGet well soon kichan...erm blh try carik ID diet utk bagi kichan makan ye ibu KM.. :)
ReplyDeleteInsyaallah dia akan ok . Mana nak cari ID diet tu?
Deletekesian kinchan...syukur dh beransur baik...semoga leh melompat2 lg...kinchan..
ReplyDeleteiye.. dia memang kuat, harini dan semalam dah takde poo berdarah tu
DeleteOMG Kinchan..get well soon ye sayang.
ReplyDeleteBe strong
ye, Terima kasih ! nanti ibuKM Update
Deletekican dah la yang palling kacak masa kecik
ReplyDeleteharitu tomei pon kene jugak. mulut bebuih waktu pagi je . dalam pkol 9 sampai pkol 10 camtu lah.
ReplyDeletemulut buih patu macam ada airliru meleleh je.
patu ku amek tisu lap mulut tomei tapi masih ada lagi buih tu
then taktau nak buat apa, biar je la tomei tu main.
tomei mulut buih tapi elok je lagi lompat2 tu.
bekejar2 dgn putih sambil mulut bebuih.
Salam, mcm mane nfan kichan skg. Sedih jer bc keadaan anak bulus kurg sihat ni. Harap kichan bertambah sihat.
ReplyDeletenanti ibuKM Update, alhamdulillah, dia nampak dah ok
Delete